bab 19

Romance Completed 13382

mak embon merenung ke arah sawah yang luas dari beranda rumahnya.
wajahnya begitu mendung seperti menanggung satu bebanan.
pak mad yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat isterinya yang tidak menyedari kehadirannya disitu.
"udah-udah la tu..."kata pak mad duduk disebelah isterinya.
tangannya mengurut-ngurut kakinya.
"macam mana nak sudahnya bang...saya betul-betul ingat dekat Ara"kata mak embon bersuara rintih.
"dia ke Kuala Lumpur tu untuk kerja,biarlah dia bekerja boleh jugak dia lupakan apa yang jadi...kalau awak nak dia duduk dekat rumah je...sia-sia lah dia belajar semua tu"kata pak mad.
"itulah...bila difikirkan balik memang ada betulnya"
"dah tu...buat apa dirindu,nanti dia pun teringat dekat awak,langsung tak dapat nak buat kerja"
mak embon angguk kepala.
"tapi saya betul-betul rindu dia,selama ni sakit demam kita dia yang jaga,tiba-tiba dia hilang"
pak mad gelak perlahan
"awak bukan faham apa seorang ibu rasa"kata mak embon lagi.
"saya dah lebih faham dah...dan saya dah faham apa rasa kita bila kita ingat drkat anak kita"kata pak mad.
mak embon mengeluh sesak.
"tak pun awak mengandung sekali lagi"cadang pak mad dengan gelak kuatnya
"ish...apa lah abang ni,kita ni dah tua..usia macam kita ni timang cucu..bukan timang anak"jawab mak embon dengan gelak perlahan.
"saya gurau je...jom lah masuk,awak masak apa hari ni?"
mereka beriringan masuk.
"masak biasa je...dulu kalau ada Ara macam-macam dia masak untuk kita...sekarang saya sorang dah tak mampu nak masak banyak-banyak"
pak mad angguk lalu beriringan dengan isterinya ke dapur.

pulang sahaja dari Perak,tugasan yang banyak menanti dirinya dipejabat.
saat melihat longgokan file membuatkan kepalanya automatik tergeleng-geleng sendiri.dengan badan yang letih walaupun dia tidak memandu hanya bos yang membawanya tapi bukannya boleh dia bersandar ke..bersila ke..meluruskan kaki ke...memang tak lah,dia harus menjaga tertib sebagai seorang perempuan pada sesiapapun,lagi-lagi bos yang sudi mengambilnya sebagai pekerja.
jadi tentu tak elok kalau awal-awal lagi dia dah tunjuk perangai tak senonoh.kenalah dia berduduk tegak seperti ada pembaris yang menahannya dari bersenang diri.
mata yang mengantuk apabila tidur tidak mencukupi,nama sahaja tidur hotel yang selesa,nyaman.tapi kerja melambak tak kira pukul berapa,ada saja kerjanya yang di e-mel oleh melly padanya.pukul tiga pagi masih menghadap computer.
"diorang ni memang macam ni ke?"apa salahnya file ni semua diletakkan dalam satu tempat,ini dilonggoknya atas meja aku,tahulah aku bukan bos kat sini...tapi please...hormat sesama pekerja,tahulah kerja aku pun..tapi tak payah lah macam ni,huhuhu...sedih pulak rasanya,ingat semua ni senang macam A,B,C atau kira 1,2,3 ke?"rungut hatinya.
dia duduk sambil membuka satu file,dia menghidupkan suis computer,dan mula membereskan kerja-kerja itu.
setelah setengah jam dia berjaya menyiapkan tiga buah File,yes...dia akui dia memang pantas..hihihi.
Kepalanya dipicit sekejap.memang dia senang diserang migrain.sejak dulu emak selalu pesan ubat jangan tinggal.dan makan jangan diikutkan diet,nanti angin naik ke kepala mulalah kepala tu jadi roda.
Ara memandang satu balang kecil roti keping kosong disisi mejanya.
dia bangun meluruskan pinggang dan keluar ke pantry.
dia membancuh satu mug nescafe 'o' kegemarannya sewaktu berada di warung dulu.
kembang kempis hidungnya menikmati bau nescafe itu masuk ke hidung.
bahunya ditampar perlahan.akibat terkejut dia kembali ke dunia asal dari lautan nescafe.
Zaiton sudah tersengih-sengih disebelahnya.
"ish...kau ni,suka terkejutkan aku,dekat rumah dahlah buli aku,dekat office pun sama ke?"geram Ara.
dia menghirup nescafe yang dibancuhnya
mmm...sedap!
"eleh...aku tahulah kau sekarang ni dah mabuk cinta"dengan tersenyum-senyum Zaiton berkata.tangannya lincah memasukkan serbuk kopi dalam mug kosong.
"cinta?"Ara senyum senget.
"kau ni...gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pulak..kihkihkih"
amboi..sampai ber 'kihkihkih' dah kenapa gelak macam tu?
"kenapa ni?"Ara tak puas hati
"untunglah...aku ni dah beberapa tahun kerja kat sini,takde sorang sangkut,kau masuk tiga hari je dah disangkut"Zaiton masih menggunakan nada kias.
"eh..boleh tak kau terus-terang?"sekarang orang dah tak pakai jalan lama,dah banyak highway!"
"kau ada apa-apa dengan bos?"soalan Zaiton membuatkan tenaga Ara jatuh merudum,kepalanya yang tadi sakit semakin sakit.
"apa kau cakap ni?"mug diletaknya semula.
"kenapa?"tak betul ke?"Zaiton pulak menyoal.
"apa betul?"apa tak?
"satu apartment cakap kau keluar dengan bos,mesra bagai"
kali ini bukan setakat ternganga Ara dibuatnya tapi rahangnya bagaikan terjatuh.
mesra?tak nampak ke muka aku yang kena paksa bila dipaksa oleh bos ke site?
"apa korang merepek ni?"keluar apanya?"aku ikut bos outstation pergi tapak projek,bukannya pergi melancong"Ara berkata dengan hati yang panas.
"patutlah semua mata menjeling-jeling aku je..rasa nak korek mata tu"hatinya berkata
"oh..ye ke..sorry Ara,aku ingat betul,betul,betul"
rasa bersalah menghimpit Zaiton.
"senang je kan..korang bahankan aku?"lagipun kau kena ingat Ton,antara aku dengan bos hanya pekerja dan majikan,cinta aku hanya ada pada Fiq"
Ara pantas.berlalu.
"Ara..Ara!!nanti dulu"
Zaiton mengetuk kepalanya sendiri tanda rasa bersalah.

Ara membuat kerja dengan perasaan yang berkecamuk.balang roti hanya dipandang seleranya sudah mati.
apalah taraf pemikiran diorang dekat office ni?
"aku keluar dengan bos ke tapak projek dah dikatanya aku bercinta dengan bos,apalah...habis makcik cleaner hari-hari hantar air,berlawak jenaka dengan bos tak nak pulak mengata,kalau bos tahu...buat malu je"rungutnya.
tiba-tiba telefon pejabat disebelahnya berdering.gagang diangkat
"yes..bos?"
"masuk bilik saya kejap"arah Tajdi
"baik bos"
letak sahaja gagang ketempat asal Ara bangun mencapai nota kecil dan sebatang pen.diketuk dua kali pintu kaca itu.
dengar sahaja arahan dari dalam,pintu dibukanya.
"ada apa bos?"soal Ara berdiri dihadapan Tajdi yang kusyuk memandang komputer.serious pulak wajahnya.
"file yang melly bagi pada awak,saya nak minta sekarang"dengan tangan diterbalikkan seperti kanak-kanak minta duit raya dia menunggu.
serba tak kena Ara dibuatnya.bukan dia tak mahu siapkan,tapi masa terlalu terhad.baru semalam bos minta projek lain,Alhamdulillah siap..tapi yang ini dalam proses.
"err...bos nak sekarang ke?"bukannya bos cakap lepas lunch hour?"
"ye ke?"Tajdi keliru.
Ara angguk laju,mohon agar dirinya selamat dari jerkahan Tajdi.mana tahu bosnya ini garang.
"kalau macam tu okay,nanti lepas aje waktu lunch,saya nak tengok dah ada sini"Tajdi melurus jari telunjuk atas mejanya.dengan wajah serious.
"biak bos"
"biak?"
Ara menelan liur
"No!!...mak..maksud saya baik bos,ada apa-apa lagi?"Ara membetulkan katanya.geram pada dirinya.bila jadi gabra mulalah sebut pun tak.betul.
"nothing"
"saya keliar dulu"
"keliar?"
kali ni mulut digigit kuat
"keluar dulu"perbetul Ara.wajahnya berpeluh.
Tajdi angguk.
Ara pantas keluar dengan laju.mahu cepat-cepat siapkan file itu.nampaknya harini rehatnya hanya roti keping itu sajalah.
Tajdi tergelak perlahan apabila melihat wajah Ara yang gelabah.
"I love you in silent heart" katanya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience