"apa mak!!!"
Ara menutup mulutnya kerana suaranya yang sudah menjerit tahap takut jatuh gaung.
Ara bangun dari katilnya yang empuk.
baru saja nak melelapkan mata di siang hari tiba-tiba dapat panggilan dari mak embon dari kampung.panggilan yang memerlukan kelajuan jantung pulak tu....lainlah kalau panggilan yang menenangkan jantung ni!!
"ma..ma...mak biar betul?"soal Ara risau.hilang terus rasa mengantuk yang menjengah tadi.
"bila diaorang datang?"soal Ara
"hah!! minggu lepas?"soal Ara terkejut.
terus terduduk dia dibuatnya.
wajahnya jelas pucat tanpa darah.
"makk...kenapa tak cakap dengan Ara awal-awal lagi?ishh..mak ni buat Ara risaulah"kata Ara dengan getar suara seperti mahu menangis.
"yelah....esok Ara balik"
"ye...Assalamualaikum"kata Ara
telefon dimatikan.
Ara meletak telefonnya disisi.kepalanya dipicit lembut.
"aduhh...mak ni,kenapalah dia suka bagi kejutan dekat aku?"kata Ara sendirian.
pintu.biliknya diketuk dari luar.
"masuklah Ton..."kata Ara malas.
pintu terkuak dari luar.muncul Zaiton dengan senyuman lebar.matanya melihat Ara yang sedang memicit kepala sendiri terus mati senyumannya.dia menghampiri Ara lalu duduk disebelahnya.
"kau kenapa? tengah hari panas macam ni muka macam telan asam keping"kata Zaiton.
"pening kepalalah Ton.."sungut Ara
"period?"
Ara geleng kepala.
"habis tu? kau nak panadols? aku ambikkan"kata Zaiton.
geleng lagi.
"kalau macam tu..jom aku belanja cendol depan tu"kata Zaiton.
"tak nak...."jawab Ara
"aikk...selalaunya dengar je perkataan belanja bukan main laju..sekarang geleng pulak?"soal Zaiton.
Ara diam.dia merenung ke depan.ke dinding yang kosong.
"kau kenapa ni?cuba cerita dekat aku"kata Zaiton.
"mak aku...."
"kenapa dengan mak embon?"
"dia cakap ada orang masuk meminang aku"kata Ara.
kali ini giliran Zaiton pula yang terkejut biawak.
"me..mem..meminang!!??"soal Zaiton tergagap
Ara angguk kepala.
"kau pasti tak salah dengar?"soal Zaiton
"pasti...."
"aku yang ada boyfriend pun tak masuk meminang lagi,ini kau...boyfriend pun takde ...tiba-tiba ada yang masuk meminang"kata Zaiton.
"aku peninglah Ton....macam mana ni...tolonglah aku"rayu Ara.
wajahnya tampak jelas kesedihannya.
"kau kenal tak orang tu?"soal Zaiton.
Ara geleng kepala.
"parah ni...."
"tolonglah aku Ton....."
"bila dia masuk meminang?"soal Zaiton
"minggu lepas"
"makk aii....minggu lepas masuk meminang minggu ni baru kau tahu?"kata Zaiton.
"ak...aku buntu ni Ton..."kata Ara.
"kalau macam tu...kau kemas beg"kata Zaiton.
"kenapa? kau dah nak halau aku ke Ton?"
"apa pulak nak halau kau...kita balik kampung petang ni jugak lah..."kata Zaiton dengan muka selamba.
"ohh..."
"dah...cepat siap,kita gerak sekarang nanti sampai awal sikit"kata Zaiton.
Ara angguk.
Zaiton melangkah ke luar menuju ke biliknya.
Ara pula mula mengemas pakaiannya ke dalam beg.
tepat pukul tujuh petang mereka tiba di kampung.kereta myvi milik Zaiton memasuki perkarangan rumah Ara.
"kau tak nak ajak aku masuk ke?"soal Zaiton apabila Ara bersiap sedia mahu membuka pintu kereta di sebelah pemandu.
Ara tergelak perlahan.
"kenapa?"soal Ara kembali
"manalah tahu...aku boleh jugak tahu siapa orang yang masuk meminang kau tu..."kata Zaiton dengan sengihan.
Ara menghambur gelaknya.
dah tahu sangat.si Zaiton ni kalau bab-bab misteri macam ni memang nombor satu dia nak ambil tahu.
"dah tahu dah..."kata Ara
"boleh ke?"
"esoklah Ton...aku janji aku akan bagitahu kau lepas je aku dapat tahu,...bukan aku tak nak ajak kau masuk rumah aku...tapi nanti mesti mak kau pun tunggu kepulangan anak kesayangan dia jugak kan....."kata Ara
wajah Zaiton agak hampa.tapi betul juga apa yang Ara cakap.awal-awal lagi mak dia dah masakkan lauk kegemarannya.
nanti balik lewat-lewat kecik pula hati maknya.
"yelah...."
"kau jangan merajuklah...aku bagitahu kau nanti.lagipun...aku tak nak tahu jawapan tu malam ni..."kata Ara perlahan.
"kenapa pulak?"soal Zaiton.
"aku malas nak sakitkan kepala aku lagi malam ni....bila aku rasa segar esok pagi aku tanya mak aku...."kata Ara
Zaiton tersenyum.lalu mengangguk kepala.
"aku masuk dulu....thanks Ton,esok aku call kau erk"kata Ara
"ye lah..."kata Zaiton.
pantas Ara turun dari kereta.
beg berisi bajunya dibawa turun dari tempat belakang.
kereta dipandu Zaiton keluar dari laman rumah itu.
Ara melepas nafas lelah.
dia melangkah ke arah pintu.
"Assalamualaikum mak,ayah!!?"laung Ara.
"waalaikumsalam"jawab suara mak embon dari jauh.mungkin berada di dapur.
pintu dibuka dari dalam.
"aikk....kata nak balik esok?"soal mak embon agak terkejut dengan kepulangan Ara yang tiba-tiba.
Ara melangkah masuk.
"saja...balik harini,Ton pun balik juga"jawab Ara.
dia duduk bersandar ke sofa.mak embon pula duduk didepannya.
pak mad pula datang dari arah dapur menuju ke sofa bersebelahan isterinya.
"kenapa tiba-tiba Ara balik ni? ada masalah ke?"soal pak mad.
Ara diam.wajah keduanya dipandang.
mak embon sudah serba salah mahu berkata-kata.
"Ara balik sebab mak suruh balik"kata Ara
pak mad pandang ke sebelahnya.
"kenapa?"soal pak mad.
mak embon menggaru-garu lehernya.
"saya...dah cakap dekat Ara pasal peminangan tu"kata mak embon.
pak mad sudah terkejut besar.
Ara pula mengeluh.
"kenapa bagitahu Ara awal sangat? tengok...kan dah menyusahkan anak kita"kata pak mad agak keras.
mak embon tersengih.
"takpe la ayah..."kata Ara tak mahu mak dan ayahnya bertengkar gara-gara benda kecik.
"saya bagitahu sebab tak mahu benda ni lama-lama bang....pihak sebelah sana mahukan jawapan dari Ara"kata mak embon.
"apa mak? kenapa kalut sangat? dah lah masuk meminang orang suka-suka hati,nak jawapan cepat-cepat pulak"rungut Ara.
mak embon dan pak mad berpandangan.
"bukan mereka nak cepat...mak je risau sebab tak mahu lambat-lambatkan hal macam ni..."kata mak embon.
kali ini mata Ara terbuka luas.
"mak dah terima?"soalnya
"belum....sebab tu mak suruh Ara balik..nak tanya Ara"
Ara melepas nafas lega.
suasana diam seketika.
"siapalah dia tu? mujur mak dan ayah tak terima lagi,entah siapa-siapa,kita tak kenal tiba-tiba datang masuk meminang"sungut Ara perlahan.namun dapat didengar jelas oleh mak ayahnya.
pak mad dan mak embon pula berpandangan sekali lagi.ada riak risau pada wajah mereka.
"Ara nak tahu siapa mereka?"soal pak mad
"malaslah ayah...esok je lah"kata Ara.
pak mad dan mak embon sama-sama mengangguk.
"kalau macam tu....Ara pergilah rehat,maghrib pun dah dekat ni..."kata mak embon.
Ara angguk kepala.dia bangun membawa begnya.
"macam mana ni bang?"bisik mak embon.
"macam mana apa?"soal pak mad.
"saya takut nak bagitahu dia...macam mana kalau dia mengamuk ke,marah-marah kita ke?"soal mak embon.
"janganlah risau....anak kita tu,kita yang jaga dia...dia tak berperangai macam tu"kata pak mad.
mak embon diam.
"dah jom...kita berjemaah sama-sama"kata pak mad.
mak embon angguk kepala.lalu menurut langkah pak mad.
pagi-pagi lagi Taufiq turun ke ruang makan di dapur.meja makan yang dipenuhi oleh segala masakan untuk sarapan dilihatnya.
"banyaknya...."getus hatinya.
datin rose muncul dari dapur dengan membawa satu dulang yang terdapat empat cawan air teh o panas.
"Fiq tak ke pejabat hari ni?"soalnya.
Taufiq mencapai satu ketul cucur bawang yang dimasak oleh mamanya lalu disuap ke mulut.
"tak...meeting untuk hari ni batal,so..Fiq nak spent time dengan Taj"kata Taufiq
"baguslah kalau macam tu...asyik sibuk je...."kata datin rose.
"mana papa?"soal Taufiq
"ada dekat laman luar,tengah buat excercise lah tu...pergi panggil dia"
Tanpa banyak kata Taufiq melangkah ke laman belakang rumah mereka.
tersenyum dia saat melihat papanya sedang gigih bersenam.
"pa...breakfirst"kata Taufiq
"nanti papa masuk"jawab dato Tajjuddin dengan bahasa isyarat.
Taufiq melangkah masuk semula.
dia melangkah ke anak tangga paling bawah.dia menjenguk ke tingkat atas mencari kelibat si kecil comel.
"boy!!! come here!!"panggil Taufiq agak kuat.
"wait papa...."balas suara yang nyaring dari atas.
"hurry up boy!!!"balas Taufiq.
tak sampai beberapa saat si kecil comel berlari turun dari atas dengan laju.
"do you remember what papa said last night?"kata Taufiq
seperti memberi amaran.
si kecil comel hanya tersengih-sengih
"yes...i remember"balas si kecil comel
"so...why you do it again?"
"sorry papa..."kata si kecil comel dengan wajah yang ditunduk tanda bersalah.
Taufiq tersenyum.kesian pula dia melihat anaknya yang kecil itu.
"sekarang jom...kita pergi breakfirst"kata Taufiq.
Taufiq memimpin tangan si kecil comel menuju ke meja makan.
Taufiq duduk bersebelahan dengan dato tajjuddin
datin rose bersama si kecil comel duduk di hadapan mereka.
"cucu mak tok nak makan apa?"soal datin rose sambil mengusap rambut milik si kecil comel.
"Taj nak...a..yam"kata si kecil comel.
"ayam saja ke?"soal datin rose.
si kecil comel mengangguk kepala.
"makanlah nasi sama sayang....makan lauk je...nanti badan tak naiklah macam ni"pujuk datin rose.
Taufiq tersenyum melihat gelengan kali kedua anaknya.
"Taj kata nak jadi besar macam papa...kenalah makan nasi"kata dato tajjuddin pulak.
"Taj..nak ka...kak suap"kata si kecil comel polos.
"uhukk..uhhukk!!"
Taufiq mencapai segelas air teh o panas di dalam cawannya lalu diteguk.
datin rose dan dato tajjuddin sudah tersenyum sesama sendiri.
"Taj sukakan kakak Ara?"soal datin rose lagi.
Taufiq yang sudah reda batuknya pura-pura sibuk dengan telefon di tangan.
"suka...."jawab si kecil comel sambil mengunyah isi ayam yang diberikan oleh mak toknya.
"kenapa Taj sukakan kakak?"soal datin rose.
"se..bab kakak ba..ik"kata si kecil comel.
dato Tajjuddin sudah tergelak melihat telatah cucunya.
"bijak betul cucu tok wan ni..."katanya.
datin rose mengerling ke arah Taufiq yang sibuk merenung telefon.
"sekarang...cucu mak tok kena makan banyak-banyak,nanti baru kakak suka.."kata datin rose
"baik"jawab si kecil comel patuh.
"dengar tu Fiq..."kata datin rose tiba-tiba.
Taufiq menahan diri dari nampak kalut.
"dengar apa mama?"soalnya.
"eleh...gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pula..."kata dato tajjuddin.
datin rose tersenyum ke arah suaminya.
Taufiq tergelak perlahan.
"apa papa dan mama ni...?"soal Taufiq
dengan senyumannya.
"dengar tak apa yang Taj cakap tu?"soal datin rose
Taufiq mengeluh.
"dengar ma...."katanya perlahan.
"kalau dengar....nak buat apa?"soal dato tajjuddin.
Taufiq diam.dia pandang keduanya yang sedang merenung sinis ke arahnya.
"buat apa?"soal Taufiq
datin rose dan dato tajjuddin mengeluh.
dato tajjuddin mengeleng sambil tersenyum.
"buat apa lagi..pergilah lamar Ara"kata datin rose.
Taufiq mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum dia meneruskan suapan cucur ke mulutnya.
"Fiq!!!"marah datin rose.
"mama ingat senang ke....susah."kata Taufiq.
"apa yang susahnya...mama dan papa pergi pinang dia tak susah pun"kata datin rose.
badan Taufiq terus tertegak apabila ayat terakhir yang dituturkan oleh mamanya.
"mama apa?"soalnya.
"mama dan papa dah pinangkan Ara untuk Fiq"kata dato Tajjuddin.
seperti mahu rebah tubuhnya saat itu.
terasa ada batu berat baru saja terjatuh ke bahu.
"kenapa buat benda semua tu terburu-buru ma..pa."kata Taufiq.
risau hatinya.mesti lepas ni hubungannya dengan Ara menjadi renggang.apa kata Ara kalau dia tahu berita ni dari mak embon dan pak mat? bencikah Ara pada dia lepas ni?
"mama dan papa ambil tindakan betul...Fiq tahu tak? Taj ni....semakin membesar,dia perlukan seorang mama di sisi dia...mama rasa kalau tunggu Fiq bertindak memang tak menjadi la..."kata datin rose
Taufiq mengaru kulit kepalanya.
"ye..Fiq tahu tu.tapi...kenapa cepat sangat? baru dua bulan kita jumpa Ara semula,sekurang-kurangnya...bagi Fiq berbincang dengan Ara dulu pasal hal ni..."kata Taufiq.
"Fiq tak payah risau...mak dan ayah Ara setuju je..cuma kita kena tunggu keputusan dari Ara je lah....hah lepastu,Fiq berbincanglah elok-elok dengan Ara"kata dato Tajjuddin.
"macam mana kalau Ara langsung tak nak jumpa Fiq?"soal Taufiq
"alah....Ara tak macam tu lah....,lepas ni pergi jumpa Ara,bincang elok-elok"kata datin rose.
Taufiq terasa tekaknya pahit tiba-tiba.tidak terasa mahu menambah lagi cucur yang tadinya enak.
Taufiq melepaskan nafas berat.
Ara duduk merenung sawah padi yang menghijau dari pangkin tempat dia selalu duduk sendirian.
mak embon memberi isyarat pada pak mad supaya menghampiri anak mereka.
pak mad pula memberi isyarat supaya isterinya saja yang pergi.
mak embon menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.
pak mad mengeluh.dia memberi isyarat pada isterinya yang berada agak jauh dari tempatnya duduk supaya mereka sama-sama pergi.
mak embon mengangguk setuju.
dengan langkah bismillah mak embon bersama-sama pak mad berjalan menghampiri pangkin tempat Ara duduk.
"Ara..."panggil pak mad.
Ara tersedar kehadiran mak dan ayahnya kemudian tersenyum.terus dia mengubah posisi duduknya supaya berhadapan dengan orang tuanya.
"ada apa ayah mak?"soal Ara
"Ara nak tahu tak siapa yang masuk meminang Ara?"soal mak embon teragak-agak.
Ara angguk kepala tanda dia bersedia mahu mendengar.
"betul nak tahu?"soal pak mad.
"betullah...Ara dah bersedia"kata Ara
mak embon memandang ke arah pak mad.
pak mad pula mengangguk mengiakan.
Ara duduk bersila memerhati keduanya.
"sebenarnya orang yang meminang Ara adalah...datin rose dan dato tajjuddin"kata mak embon.
Ara terangguk-angguk perlahan.
tiba-tiba akalnya mengingati sesuatu.
datin rose dan dato tajjuddin tu...?
"apa mak!!"soal Ara separuh menjerit.
mak embon meminta bantuan pak mad.
"betul....mama dan papa arwah Tajdi yang datang meminang Ara"kata pak mad
Ara sudah beku.matanya langsung tak berkelip.
mama dan papa pinang aku? kalau pinang aku maknanya mereka nak aku jadi menantu mereka? tapi arwah abang Taj dah takde..!
untuk siapa sebenarnya? Fiq!!!
"ke...ke...kenapa? buat apa? untuk siapa?"soal Ara laju-laju.suaranya tersekat-sekat.
"dato dan datin datang minggu lepas,mereka cakap mereka dah anggap keluarga kita macam keluarga mereka.dan...datin cakap dia dah lama nak bermenantukan Ara,cuma takdir Allah berlaku tiba-tiba.
tapi...setelah dua tahun dia yakin..dia akan tetap bermenantukan Ara.tapi....semestinya bukan arwah Tajdi tapi...untuk Taufiq"kata mak embon.
Ara telan liur yang terasa kesat.terasa macam telan pasir kasar termasuk batu.
"Ara...macam mana?"soal pak mad.
Ara sedar dari lamunannya.matanya dikelip-kelipkan.
"apa semua ni mak...Ara dengan Fiq tu...hanya boleh berkawan"kata Ara perlahan.
mak embon menarik nafas lega.ingatkan anaknya mahu menentang habis-habisan.
"mak tak paksa Ara...tapi mak mengharap"kata mak embon.
Ara pandang ke wajah emaknya.
"mak mengharap?"
"mak tahu Ara berhak uruskan pasal siapa bakal suami Ara,tapi...bagi mak,mak yakin Fiq lah yang paling sesuai di mata mak...mak nampak dia dah lain sekarang ni,dia adik kepada arwah Tajdi.Ara sendiri tahukan macam mana arwah dulu? mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"kata mak embon.
"tapi......Ara baru berjumpa dengan Fiq,mak,ayah...Ara dengan Fiq bukan lagi macam dulu"kata Ara.
"mak,ayah tahu....sebab tu kami tak paksa Ara.tapi.....semua tu boleh dipupuk semula.tak semestinya berkahwin itu hanya berpandukan rasa suka,cintalah..kadang-kadang perkahwinan ni anggap je macam kita nak berkenalan dengan suami kita.orang panggil bercinta selepas nikah"kata pak mad.
Ara terdiam.
"Ara tak pasti..."kata Ara perlahan.
"kita tak tahu...mungkin sekarang Fiq dah ada seseorang yang sangat-sangat sesuai untuk dijadikan isteri dan mama kepada anak dia"kata Ara
"sebab tu..ayah nak Ara berjumpa dulu dengan Fiq,cakap elok-elok,tanya elok-elok..jangan terburu-buru"kata pak mad
"betul tu Ara....lagipun,Ara tak kesiankan si anak kecil tu ke? dia sedang membesar dan memerlukan kasih sayang seorang ibu"kata mak embon.
"Ara tak layak mak...macam mana kalau Ara ni tak reti nak jaga dia?Ara tak ada pengalaman semua tu mak...Ara memang betul-betul tak layak mak.."kata Ara.
"sekarang macam ni....bila Ara balik sana,Ara jumpa dengan Fiq,tanya semuanya"
"susah ayah...."sungut Ara
"tak susah kalau kita nak kebenaran,kalau Fiq tu masih tak ada sesiapa,ayah dan mak setuju,kalau sebaliknya ayah pun tak suka...nanti anak ayah juga yang merana"kata pak mad dengan senyuman cuba memceriakan suasana.namun segaris senyuman masih lagi tidak muncul di wajah anaknya itu.
"ayah dan mak tahu Fiq tu baik budaknya...dan dia juga bertanggungjawab"kata mak embon.
Ara diam lagi.
mak embon dan pak mad berpandangan.pak mad mengangguk lalu dia turun dari pangkin menuju ke dalam rumah.tinggallah mak embon dan Ara.
mak embon meletak satu kotak kecil berbentuk hati dan berwarna merah betul-betul didepan Ara.
Ara terkejut tapi tiada suara yang dikeluarkan.
"Ara simpan ni....andai kata apa yang mak dan ayah harapkan tu tak jadi...Ara pulangkan kepada pemiliknya"kata mak embon.terus berlalu menurut langkah pak mad ke dalam rumah.
mereka sama-sama memerhati Ara dari cermin tingkap rumah.
Ara melihat kotak itu.tangannya menggeletar saat mahu menghampiri kotak kecil itu.
akhirnya dia berjaya mencapainya.kotak itu dibuka hati-hati.
ada satu bentuk cincin berbatu permata berkilauan di atasnya.sungguh cantik!
Ara memejam matanya.kotak itu ditutup kembali.
"apa harus aku lakukan Ya Allah?"kata hatinya.
Share this novel