Ara tersenyum dibalik tudung bawal yang dipakainya.ye...setelah selama sembilan bulan....hampir dekat setahun dia di bumi korea ini.tak tahu rasa yang nak digambarkan ,rindu pada mak dan ayah itu sudah pasti,tapi dia sudah berjanji..selesai sahaja fifi membuka peluang temuduga untuk mencari seseorang yang akan mengganti tempatnya sebagai jurugambar di butik itu,dia akan segera pulang.tapi.....sekarang si fifi tengah sibuk dengan pertunjukan fesyen yang bakal dipertandingkan di busan.seluruh pereka dari negara luar akan mengambil bahagian.jadi disebabkan itu selalu sangat muka cemberut fifi dia nampak,dan...dia sebagai kawan selalu membantu apa-apa idea yang dia tahu.
selama dua bulan dia di Korea,hatinya tiba-tiba terdetik mahu berhijrah.satu malam yang pasti dia ridak lupakan.malam yang dia merasa begitu kerdil,begitu berdosanya dia selama ini.malam yang dia benar-benar menangis kerana memohon keampunan di dalam solat taubatnya.
maka hari-hari seterusnya dia mula berjinak-jinak dengan bertudung.fifi juga menyokong apa yang dia lakukan.
dan lagi satu,hatinya kini perlahan-lahan sudah pulih,tiada lagi tangisan ketika wajah arwah Tajdi menjelma di dalam ingatannya.setiap malam dia cuba untuk sedekahkan bacaan surah yassin apabila ada waktu terluang.
Ara yang baru perlahan-lahan akan muncul!
Ara berjalan menyusuri lorong pejalan kaki.jaket tebal yang membaluti tubuhnya diperkemaskan.kini sudah tiba musim sejuk.semua orang yang dilihatnya berpeluk tubuh dibalik winter coat yang dipakai.memang betul-betul sejuk.
kepala Ara dilitupi dengan scarf yang dipakai atas tudung,tangan dibaluti dengan sarung tangan yang tebal.
kasut dan stoking itu wajib.
Ara menghembus nafas,tersenyum dia apabila melihat kepulan wap yang keluar dari mulutnya.
dia berdiri di bawah pohon yang rendang dengan matanya ditala ke arah jalan raya yang sibuk dan dilitupi salji yang tidak begitu tebal.
telinganya dapat menangkap bunyi derapan kaki yang berlari di sebelah kirinya.
dia tersenyum.
"sorry Ara....lambat"kata fifi melepaskan lelah di sebelah Ara.
"tak apalah....aku bukan pergi mana-mana so...macam mana?"soal Ara
fifi tersenyum lebar.
"dia setuju!!"jerit fifi
"alhamdulillah,so...maknanya tak lama lagi kita akan pergi busan?"soal Ara
"ye....dan kau kena tolong aku"
"tolong apa?"
"tolong sumbang apa-apa idea yang bernas untuk rekaan yang aku nak pamerkan nantilah"kata fifi
"hello... aku bukannya pandailah fi..."kata Ara.
fifi berjalan meninggalkan Ara,Ara berlari mengikuti langkah kaki fifi
"takde-takde...kau kena juga,kau kan banyak idea"kata fifi
mereka sama-sama melangkah ke kereta milik fifi yang terparking.
"aku banyak idea lah sangat...."kata Ara dengan wajah malas.
fifi tergelak.dia masuk ke tempat memandu. Ara masuk ke tempat sebelah pemandu.
"okay...kalau kau tolong aku,dan aku menang..aku belanja kau dekat mana je kau nak pergi waktu di busan nanti"kata fifi menghidupkan enjin keretanya.
wajah Ara kembali ceria.
"serius?"
"amboii....dengar bab belanja...laju kau erk?"
Ara tersengih.
"mestilah,rezeki jangan ditolak"
fifi tergelak,kereta dipandunya membelah jalan raya.
"eh...betul ke?"soal Ara separuh terjerit apabila mendengar suara pemanggil di seberang sana.telefon dilekap ke sebelah kanan telinga.bibirnya mengukir senyuman selebar-lebarnya.
"betullah....."kata Zaiton panjang meleret.
"kalau macam tu...bila flight kau?aku dengan fifi boleh datang ambil nanti"soal Ara
"malam nanti..."
"malam nanti!!!"jerit Ara
"woii...kau nak bagi aku pekak ke apa ni?"marah Zaiton.
Ara tergelak kecil,mulutnya ditutup.
"tak lah....kau bertolak malam ni tapi baru sekarang kau bagitahu aku kan?"kata Ara
"alah....aku ingat nak buat suprise..tapi tak.jadilah"kata Zaiton.
mereka sama-sama tergelak.
"datanglah....nanti kau boleh bagi-bagi idea"
"idea apa pulak?"
"kau tahu tak...kawan kita ni akan masuk pertandingan fesyen antarabangsa tau!!so...dia minta kita bagi apa-apa idea untuk rekaan dia"kata Ara dengan senyuman.dia kenyitkan mata pada fifi tersengih-sengih sedang menonton tv di ruang tamu.
"oh...ye ke?wahh....popularlah kawan kita nampaknya"
"eh...mesti,dia cakap kalau dia menang,dia belanja kita waktu di busan nanti"kata Ara
fifi mencebir bibir dengan mata dijuling ke atas.Ara tersengih-sengih.
"okay...kalau dah itu hadiahnya aku ada banyak idea ni"
"kalau macam tu..nanti aku dan fifi datang jemput kau"kata Ara
"okay...aku nak kemas barang-barang dulu,nanti aku call balik"
"okay...assalamualaikum"
"waalaikumsalam"balas Zaiton.talian dimatikan.
Ara tersenyum lebar,dia menghampiri fifi.
"bila Ton naik flight?"soal fifi
"malam ni"
"bertuah punya kawan..malam ni nak naik flight baru sekarang dia cakap"kata fifi
"tu ark...betuah betul,so..macam mana,kau buzy tak nak pergi airport? kalau kau buzy aku ambil teksi je"soal Ara
"aku free lah..."kata fifi
"okay....aku naik mandi jap...dah seharian tak mandi"kata Ara dengan sengihan.
fifi ternganga
"patutlah..busuk masam"kata fifi
"hello...tak lah"marah Ara
fifi gelak terbahak-bahak.
Ara pula melangkah naik ke tingkat atas dengan wajah tak puas hati.
Ara dan fifi ternanti-nanti di ruangan menunggu di dalam balai ketibaan yang dibanjiri dengan pelbagai jenis manusia.masing-masing juga ada tujuannya.seperti mereka sudah berapa kali mengeluh didalam kedinginan,muka si Zaiton yang dinanti-nanti tak juga muncul-muncul.entah mana ghaibnya budak Zaiton!!
Ara memeluk tubuhnya.wap dari mulutnya keluar berkepul-kepul ketika dia menghembus nafas.
"mana budak Ton ni...?"keluh Ara.dia membetulkan selendangnya.
fifi terjingkit-jingkit kakinya meninjau ke ruangan ketibaan.
"kapal terbang dah lama mendarat kot...si Ton ni kemana pulak? orang lain yang naik flight dengan dia...dah lama sampai rumah,siap makan nasi lagi"bebel fifi
Ara tergelak perlahan.
"tak payah kau nak bebel,kejap lagi muncul lah kot"kata Ara
fifi duduk semula.
beberapa saat kemudian,mata Ara dapat melihat susuk tubuh Zaiton yang sedang berjalan dengan perlahan-lahan,seperti menahan sakit.tangannya diletak ke perut,tangan kiri pulak menarik begnya.
Ara dan fifi berpandangan,kemudian mereka meluru ke arah Zaiton.
"kau kenapa ni?"soal Fifi risau melihat wajah pucat Zaiton.
"aku sakit perutlah....turun je dari kapal terbang terus pergi tandas"kata Zaiton.
"lah...kalau macam tu..jom pergi klinik"kata fifi
"barang kau semua dah ambil?"soal Ara
Zaiton angguk kepala.
tubuhnya sedikit menggigil.mungkin kerana cuaca baru yang mengenai kulitnya.
mereka membantu Zaiton masuk ke dalam kereta milik fifi.
"macam mana kau boleh sakit perut ni?"soal Ara
"nantilah aku cerita...panjang sangat"kata Zaiton.
Ara angguk faham.
fifi menumpukan perhatiannya pada jalan raya yang kebanyakannya dilitupi salji.
Share this novel