bab 20

Romance Completed 13382

Taufiq berjalan menyusuri jalan pejalan kaki menuju ke tengah-tengah kota besar itu.
dia memasukkan tangan ke poket baju sejuknya.
cuaca benar-benar sejuk ketika ini,meskipun matahari samar-samar kelihatan kerana dilitupi awan seperti kabus.
dia memandang beberapa pasangan yang sedang berjalan berdua-duaan mungkin melepaskan rindu.
aksi romantik dan juga aksi yang tidak boleh dilihat oleh kanak-kanak.
Taufiq memaling wajahnya ke arah lain dari pasangan yang sedang berpelukan dan bercium itu.
memang negara ini terlalu bebas,mungkin dah adatnya negara bersalji ini begitu.
dah terbiasa.
Taufiq memandang pada pasangan yang duduk dibangku sedang berborak manja.
dia tunduk.
fikirannya kembali pada Ara,
sedang buat apa?sihat ke?apa khabar sekarang?dah ada pengganti Fiq?
bermacam persoalan timbul dalam hatinya sejak dulu lagi.
rindu memang dia rindu..rindu ini seperti angin,tak pernah habis.tak pernah diam.tak pernah nampak dek mata tapi ada.
lalu macam mana Taufiq dapat membuangnya dari hati?angin bertiup semakin kuat lagi,membawa titis air menyapa wajahnya.dia hanya membiarkan saja.angin itu dah sama seperti suara manja Ara yang selalu menegurnya suatu masa dulu.
dia rindu...amat rindu pada Ara!
dia duduk memeluk lutut di salah satu bangku kosong disitu.
telefonnya berdering tiba-tiba.
dia menjawab.
"waalaikumsalam bang.."jawab Taufiq dengan senyuman lebar.
"amboii...lama tak dengar suara Fiq"Tajdi ditalian tergelak perlahan.
"alah..abang tu yang tak call Fiq,"
"sepatutnya..Fiq yang call rumah,bukannya abang yang call Fiq"
"sorry bang..Fiq buzy sikit kat sini,mama dan papa sihat?"soal Taufiq
"Alhamdulillah..sihat semua,mama dan papa dah rindukan anak manja diorang"
Taufiq tergelak bersama Tajdi
"Fiq pun rindu jugak,dah dekat setahun dekat sini"katanya.
"baliklah..."
"aik..ni mama dan papa rindu Fiq ke...abang yang rindu Fiq ni?"usiknya
"rindu nak main game macam dulu"
"alah..dah tua-tua pun minat game lagi ke..?"
"ehh..mestilah,game tu memang hobi abang dari dulu lagi tau"
"Fiq pun.."tersengih dia mengaku.
"ada mana ni?"tengah jalan-jalan dengan awek mata biru ke?"
"ish..mana ada,Fiq jalan-jalan je.."
"sorang?"
"yelah..habis nak berapa orang?"
"mana tahu..dah jumpa teman seumur hidup"
Taufiq tergelak.
"Fiq muda lagi...abang tu,dah three series tau"kata Taufiq
"abang okay lagi apa...abang kalau cinta datang,abang tak tolak,terus masuk minang"kata Tajdi
"lain macam je bunyi?"
Tajdi pula ketawa perlahan.
"abang dah jumpa kakak ipar ke?"soal Taufiq
"maybe!"jawab Tajdi dengan bangga
"pasti?"
"yakin!"
"dah cakap?"
"bakal cakap!"
"memang lengkap?"
"sempurna!"
"sah?"
"belum lagi...tunggu akad dululah"
Taufiq tersenyum gembira.
"tahniah bang"
"thanks..tapi not sure"
"why?"
"dia tak tahu!"
"kenapa tak cakap?"
"tak tahu cara!"
Taufiq tergelak kuat,ada salah satu pasangan berpaling padanya,mungkin rasa terganggu.
Taufiq memang tahu sangat,abangnya memang seorang yang tidak pandai meluahkan rasa hati,apalagi nak melamar seorang gadis.
"gelakkan abang?"
"no..I'am just feel funny when you say that"
"apa yang kelakarnya...cuba bagi cadangan sikit"
"okay..like this..."pantas Taufiq membina satu rancangan untuk abangnya bagaimana mahu melamar dan meluahkan.
Tajdi terangguk-angguk sambil mengurut janggut sejemputnya di dagu.
"understand?"soal Taufiq tegas
"I get it...nanti kalau tak jadi abang akan salahkan Fiq"katanya.
mereka ketawa mesra.
"okaylah...I tell you when I have a good news,or..bad news"kata Tajdi.
"I hope...your propose will be succes"
"thanks..assalammualaikum"
"waalaikumsalam"Taufiq menamatkan panggilan.
senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience