bab 17

Romance Completed 13382

Taufiq membetulkan baju sejuknya di tubuhnya.dia melangkah bersama rakannya ke arah kesesakan dengan orang awam yang datang membeli-belah dia pekan yang sememangnya popular di Australia ini,Chinatown sememangnya menjadi tumpuan ramai para pelancong dari luar negara,sekali datang dah berguni-guni dibawa balik ke negara mereka.
"ramai pulak orang malam ni"kata Hero
"kau kan tahu,tempat ni memang stategik"kata Zamri
"tapi...selalu hari-hari biasa taklah ramai sangat macam ni"jawab Hero
"alang-alang kita dah datang ni..jalan je lah"kata Zamri.
mereka menyusup masuk ketengah-tengah orang ramai.
"fuhh...bergaya siot"Hero memegang satu tshirt yang bercorak 3D yang dicetak mengambarkan wajah michael jackson sedang menyanyi.
"lawa..."kata Zamri memberi komen
"kau nak ambik lah...okay je bagi aku"kata Taufiq mewakili pendapat yang dipinta Hero
"korang serious?"
Taufiq dan Zamri mengangguk
"kau ni..tanya pendapat kita ingat kitorang ke yang bayar untuk kau?"soal Zamri
"aku cuma nak pendapat kalau dapat banyak sokongan aku on lah"jawab.Hero tersengih lebar
"serious ke okay?"soal Hero lagi.
terangguk-angguk Taufiq dan Zamri meyakinkan.
usai Hero membayar harga baju itu,mereka berjalan melalui gerai yang menjual pelbagai jenis patung beruang yang bermacam saiz dan warna.
Taufiq menghampiri satu patung bear yang berwarna coklat.
Zamri dan Hero berpandangan sesama sendiri sambil menjungkit bahu.
Taufiq mengusap kepala patung itu dengan mata yang bertakungan dengan air mata.
"cinta tak pernah lupus dalam hati Fiq untuk Ara"kata hatinya.
"Fiq?"panggil Zamri disebelahnya.
terus Taufiq menyeka matanya bagi mengaburi mata rakan-rakannya dari tersedar ada air mata yang bakal tertumpah.
"kau okay ke?"soal Hero
Taufiq mengangguk terus keluar.
Zamri dan Hero memandang patung bear itu sebelum mengejar Taufiq
mereka singgah makan di sebuah restourant usai berjalan dipasar itu.walaupun Zamri dan Hero belum puas berjalan-jalan tapi bila dilihat wajah mendung dan suara yang ditahan tidak diluahkan oleh Taufiq mereka mengalah,apa guna berseronok berjalan melihat pelbagai jualan tapi rakan mereka hanya menjadi patung.
mereka membuat keputusan untuk makan malam di sebuah restourant halal dia tengah-tengah kota itu.
Zamri menyedut minumannya sambil matanya memberi isyarat pada Hero supaya bertanya pada Taufiq yang hanya makan tanpa banyak bicara.
Hero pulak menjungkit bahu.
"ehemm...err...kau okay ke?"soal Hero
"okay"jawapan sepatah dari Taufiq terus mendiamkan segala persoalan dalam minda rakan-rakannya.
"tadi tu...."
"kenapa?"soal Taufiq mencelah.Zamri terhenti katanya.
"sebenarnya kitorang bukan nak masuk campur urusan kau,tapi seeloknya kami tahu apa masalah kau,yelah...kita ni kawan kan?"apa salahnya berkongsi masalah kalau kami boleh tolong kami tolong,dalam islam pun ada mementingkan sikap tolong-menolong"Zamri mula mengeluarkan mukadimah
"ma..maksud si ustaz ni..tadi kami nampak kau macam terkenangkan sesuatu kejadian bila tiba-tiba kau pegang patung beruang warna coklat tu"kata Hero.
Taufiq senyum senget.
"aku..teringatkan si dia"
terus Hero Dan Zamri tersenyum
"cewaahh...si dia yang berada.dimana tu?"Hero berkata sambil tersenyum.
setahu mereka Taufiq seorang yang tidak ada perasaan ke arah percintaan,yelah...sedari dulu lagi dia pindah ke sini langsung tak ada seorang wanita pun yang dia dating ke,berkerdip mata ke,langsung tak ada,kecuali sepupu dia yang tinggal di malaysia nama Kiyla itupun dia cakap
'just my cousin'.
"dia...masa lalu aku,tapi aku anggap dia masa depan aku,walaupun aku tak tahu dia di mana sekarang,atau apa khabar"kata Taufiq merenung malam yang riuh di luar tingkap kaca restourant itu.
"maksud kau...kau dengan 'si dia' tu dah pisah?"soal Zamri
"kami terpisah bukan berpisah"kata Taufiq
Hero dan Zamri terangguk-angguk
"kenapa kau tak cuba berhubung dengan dia?"soal Hero
Taufiq tersenyum lalu menggeleng
"aku dah cuba,mungkin dia dah tak gunakan dah nombor tu,"kata Taufiq
"kau balik malaysia jumpa dia"cadang Zamri
"kerja gila,nanti lagi teruk keadaan,mama aku suruh aku datang sini supaya aku boleh buktikan yang aku ni anak dia"kata Taufiq
"kalau aku balik,apa kata mama aku nanti,elok-elok dia terima aku,jadi kelain pulak,sebenarnya mama aku nak aku berdiri atas kaki sendiri,mama aku tak nak aku bercinta lagi,focus pada kerjaya dulu"kata Taufiq
"kau ada salah dengan mama kau ke?"soal Zamri
"aku lari masa hari perkahwinan aku"
terus Zamri dan Hero ternganga.
"Astagfirullahhalazim"Zamri beristigfar
"kau dah kahwin?"soal Hero
"hampir"perbetul Taufiq
"kenapa kau lari?"selalunya perempuan je yang terror bab lari ni?"soal Hero
"aku tak suka perempuan yang mama aku pilih"kata Taufiq
"Fiq...apa-apa pun kau tak baik jatuhkan air muka keluarga kau dan keluarga wanita tu,kau kalau tak suka sekalipun kau cakap elok-elok,baru mama kau faham"kata Zamri
"aku tahu...aku dah rasa bersalah dengan semua,tiga hari lepastu aku balik ke rumah,semua orang marah-marah aku,tapi mama dan papa aku suruh aku datang sini supaya dengan suasana dan tanggungjawab yang aku tanggung dekat sini aku jadi matang dalam membuat pilihan"kata Taufiq
"baguslah kalau kau dah sedar"kata Zamri
menepuk bahu Taufiq perlahan.
"habis...apa kena dengan bear tadi?"soal Hero
"Aku pernah bagi pada Ara patung macam tu masa kami sama-sama habis SPM sekaligus haritu adalah hari lahir dia"kata Taufiq.
"Ara nama dia?"soal Hero
Taufiq angguk.
"sabar bro...kalau nanti ditakdirkan kau jodoh dia,takkan kemana pasti korang akan jumpa jugak,dan kalau kau dengan dia ditakdirkan tak ada jodoh,mungkin Allah nak berikan yang lebih baik untuk kau,Allah dah cakap setiap orang pasti telah ditetapkan jodohnya sejak dalam perut ibu lagi"
"thanks bro"Taufiq tersenyum pada Zamri.
"dan kau kena ingat,jodoh tu kalau tak sekarang,dia datang kemudian kalau tak kemudian,dia datang di masa depan,dan kalau tak di dunia,mungkin di syurga Allah"sambung Zamri.
Taufiq tersenyum.
"jangan risau Fiq,bunga banyak lagi dekat luar tu,si Kiyla sepupu kau tu okay jugak"kata Hero dengan senyuman.
Taufiq diam
"memanglah bunga bukan sekuntum...ada berbagai-bagai jenis bunga.Dan tak semua bunga tu macam bunga...,comel ke tidak bunga tu bergantung pada mata orang yang melihat,bagi aku...bunga balong ayam tak comel tapi bagi orang lain mungkin comel,bukan semua bunga bau wangi,ada bunga yang rupa dia lawa tapi bau dia busuk macam bunga tahi ayam,ada bunga rupa dia biasa je..tapi harumnya tak padan dengan rupa dia,colour pun biasa je...satu colour je,tengok rupa tak ada yang menarik tapi baunya..bunga melur.Yang aku nampak pada Ara dia bukan bunga yang biasa-biasa walau nampak macam biasa"
Taufiq menutup mulut semua orang dengan hujahnya yang satu itu.masing-masing diam membisu.termasuk si Hero yang bermulut murai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience