bab 52

Romance Completed 13382

Taufiq duduk diberanda biliknya merenung malam yang kelam dengan cuaca yang sejuk mencengkam badannya.
jaket tebal membaluti tubuhnya diperkemaskan.
kota raya Australia terbentang luas dihadapannya.
jalan raya tidak pernah berhenti dari kenderaan-kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.
sama dengan Malaysia,
tiba-tiba dia teringat sesuatu,dengan teruja dia mencapai handfone lalu didail nombor seseorang.
menanti dengan penuh harapan.
"congratulation"katanya dengan ceria.
dihujung talian Tajdi sudah gelak kuat.
"majlis tu pagi tadi,baru sekarang nak ucap?"soal Tajdi.
"sorry lah abang...Fiq sibuk sikit,"kata Taufiq
"erm...ye lah tu,dah la majlis abang sendiri pun tak datang,ramai tau orang tanya pasal Fiq,ada yang nak buat menantu pun ada"kata Tajdi.
memang dia terdengar perbualan mamanya dengan salah seorang rakan Datin rose yang teringin bermenantukan adiknya.
"ada-ada je lah abang ni...Fiq tak tipu...betul-betul sibuk ni"kata Taufiq.
"okay...i believe you,but...jangan tak balik pulak bila majlis resepsinya nanti,masa tu kalau Fiq tak balik abang akan ke sana tarik telinga Fiq suruh balik"kata Tajdi.
Taufiq terbahak-bahak ketawa.
"okay...Fiq akan baliklah,mana boleh tak balik,tak sabar nak tengok kakak ipar"kata Taufiq.
"ye lah..."
"Fiq mungkin akan balik tiga bulan lagi kot"kata Taufiq.
"ermm...eloklah tu majlis pun cuma lima bulan lagi"
"wahh...mesti tak sabar kan nak dapat isteri?"soal Taufiq.
"biasalah...mesti ada rasa gementar,sebab tu abang nak Fiq ada"kata Tajdi.
"dont worry...adik akan balik"kata Taufiq.
"i keep your promise"kata Tajdi.
"you can belive me"
"okay...we see"
mereka sama-sama ketawa.
"abang sentlah gambar majlis pagi tadi"suruh Taufiq.
"no...kalau nak tengok tunggu bila balik Malaysia nanti,siapa suruh tak balik"kata Tajdi.
"Fiq kan dah cakap...Fiq kan sibuk nak uruskan pemindahan Fiq ke Malaysia...lagipun Fiq nak uruskan saham papa yang nak dijual dekat syarikat ni....nanti Fiq balik Malaysia lah"kata Taufiq betul-betul.
"ye lah...abang tahu"jawab Tajdi serba salah.
"kalau macam tu sent lah gambar tak sabar nak tengok kakak ipar Fiq ni..."rayu Taufiq.
"no...Fiq sabar okay,nanti balik Malaysia tengok lah puas-puas"kata Tajdi.
"kedekut betul abang kan?nanti Fiq bawak balik adik ipar mata biru baru padan muka"kata Taufiq beserta ketawanya.
Tajdi juga terkesan mendengar gurauan adiknya.
"boleh jugak abang merasa macam duduk dekat Australia kalau ada adik ipar mata biru dalam rumah ni"kata Tajdi.
mereka sama-sama gelak.
"whatever lah bang....okay macam ni,kalau dah taik hidung masin sangat...apa kata abang bagitahu namanya"kata Taufiq.
"nama boleh"kata Tajdi
seronok betul Taufiq.
nama pun namalah!
"cepatlah bagitahu"gesa Taufiq
"nama dia.."
"Taj!!!"panggil datin rose dari dapur menghentikan percakapan Tajdi.
Taufiq mengeluh kerana mama memanggil abangnya.
"ye ma....?"soal Tajdi
"datang sini kejap..mama ada benda nak bincang"kata datin rose.
"okay"jawab Tajdi
"alah...mama nak apa bang?"soal Taufiq
"entah...takpa nanti abang call lagi..Assalammulaikum"terus Tajdi menekan punat merah.
"eh...bang nama?"soal Taufiq tapi sudah terlambat.
dia mengeluh.
"waalaikumsalam"jawabnya.
dia kembali menghirup air yang sudah ada di atas meja kecil disisinya dari tadi.

cuti seminggu yang diberikan padanya kerana majlis yang sudah berlangsung memang benar-benar merehatkan tubuh badannya yang kepenatan membantu emak di kampung mengemas segala peralatan yang digunakan untuk majlis pertunangannya.
hari ini Ara memakai blaus putih labuh beserta seluar slack hitam.rambutnya diikat satu ke belakang.
dia melangkah masuk ke perkarangan ruangan menunggu di dalam bangunan besar itu dengan hati yang gembira.walaupun ada rasa malu mengcengkam hatinya kerana menjadi perhatian oleh kerana keputusan yang dibuat Tajdi dan dirinya untuk mengikat tali pertuangan.memang pelik bercinta tak nampak,mesra lagilah tak nampak tiba-tiba boleh bertunang.
Ara melempar senyum pada penyambut tetamu yang tersenyum manis padanya.
Ara menekan butang lif untuk ke tingkat atas.
seketika kemudian pintu lif terbuka muncul sekumpulan pekerja di tingkatnya bekerja.
Ara melempar senyum pada mereka yang pada anggaran Ara dalam lima orang,ramainya!
"Ara!!!!"jerit mereka serentak pantas menyerbu ke arah Ara yang terkejut dengan sapaan dari mereka.
Ara tersengih tidak faham.
"korang pergi mana ramai-ramai ni?"soal Ara seperti biasa.
"kami nak keluar breakfirst...kan awal lagi"jawab salah satu dari mereka.
"ye...awal lagi"kata Ara.
"sampai hati"kata kak Hamzah tiba-tiba bersuara merajuk sambil tangan Ara dipegangnya.
"kenapa kak?"soal Ara dengan senyuman.
"bertunang tak cakap dekat kitorang pun kan...inilah kawan"jawab siti disebelah kak Hamzah.
Ara tergelak kecil
"maaf...majlis tu biasa-biasa je...bukan Ara tak nak ajak korang tapi...majlis ni tiba-tiba"kata Ara.
"ye lah tu..."kata ka hamzah masih tidak berpuas hati,sememangnya dia agak rapat dengan wanita berumur 41 tahun ini.
tangan kak hamzah digengamnya.
yang lain tersenyum-senyum melihat rajuk kak Hamzah.
"maaf lah kak...okay apa kata waktu lunch nanti sebagai menebus kesalahan Ara,Ara belanja akak?"kata Ara
"betul?"soal ka hamzah sambil tersenyum manis semula.
"kak hamzah je ka? kami?"soal mereka yang lain.
Ara tersengih
"maaf...bajet tak cukup"kata Ara teragak-agak.
"mana aci lah Ara..."kata siti.
Ara tergelak.
"kalau Ara order dua kotak pizza untuk korang macam mana?"soal Ara.
terus riuh sorakan dari mereka.
"thanks Ara"kata mereka.
"so...lunch nanti jadi erk dengan akak?"soal kak hamzah.
"ye...jadi"jawab Ara.
"lagi satu kesalahan Ara dengan kitorang"kata Aishah tiba-tiba di dalam keriuhan mereka.
masing-masing diam memandang Aishah.
"apa pulak?aduh...nampaknya pokailah Ara lepas ni sebab nak kena bayar denda"kata Ara membuat wajah sedih.
mereka yang lain ketawa sakan mendengar keluhan Ara.
"apa kesalahan Ara yang kedua kak Aishah?"soal Siti mewakili Ara.
mahu juga dia tahu
"Ara rampas bos handsome kita semua..."kata Aishah.
terus gamat kawasan itu dengan gelak tawa mereka.
"betul tu...siti setuju sangat"sokong siti.
"betul..betul..betul"kata mawar gadis yang paling periang.
Ara tak berhenti gelak.
"kesalahan yang itu..tolonglah maafkan Ara,Ara tak sengaja"kata Ara.
mereka gelak lagi mendengar jawapan Ara.
"its okay...tapi yang pizza tadi mesti jadi"kata Siti.
mereka masing-masing mengangguk setuju.
"okay"kata Ara berjanji.
tiba-tiba mata siti ternampak kelibat Dato Tajjuddin sedang berjalan masuk ke kawasan pejabat.
"eh...korang jom cepat,Dato dah sampai nanti Dato nampak kita habislah kena marah sebab buat bising"kata Siti.
lekas-lekas mereka meninggalkan Ara tanpa sebarang kata.
Ara tersenyum melihat telatah mereka.
Ara melihat dari jauh bakal bapa mertuanya sedang berjalan ke arahnya.
dia menarik nafas dalam-dalam.
"Assalammualaikum Dato"kata Ara tersenyum manis.
"waalaikumsalam..."jawab Dato Tajjuddin berdiri betul-betul didepan bakal menantu sulungnya.
"Dato sihat?"soal Ara.
"ada satu kesalahan Ara dengan saya"kata Dato Tajjuddin dengan muka serius.
terus jantung Ara berdegup kencang.
"ap..apa Dato?"soal Ara gagap.
"kesalahan Ara sebab panggil saya Dato"kata Dato Tajjuddin dengan senyuman.
terus Ara gelak perlahan.lega hatinya.
"kan papa dah pesan...panggil papa je..."kata Dato Tajjuddin.
"maaf papa,"kata Ara.
Dato Tajjuddin angguk.
"jom..."kata Dato Tajjuddin sambil melangkah masuk ke dalam lif Ara mengikut dari belakang.
di dalam lif suasana sunyi seketika.
"macam mana Ara dan Taj?"soal Dato Tajjuddin.
Ara senyum manis.
"biasa je pa...Ara harap kami akan sentiasa bersama walaupun orang tua-tua cakap bertunang ni banyak dugaan,tapi....Ara harap sangat kami tetap bersama"kata Ara malu-malu.
"InsyaAllah,kalau kita percaya pada masing-masing,semua segala rintangan akan lebih mudah kita atasi,papa pun nak cakap pada Ara,kalau apa-apa yang Taj buat dekat Ara,yang boleh menguji kesabaran Ara papa harap sangat Ara bersabar ye?"kata Dato Tajjuddin.
"InsyAllah papa...tapi Ara yang takut Ara akan lakukan perkara yang buat Taj tak sukakan Ara je..."kata Ara jujur.
"papa tahu..Ara budak yang baik,sebab tu papa suka kalau Ara jadi menantu papa,Ara boleh jaga Taj dengan lebih baik sebagai isterinya nanti,Taj tu memang nakal sikit"kata Dato Tajjuddin.
mereka sama-sama gelak.
pintu lif terbuka mereka melangkah keluar.
berhenti seketika dipersimpangan
yang memisahkan antara pejabat Dato Tajjuddin dan bilik Ara.
"Ara mesti tahu apa nak buat dekat dia kalau dia nakal sangat"kata Dato Tajjuddin
"apa?"soal Ara dengan senyuman
"tarik telinga dia kuat-kuat ataupun...."
"bawa lipas dekat dia"kata Ara sebelum Dato Tajjuddin menghabiskam ayatnya.
"yes...itu menantu sulung papa patut tahu"kata Dato Tajjuddin.
mereka gelak lagi.
"okay lah pa...Ara masuk dulu,nanti kena marah dengan bos"kata Ara merujuk pada Tajdi.
"berani dia marah menantu papa,nanti mengadu dekat papa"kata Dato Tajjuddin.
Ara tergelak.
"Ara gurau je papa...Ara pergi dulu ye"kata Ara.
Dato Tajjuddin angguk kepala.
dia menarik nafas lega sambil melihat langkah menantunya ke arah kiri.
"Ya Allah kau satukan hati mereka menjadi pasangan bahagia hingga ke jannah mu.Aminn"doanya dalam hati sebelum turut meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience