bab 57

Romance Completed 13382

Tajdi mundar mandir di ruangan ketibaan para penumpang penerbangan dari Australia itu.
orang ramai yang datang juga untuk menyambut ahli keluarga mahupun sahabat masing-masing.
Tajdi yang hanya berbaju tshirt putih terkial-kial memerhati orang-orang disekelilingnya,mana tahu muncul wajah adiknya.
pengumuman ketibaan pesawat itu diumumkan oleh pembesar suara.
Tajdi tersenyum sendiri.
rasa terujanya masih dirasa untuk bertemu dengan adik kesayangannya setelah hampir tiga tahun adiknya mengembara menimba ilmu tentang perniagaan di negara orang.

Taufiq turun dari pesawat besar itu.dia membawa bagasi yang diletakkan beberapa buah beg yang mengandungi segala baju-bajunya.
kaca mata hitam dibuka lalu disangkut pada leher baju tshirt polo nya.
beg sandang digalas dibelakangnya dibetulkan.
dia menolak bagasi itu ke arah pintu masuk ke dalam kawasan KLIA itu menuju ke arah tempat menunggu.
di celah-celah orang ramai dia ternampak kelibat abangnya yang sedang mencari-cari sesuatu.semestinya sedang mencari dirinya.
Taufiq tersenyum gembira.
bagasi itu ditolak semakin laju ke arah abang yang terlalu dirinduinya.
"Abang!!!"panggil Taufiq.
Tajdi yang perasan namanya dipanggil terus memusingkan badannya ke arah suara yang dikenalinya itu.
dia tersenyum saat melihat Taufiq berlari sambil menolak bagasi yang berat dengan isi beberapa buah beg itu.
Taufiq pantas berlari memeluk abangnya.
mereka berpelukan seketika sebelum pelukan dilepaskan.
"rindunya dekat abang Fiq ni..."kata Taufiq mereka bertatapan seketika.
"nampak lain betul Fiq sekarang ni,baru dua tahun setengah dekat sana,dah macam-macam perubahan"kata Tajdi.
"alah...biasa je bang,abang tu,nampak ceria je muka,Fiq pun tumpang bahagia"kata Taufiq.
Tajdi memeluk bahu adiknya.mereka sama-sama berjalan menuju ke arah kereta yang terparking.
"Fiq tu..mana janji kata nak bawa balik adik ipar minah saleh dekat abang?"soal Tajdi
Taufiq tergelak perlahan.
"mana ada janji,disebabkan ramai sangat yang menawarkan diri nak jadi isteri Fiq,jadi Fiq pun tolaklah,baik cari orang Asia"kata Taufiq dengan sombongnya.
"eleh....poyo je"kata Tajdi.
Taufiq hanya ketawa.
mereka masuk ke dalam perut kereta Audi88 milik Tajdi setelah memasukkan beg-beg Taufiq.
kereta mula bergerak.
"so...macam mana kat sana?"soal Tajdi
"okaylah...best jugak duduk sana sebab Fiq ada kawan untuk bersembang"kata Taufiq
"habis diorang tak balik Malaysia?"soal Tajdi memfokuskan matanya pada jalan raya.
"diorang lama sikit dekat sana,memang cadang nak balik sekali tapi..ada hal pulak"kata Taufiq.
"mama dan papa sihat ke bang?"soal Taufiq
"Alhamdulillah..mereka sihat,mereka minta maaf dekat Fiq sebab tak datang jemput Fiq,papa kena masuk office tiba-tiba,mama pulak nak sediakan masakan kegemaran anak manja dia lah...."kata Tajdi.
Taufiq tersenyum senang.
"rindu bilik Fiq"katanya
"ada pulak rindu bilik...cubalah rindu abang ke,mama ke,papa ke,buah hati ke....."gurau Tajdi dengan senyuman lebar.
"aik...ayat belakang tu...lain macam je"kata Taufiq.
mereka sama-sama tergelak.
"abang datang sorang kenapa?kenapa tak datang dengan bakal isteri?bolehlah Fiq ni kenal-kenal"kata Taufiq
"dia ada hal dekat kampung,memang awalnya abang nak datang dengan dia"kata Tajdi.
Taufiq angguk faham.
"its okay...nanti Fiq akan kenal jugak"kata Taufiq.
"dia pun nak sangat kenal dengan Fiq,tapi nak buat macam mana..ada hal"kata Tajdi.
"macam mana persiapan majlis?"soal Taufiq
"dalam 50% hampir siap,abang dan papa dah tempah hotel untuk buat majlis dekat situ,yang lain-lain serah dekat mama dengan wedding planner dia"jawab Tajdi.
Taufiq tersenyum-senyum.
akalnya mula membayangkan dia dan Ara juga menjadi raja sehari pada hari abangnya dan pasangannya berkahwin,tentu lagi meriah sebab mama dan papa dapat dua menantu sekali gus,dan majlis pun ramainya mesti berkali-kali ganda.
"kenapa senyum sorang-sorang ni?"soal Tajdi
Taufiq tersenyum malu.
"takde lah bang"katanya.
Tajdi tersenyum melihat adiknya yang malu-malu.dia menahan tawa dalam hati.

Taufiq merebahkan dirinya atas katil empuk di biliknya.dipandang syiling yang bersih itu.
nafas kelegaan dihembus.
"Ara...Fiq tak sabar nak balik kampung dan jumpa dengan Ara,kita akan kahwin,Ara tunggu Fiq ye"katanya perlahan.
dia tersenyum sendirian.lama kelamaan matanya terpejam sendiri.dia lena diulit mimpi yang indah.mimpi yang bakal dikecapinya tidak lama lagi.

Ara duduk termenung di beranda rumahnya.
angin malam dari arah sawah yang luas benar-benar boleh membuatkan orang yang tidak tahan kesejukan mengigil-gigil.
namun tidak bagi Ara,dia sudah biasa suasana begini.
angin itu menampar wajahnya yang bersih itu.rambutnya yang semakin panjang berterbangan ke belakang.
langit yang gelap-gelita dipandangnya.
fikirannya melayang pada seseorang yang dia bakal diperkenalkan.
"Fiq...maafkan Ara,Ara dah lupakan Fiq,Ara cuma cintakan abang Tajdi.Ara tak akan sesekali kecewakan dia,dia lah semangat Ara selama ini,dan dia lah cinta hati Ara dari kami kenal sampailah akhir hayat Ara,Ara akan bersamanya melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi.
tentu Fiq pun dah ada yang berkenan di hatikan?"luah hatinya.
Ara tersenyum sedikit.rasa tenang hatinya kini kerana dia benar-benar sudah melupakan kisahnya yang lalu.
"tentu seronok Ara jadi kakak ipar Fiq kan? Ara dan abang Tajdi akan buli Fiq habis-habisan,masa tu kita adalah satu keluarga yang bahagia"kata hatinya lagi.
Ara tersenyum bahagia.
muncul mak embon yang menatang dulang berisi tiga mug air kopi o kegemaran pak mat.
pak mat pulak menuruti langkah isterinya dari belakang.
"angin kuat malam ni kan mak?"soal Ara.
mereka bertiga duduk bersila di lantai beralaskan karpet berwarna merah hati.
"nak hujan kot"jawab mak embon.matanya melihat langit yang gelap.
"selalu ke hujan sekarang ayah?"soal Ara
"tak selalu,kadang-kadang je...habis semua tanaman orang-orang kampung,semuanya merungut"cerita pak mat.
"hujan ni kan rahmat Allah..kenapa lah diorang suka marah-marah"kata mak embon
"mak...walaupun hujan ni sebenarnya ada kebaikan dia tapi orang kampung macam kita ni kan pekerjaannya hanya kerja kampung,buat sawah,penoreh kalau hujan turun macam mana diorang nak dapat rezeki..kesian diorang mak,nak bagi anak isteri makan"kata Ara.
"ye mak tahu...tapi kita seeloknya tak payah lah nak merungut,kalau Allah tak bagi rezeki kita melalui kerja harian kita...Allah akan beri rezeki melalui arah lain"kata mak embon.
pak mat tergelak perlahan melihat ketidak puasan isterinya.
"betul tu mak..."kata Ara menyokong.
suasana sunyi seketika.
"macam mana barang yang mak order haritu?"soal mak embon.
pak mat hanya diam sambil menyedut rokok yang sentiasa menemani hari-harinya.walaupun selama ini ditegah oleh anaknya namun bagi pak mat ini adalah caranya,dah memang dari zaman muda-mudi dahulu dia menghisap rokok,walaupun dia mempunyai penyakit penat.
"barang apa mak?"soal Ara setelah menghirup minumannya.
"barang-barang yang nak ditambah dalam hantaran Ara lah..."kata mak embon.
"oh...Ara dah tempat dah,diorang cakap dalam minggu depan dah boleh ambil"kata Ara.
"sempat ke?"soal mak embon risau.
"InsyaAllah sempat mak...mak janganlah risau sangat,asyik fikir hal majlis Ara je..nanti kesihatan sendiri tak terjaga"kata Ara
"mak bukan apa...mak tak nak nanti bila majlis berlangsung,ada je..barang yang tak cukup,itulah,inilah,mak tak suka bila buat kerja last minute ni.."kata mak embon
"amboi...sejak bila awak belajar speeking ni?"soal pak mat.
Ara hanya menahan ketawa.
"kelasss...lah mak"kata Ara
"alah...saya ni suka ikut perkembangan semasa bang oii"kata mak embon malu-malu
tiba-tiba Ara teringat sesuatu,dia membetulkan duduknya.
"mesti beritahu awal-awal,nanti mahu mak dan ayah terkejut bila dapat tahu masa majlis nanti"kata hati Ara.
"mak ayah"permulaan ayat bagi Ara.
mak embon dan pak mat masing-masing pandang wajah anaknya.
"mak tahu tak...sebenarnya Tajdi tu cucu siapa?"soal Ara dengan senyuman lebar.
"siapa?"soal mak embon
"cucu opah"jawab Ara
"opah? maknanya Tajdi dengan Fiq tu adik beradiklah? ke sepupu?"soal pak mat
"Tajdi tu abang pada Fiq"jawab Ara dengan senyuman.
"lah...keciknya dunia,rupanya anak mak ni jadi cucu pada opah lah? dan kakak ipar pada Fiq?"soal mak embon dengan senyuman.
"ye...kelakar kan?"kata Ara serasa tergelak perlahan.
pak mat memerhati anaknya yang tersenyum dari tadi.
"Ara okay ke? maksud ayah...dulu kan..."
"dulu tu dulu lah ayah...Ara dah lupa pun,sekarang kami semua dah okay"kata Ara dengan senyuman ikhlas.
iklhas ke hatinya?
ye..dia memang benar-benar ikhlas kerana hatinya kini seratus peratua dimiliki oleh Tajdi.
pak mat tersenyum lega.
"Alhamdulillah"kata pak mad dan mak embon serentak.
"kau berikan kebahagian pada anakku ya Allah"doa pak mat dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience