bab 76

Romance Completed 13382

Ara memasukkan segala baju-baju miliknya ke dalam dua buah beg yang besar
segala persiapan dan barang-barang keperluan dia sudah beli bersama Zaiton dua hari lepas.
Ara mengasingkan di antara baju yang tebal dan baju yang sederhana tebal.
maklumlah korea ni kalau cuaca panas pun tetap terasa sejuk juga.
mak embon tersenyum melihat gelagat anaknya yang tertungang tertungging ke kiri dan kanan.
bilik anaknya seorang itu dah macam stor pakaian.
"semaknya bilik anak dara ni...."kata mak embon.
Ara pandang emaknya dengan sengihan.
"Ara nak asing-asingkan baju ni mak...."jawab Ara.
"kalau macam ni gayanya,tak cukup dua beg ni,nak mak suruh ayah beli satu lagi ke?"perli mak embon sambil duduk di birai katil anaknya.
Ara ketawa perlahan
"mak ni....Ara tahulah Ara ni terlebih baju,tapi beg ni dah terlebih cukup dah selama dua minggu Ara dekat sana"kata Ara
"sambil-sambil berjalan tu...carilah jodoh,mana tahu menantu mak orang nun jauh di sana...boleh mak pergi ke korea juga"kata mak embon dengan senyuman.
terhambur gelak Ara diruang bilik itu.
"apa mak cakap ni....."kata Ara masih lagi dengan sisa tawanya.
"lah...mak cakap benda betul"kata mak embon
"apa...di Malaysia ni dah pupus ke semua lelaki... yang mak nak suruh Ara cari oppa korea pulak?"soal Ara
mak embon menjeling geram anaknya.
"dah semua lelaki dekat Malaysia ni Ara tak nak..."kata mak embon
Ara tersenyum.dia bangun lalu duduk di sisi emaknya.
"Ara bukan cakap Ara tak nak..tapi Ara cuma cakap Ara perlukan masa untuk fikirkan benda tu semua,benda macam tu tak pentinglah mak....biarlah Ara happy sorang-sorang dulu"kata Ara
"erm...yelah"kata mak embon
Ara tersenyum.
"esok pukul berapa flight?"soal mak embon
"pukul lapan pagi"jawab Ara.
"dah lah..mak ke dapur dulu,nanti jangan sibuk pasal baju je...keluar makan kejap lagi,mulai esok Ara akan rindukan masakan Malaysia tau..."kata mak embon.
Ara tersengih sambil melihat langkah emaknya.
Ara tersenyum sendiri,dia menggeleng.
"apalah mak ni....kerja nak suruh aku cari jodoh je...."kata Ara.
Ara lalu mencapai camera
Digital single-lens reflex (DSLR)
yang dimilikinya hampir setahun lebih,hadiah pemberian dari Tajdi yang amat dia hargai.ke mana saja dia pergi akan dibawa bersamanya.

Ara turun ke dapur membantu emaknya menghidangkan makanan di meja makan.
Ara tersenyum apabila melihat lebih kurang lapan jenis masakan yang ada di dapur.
Ara tergelak perlahan.
"apa yang gelak-gelak tu...?"soal mak embon yang sedang sibuk mencedok masakan istimewanya ke dalam mangkuk.
"mak tahukan kita duduk tiga orang je rumah ni...yang mak masak banyak macam ni sekali kenapa? mak nak Ara tapau ke korea ke?"soal Ara sambil membawa mangkuk itu ke atas meja.
"alah...bukan selalu mak masak macam ni...esok mak akan masak masakan lain untuk Ara ke sana pula,bolehlah makan dengan fifi nanti"kata mak embon.
"tau lah...cuma Ara kesian dekat mak tu,buat penat je masak semua ni,dah lah tak bagi orang tolong"kata Ara mencedok nasi ke dalam pinggan.
mak embon tersenyum.
"dah orang tu sibuk dengan kain baju dia.."kata mak embon.
Ara tergelak perlahan.
"dah...pergi panggil ayah ajak makan"kata mak embon.
Ara pantas naik ke tingkat atas semula menuju ke ruang tamu.dia melihat ayahnya sedang membaca surat khabar edisi hari ini.
"Ayah...jom kita makan,semua dah siap dah"kata Ara
"ye lah...Ara pergi dulu,kejap lagi ayah pergi"jawab pak mad beserta anggukan.
Ara angguk terus berlalu ke dapur semula.
waktu makan di meja yang dipenuhi dengan berbagai hidangan terasa sunyi apabila masing-masing merasa keenakan masakan mak embon,memang menambah selera orang yang merasanya.
"nanti dekat sana...jangan selalu keluar sangat"kata pak mad tiba-tiba
"baik ayah..."kata Ara
"abang ni pun...kalau tak keluar takde maknanya lah Ara pergi jalan-jalan"kata mak embon.
Ara tersengih
"abang bukan tak bagi anak kita ni jalan-jalan langsung,boleh je...cuma maksud abang...jangan keluar lewat-lewat sangat,jangan pergi ke tempat-tempat yang pelik-pelik"kata pak mad.
Ara tergelak perlahan
"tempat apa ayah?"soal Ara
"tempat yang tak biasa Ara pergilah"kata pak mad
"yelah...Ara tahu jaga diri,ayah dengan mak janganlah risau"kata Ara
masing-masing diam.
"erm...mak dan ayah dah tahu ke pasal Fiq dan Kiyla?"soal Ara
keduanya tepat memandang pada Ara.
tanda tidak tahu.
"Fiq bakal jadi papa"kata Ara dengan senyuman gembira.
mak embon dan pak mad sama-sama tersenyum.
"Alhamdulillah..ada rezeki dia orang ada anak tahun ni"kata mak embon
"dah lama ke Ara tahu?"soal pak mad
"Ara pun baru tahu je ayah....masa Ara pergi rumah mama dan papa haritu"kata Ara
"dah lama rasanya mak tak jumpa datin dan dato"kata mak embon.
Ara tersenyum
"nanti kalau ada rezeki kita nak berjumpa dia orang...adalah tu"kata pak mad
mak embon angguk.
"dia orang happy sangat-sangat"kata Ara
"yelah...cucu pertama"kata mak embon
"sekejap je masa..."kata pak mad.
Ara angguk beserta senyuman.

Kuala Lumpur International Airport ataupun KLIA 2 pagi itu sibuk sekali.ramai pengunjung-pengunjung yang akan manaikki pesawat ataupun datang untuk menjemput ahli keluarga.
Ara yang berbaju blous berwarna biru dan seluar jeans berwarna hitam,rambutnya dibiar lepas.
dia menolak bagasi miliknya ke arah kaunter.
dia ditemani oleh mak embon dan pak mad,datin rose dan dato Tajjuddin awal-awal lagi dah memohon maaf kerana tidak dapat menghantar Ara.ada urusan perniagaan.tapi Ara langsung tak kisah,baginya dia bukan ke korea selamanya,sekadar dua minggu buat apa nak diarak bagai,cukuplah sekadar emak dan ayah,Zaiton pula last minute baru muncul kononnya jalan sesak teruk.apadaaa....
Fiq dan Kiyla pula ada urusan dengan dokter kerana kandungan Kiyla yang hampir menjangkaui ke usia dua bulan.
Ara melambai tangan pada kedua orang tuanya.
Ara tergelak perlahan apabila melihat emaknya menyeka air mata di pipi menggunakan hujung tudung.
"kenapa mak sedih sangat ni.....Ara pergi sekejap je lah mak.."kata hatinya.
Ara melihat ke arah emak dan ayahnya sebelum masuk ke balai berlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience