bab 54

Romance Completed 13382

"assalammualaikum"panggil Tajdi diluar pintu yang besar bercorak batik itu.
pintu dibuka dari dalam.muncul Datin rose dan Dato Tajjuddin dengan senyuman lebar.
"waalaikumsalam"jawab mereka.
Ara pantas mencium tangan keduanya.
tubuhnya dipeluk erat oleh Datin rose.
"rindu mama dekat Ara...lama tak jumpa"kata Datin rose dengan girangnya.
Tajdi dan Dato tajjuddin hanya ketawa melihat telatah Datin rose itu.
"dua bulan lagi awak jumpa lah puas-puas"kata Dato tajjuddin.
"mestilah...tak sabar betul mama"kata datin rose.
pelukan dilepaskan.
"jom kita masuk"ajak datin rose terus tangan Ara ditariknya kearah sofa yang berada di ruang tamu rumah besar itu.
"tengok tu pa....bakal menantu datang rumah,anak sendiri dilupakan"kata Tajdi
Dato tajjuddin hanya ketawa mendengar luahan anaknya.
bahu Tajdi ditepuk perlahan.
mereka juga mengikut langkah ke arah yang sama.
"mak dan ayah Ara macam mana? sihat ke diorang?"soal datin rose.
Ara tersenyum lebar.
"Alhamdulillah mama...mak dan ayah sihat"kata Ara
"mama sebenarnya serba salah kesian pula kalau suruh mak dan ayah Ara buat persiapan majlis tu,mesti diorang penat...apa kata Ara cakap dekat diorang biar mama yang uruskan semuanya,mama ada kenal wedding planner yang terbaik,untuk majlis di kampung mama bagi satu,majlis sebelah sini pulak mama dah upah tiga orang"kata Datin rose dengan penuh keterujaan.
Tajdi hanya tersenyum melihat betapa terujanya datin rose.
majalah yang ada di atas meja dilihatnya.
"takpa mama...ayah dengan mak memang suka buat sendiri,katanya senang je semua tu.Ara memang nak upah wedding planner je haritu...tapi cepat-cepat mak bantah"kata Ara dengan gelak tawanya.
"mama cuma takut diorang takde masa rehat nanti"kata datin rose.
"mama ni Ara...memang kalau boleh dia nak tempat sepuluh jenis wedding planner"kata Dato tajjuddin cuba bergurau dengan isteri tercintanya.
Ara dan Tajdi ketawa perlahan.
"mama bukan apa...mama cuma nak majlis tu nanti nampak sempurna...tu je"kata datin rose cuba menegakkan tekadnya.
"bukan tak boleh ma...tapi kita jangan sampai membazir sudah,yang penting perkara yang wajib dibuat kita laksanakan dengan teratur"kata Tajdi.
"betul tu mama...mama tak payah la susah-susahkan diri,bagi Ara majlis yang simple pun dah cukup,nanti mama juga sakit-sakit badan"kata Ara
matanya memandang wajah bakal mama mertuanya.
"mama tak penat langsung,mama cuma arah je...diorang yang akan buat,jadi Ara dan Taj tak payahlah risau"kata datin rose.
"suka hati mama lah...asalkan mama happy"kata Tajdi.
"kita punya atur majlis macam tu,macam ni..anak bongsu kita tu jadi tak balik?"soal Dato tajjuddin memandang isterinya.
Ara hanya diam mendengar,lebih baik dia diam kerana dia masih belum mengenali adik lelaki Tajdi merangkap bakal adik iparnya.
"jadilah...rose dah call dia...dia cakap dalam beberapa haribulan ni dia balik la.."kata Datin rose.
datuk Tajjddin memgangguk faham.
"pa...adik juga cakap saham papa dekat sana dah selesai"kata Tajdi
"Alhamdulillah..."ucap dato tajjuddin.
"jom...kita pergi makan,mama masak special hari ni untuk menantu dan anak mama yang jarang balik"kata datin rose.
mereka yang lain ketawa
"ayat belakang tu macam tak kena je ma..."kata Tajdi
"betul lah....Taj sekarang suka bermalam dekat rumah sendiri,dah jarang balik sini"kata datin rose
"Taj bawa balik kertas kerja...sebab tu balik sana,kalau balik sini takut tertinggal pulak"kata Tajdi
"alasan lah tu...jom Ara kita pergi makan"kata datin rose pura-pura merajuk dengan anaknya.
Ara hanya menahan gelak apabila memandang wajah Tajdi yang sedih dimarahi mama sendiri.
Mereka sekeluarga makan dengan berselera apabila bermacam-macam jenis lauk-pauk yang dimasak oleh datin rose yang sememangnya sedap.
sesekali mereka bergelak-ketawa apabila timbul satu topik yang kelakar.
usai makan Ara membantu datin rose membersihkan meja makan serta mencuci pinggan kotor.
"mama pergilah rehat dekat depan...tadikan dah memasak banyak makanan..mesti mama penat,pinggan kotor ni biar Ara yang sentlekan"kata Ara pada datin rose yang mengeringkan pinggan yang sudah dibasuh untuk disimpan ke dalam kabinet dapur.
datin rose tersenyum mendengar kata-kata bakal menantunya.
"takpe...bukannya banyak pun"jawabnya.
"Ara serba salah pulak sebab datang lewat kalau tak...mesti boleh tolong mama masak,sambil-sambil boleh belajar pelbagai resepi"kata Ara tangannya lincah mencuci pinggan di sinki.
Datin rose tergelak perlahan.
"belajar masak apa sangat Ara...mama pun bukannya pandai sangat"kata datin rose
"tak pandai sangat mama cakap...Ara rasa sedap je tadi.."kata Ara
"Ara bukan apa...Ara nak juga belajar masak makanan kegemaran abang"kata Ara
tersenyum senang datin rose mendengar luahan Ara.
"Taj tu kalau Ara nak tahu...dia bedal je semua yang mama masak"jawab datin rose.
mereka sama-sama ketawa
"tapi badan slim je.."kata Ara dengan sisa tawanya
"mama pun hairan..makan bukan main banyak tapi badan slim je..dari kecik sampai ke besar panjang,dulu masa belajar dekat U.S...badan dia lagi kurus..dengan rambut panjangnya"cerita datin rose.
Ara tergelak mendengar cerita datin rose yang dirasakan kelakar.
"abang memang minat rambut panjang ke mama?"soal Ara
"dia terikut artis-artis dekat sana katanya...dia dekat sana dalam lima ke lapan tahun..balik-balik Malaysia mama hampir-hampir tak kenal dia.geram betul mama dibuatnya"kata datin rose dengan wajah geram.
Ara menahan tawa.
"biasalah ma...jiwa muda kan?"kata Ara.
datin rose tersenyum semula seraya menangguk.
"mama nak tanya sikit"kata datin rose.
Ara pandang bakal emak mertuanya.
"apa ma?"
"rekaan baju yang mama tunjuk haritu..Ara suka tak?"soal datin rose
"Ara suka semua...mama pilih la yang mana mama rasa berkenan Ara ikut je.."kata Ara
"eh..mana boleh macam tu...Ara yang nak kahwin Ara lah yang pilih,tapi....mama confiuslah...semua cantik-cantik rasa macam nak order semua je"kata datin rose.
tergelak Ara dibuatnya
"kalau order semua..mana sempat nak pakai semua ma.."kata Ara.
"betul jugak kan.."keluh Datin rose.
Ara tersenyum.
tangannya yang basah dibersihkan kerana pinggan kotor sudah dicucinya hingga habis.
di menghampiri datin rose yang sedang berfikir mahu memilih rekaan baju.
"apa kata kita tanya pendapat abang pulak?"cadang Ara
"kalau macam tu...jom kita tanya dia"kata datin rose.
terus mereka berlalu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience