Get the app for full experience
Tajdi keluar dari bilik tetamu yang dihuni sementara olehnya.dia melangkah ke arah pintu bilik Ara yang tertutup pintu biliknya.serapat-rapatnya!
kepalanya yang tidak gatal digaru laju.keluhan dilepaskan.
"apa aku nak cakap?"soalnya sendirian.
tangannya kirinya dipintu menunggu masa untuk mengetuk.
"semakin kuatlah alasan dia untuk tolak kau Taj...awal-awal lagi dah bagi dia merajuk+sakit hati dengan kau"kata hatinya.
"bos buat apa tu?"soal satu suara di belakangnya.
sepantas kilat Tajdi memusingkan badannya.
kening Ara terjungkit sebelah sebagai tanda tanya.
Tajdi serba salah.
"kenapa ni bos?"soalnya lagi.
"aw..awak marah pasal hal tadi?"soal Tajdi
Ara tergelak perlahan.tak pernah lagi dia nampak inchi bosnya tergagap bila bercakap.kecuali kalau terjumpa
Mr tutttt a.k.a si lipas....!
Ara berjalan ke arah sofa.Tajdi mengikut dari belakang.
Tajdi mengambil tempat disebelah Ara.
dengan lajunya Ara bangun dan duduk di sofa hadapan Tajdi.
Tajdi menahan senyum.
"awak takut ke saya duduk sebelah sini?"soal Tajdi
"takde lah...mana ada,saya berpindah sebab banyak lagi sofa dekat ruang ni...,kalau mak saya tahu nak duduk satu je baik beli satu je kan? tak payah beli satu set"balas Ara.cuba memgaburi hal yang sebenar.memang dia tak selesa.duduk.bersebelahan macam tu...terutama sekali bos yang dihormatinya.
orang yang betul-betul kenal denganya.baru dia selesa.
lagipun...apa pulak cakap mak ayah.
Tajdi angguk.terpaksa menerima jawapan itu.
"back to question...awak marah ke?"soal Tajdi
"marah buat apa?"
"pasal hal tadi,pasal perkhemahan"
"untuk pengetahuan bos,saya ni takut bila duduk dalam hutan,apatah lagi nak tidur dalam hutan,saya rasa tak selamat,macam-macam benda saya fikir bila dalam hutan.saya takut hantu,orang jahat,haiwan buas"jawab Ara jujur.
bulu romanya berdiri tegak tiba-tiba.
"kalau macam tu batalkan ajelah"
"eh...tak payahlah,kan bos jugak nak rasa aktiviti perkhemahan,cuma....saya nak minta satu je"kata Ara
Tajdi menunggu.
"bos....err..bos...jangan cakap dekat mak dan ayah lagi pasal....."
"lamaran?"Tajdi mencelah.
Ara angguk kepala.
"saya dah bagitahu"
tertegak posisi badan dan kepala Ara dibuatnya.dia memandang Tajdi seperti rasaksa yang sedang bergelak ketawa kemenangan,berdekah-dekah dengan wajah menakutkan.
"jangan risau....mak dan ayah awak okay,"kata Tajdi.
menyedarkan imaginasi Ara.
"o...o..okay?ma...maksud bos?"gagap pulak Ara.
"mak ayah awak cakap,diorang akan tanya persetujuan dari awak,diorang ikut awak"kata Tajdi
Ara telan liur.terasa pasir yang melekat dikerongkongnya.
Tajdi tersenyum.
"saya masuk kemas baju yang nak dibawa,kita akan ke pekan dulu beli peralatan serta dua buah khemah"kata Tajdi pantas berlalu.
Ara meraup wajahnya.segala apa yang dicakap Tajdi hanya dengar tak dengar sahaja.
nafas ditarik sedalamnya lalu dihembus.
"matilah kau lepasni Ara....kena soal siasat dengan mak ayah"kata Ara.
"err....Ara?"
pantas Ara menala pandangan ke arah Tajdi.
"saya nak keluar sekejap,nanti saya balik ambil awak dan Zaiton kita akan ke bandar"
Ara angguk lemah.
dia memandang Tajdi yang menghilang.
risau akan hal ini lebih menguasai dari risaunya di nak masuk dalam hutan