Zaiton memberi salam usai kakinya melangkah masuk ke rumah sewa mereka.
pintu ditutup semula lalu dikunci kemas.
dia tersenyum senang.
baru sahaja berdating dengan buah hatinya dari pagi sampailah ke malam ni.
hatinya kini berbunga riang.
"Ara aku dah balik ni?"panggil Zaiton.suaranya dikuatkan mana tahu takut rakannya tidak dengar.
"Ara??"panggilnya lagi.
masih tiada sahutan.
"peliklah budak ni...selalunya kalau aku jejak je kaki kat rumah ni,tau je dia muncul di mana-mana,takkan tak balik lagi? kasut dia kan dah ada dekat luar tu?"soal Zaiton sendirian.
dia menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
dia melihat bilik Ara ,tertutup rapat pintunya.
"Ara..kau dekat dalam ke?"soal Zaiton.
tangannya mengetuk pintu itu berkali-kali.
tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tangisan dari dalam.
terkejut dia dibuatnya.
tanpa banyak kata,tombol pintu itu dipulasnya.
dia mencari dimana Ara berada.
dia pandang sekeliling,matanya kemudian terpandang sesusuk tubuh sedang duduk ditepi katil.
tubuh itu didekatinya.
"Ara...kau kenapa ni?"soalnya risau.
dia duduk bersila ditepi Ara yang menutup wajahnya dengan lutut yang dinaikkan.
Ara sedang menangis sambil memeluk lututnya.
"Ara...kau kenapa ni?jangan macam ni,risau aku..kau cerita dekat aku okay?"pujuk Zaiton.
namun Ara masih tiada reaksi.
"Bos buat apa-apa dekat kau ke?kalau betul..siap dia aku kerja kan"geram Zaiton dibuatnya.
Ara geleng kepala.
"habis siapa yang buat kau macam ni?"soal Zaiton keliru
Ara menyeka air mata yang masih membanjiri pipinya.
dia pandang wajah Zaiton.
"Fiq.."jawabnya
ternganga mulut Zaiton seketika.
Fiq?dah lama tak dengar nama tu.
"di..di...dia buat apa?"Zaiton menampar perlahan mulutnya kerana tiba-tiba tergagap.
"dia...dia..dia..."
"dia apa?"soal Zaiton geram pulak.
"dia adik Tajdi"jawab Ara
terus tersandar badan Zaiton pada katil dibelakangnya.
sungguh tak percaya.matanya dikelip-kelipkan banyak kali.
tak terkeluar perkataan dimulutnya.
dia dapat bayangkan semakin sukar kehidupan rakannya nanti.
"dia adik bos kita Ton...aku pun tak tahu apa malangnya hidup aku ni,macam mana kalau Fiq tahu aku ni bakal kakak ipar dia?aku betul-betul buntu sekarang ni"keluh Ara.
"macam mana kau tahu semua ni?"soal Zaiton
"ada gambar keluarga mereka"jawab Ara
"bos tahu tak pasal cerita kau dulu?"soal Zaiton
Ara geleng.
keluhan keluar dari mulut Zaiton.
"maknanya Fiq masih tak tahu siapa bakal isteri abang dia?"soal Zaiton.
Ara geleng lagi.kini dia mampu bertenang.
dia menarik nafas sedalamnya.
"aku dapat rasa apa yang kau rasa,tapi...kau dengan dia tak ada jodoh kan?nak buat macam mana,kau dijodohkan Allah dengan Tajdi,Fiq kenalah terima semua ni"kata Zaiton.
"aku cuma takut...."kata-kata Ara tergantung.
dia bersandar disebelah Zaiton
"takut apa?"
"takut kalau dia masih cintakan aku dan masih harapkan aku,aku tak sanggup nak tengok dia kecewa,aku betul-betul tak sanggup Ton"luah Ara.
"tapi...macam mana kalau dia pun dah ada kehidupan dia sendiri?"soal Zaiton
"kalau macam tu baguslah,aku harap dia pun ada kehidupan dia sendiri,aku dah lupakan kisah lalu,dah lupakan semua kisah aku dengan dia,"kata Ara
"habis kenapa kau menangis?risau aku?"soal Zaiton
"aku terkejut,aku tak tahu macam mana nak luahkan rasa hati aku tadi melainkan aku hanya mampu menangis je"kata Ara
Zaiton angguk kepalanya tanda memahami.
"kau janganlah risau...aku yakin dia pasti boleh terima"kata Zaiton.
"tapi...kau dah lupakan dia ke?"soal Zaiton teragak-agak takut menyakiti hati sahabat baiknya itu.
"aku dah mulakan kehidupan baru aku Ton...aku tak nak ingat masa silam,dua bulan lagi Ton...dua bulan lagi aku bakal jadi isteri orang,gelaran yang memagar segala tindak-tanduk kita sebagai perempuan,aku dah tak boleh fikir diri aku seorang,aku kena fikirkan perasaan bakal suami aku,aku tak nak dia tahu semua ni,aku tak nak dia kecewa dengan aku,apa kata dia kalau dapat tahu yang isteri dia pernah bercinta dengan adik sendiri,aku tak nak perkara macam tu jadi..biarlah semua tu berlalu,aku tekad dalam diri aku,hari ni je aku menangis sepuasnya.lepas ni aku takkan biarkan benda macam ni berulang lagi"kata Ara.
Zaiton mengusap bahu Ara
"aku pun nak kau bahagia Ara,semua orang ada kisah silam mereka,kau anggap je kisah kau dengan Fiq tu dulu cinta monyet,now...kau mulakan hidup kau dengan orang yang bakal jadi imam kau"kata Zaiton.
Ara tersenyum.terus Zaiton dipeluknya erat.
"maafkan aku Ton,sebab terpaksa dengar aku nangis tadi"kata Ara.
Zaiton membalas pelukannya.
"menangis tu cara kita buang masalah,sekarang kau dah boleh senyum kan?"kata Zaiton.
pelukan direnggangkan.
"kau lah sahabat dunia akhirat aku,tempat aku nangis,tempat aku gembira"kata Ara
"mestilah...tapi tak lama lagi kau kan dah nak tinggalkan rumah ni,duduklah aku seorang diri"keluh Zaiton.
Ara tersenyum
"jangan risau,suruh Ilham pinang kau cepat-cepat"kata Ara
Zaiton ketawa perlahan.
"tunggu dia pinang aku memang tak tahu tahun bila lah"
"nanti akan ada masa kau pulak"kata Ara.
"harap macam tu lah"kata Zaiton.
"eh...jom aku belanja kau makan dekat warung depan tu"ajak Zaiton.
Ara angguk.
"sure kau dah okay?"soal Zaiton lagi.wajah Ara dipandangnya.
Ara angguk lagi.
"pasti?"
"eh...aku dah okay lah"kata Ara dengan senyuman.
"kalau kau senyum macam ni..baru okay"kata Zaiton dengan ketawa perlahan.
"aku nak solat kejap"kata Ara
"okay...aku pun nak mandi dan solat,lepas tu aku tunggu kau dekat bawah erk?"
Ara angguk.
"tapi kan...aku nak tanya kau masa kau tunang dulu opah Fiq datang tak?"soal Zaiton tiba-tiba.dia duduk semula.
"ye kan...kalau Fiq cucu opah mesti Tajdi jugak cucu opah"kata Ara juga keliru
"tu yang aku pelik..."kata Zaiton
"opah tak datang pun masa majlis tu"kata Ara
"mungkin opah...tak sanggup nak tengok kau bertunang dengan bos kot..yelah kau kan dulu bercinta dengan Fiq"kata Zaiton memberi pendapat.
"tapi...takkan opah tak suka aku dengan bos?"soal Ara kecewa.
"eh...bukan maksud aku opah bencikan kau dan bos...tapi aku rasa opah cuma,tak sanggup tengok majlis tu sedangkan dia tahu kau dengan Fiq macam mana dulu kot.."jawab Zaiton.
"aku harap macam tu,tapi..jangan sampai opah bencikan aku"kata Aea sedih.
"eh...kau jangan lah sedih-sedih lagi,aku yakinlah...opah perangai dia bukan macam tu,kita mana tahu kot-kot haritu opah tak sihat ke...sebab tu dia tak dapat datang"kata Zaiton.
Ara angguk faham.
"dah...jangan fikir banyak sangat,aku keluar dulu tau,jangan lupa cepat sikit siap tu"kata Zaiton.
Ara tersenyum sambil mengangguk.
Zaiton melangkah keluar.
lega hatinya melihat rakannya itu tersenyum semula.
"betul ke sayang tak nak ikut?"soal Tajdi.
Ara dihadapannya dipandang.
daging panggang dalam pinggannya dihiris lalu disuap ke mulut
"Ara ada hal sikit nak balik kampung"jawab Ara cuba mengelak dirinya daripada mengikut Tajdi ke KLIA bagi menyambut Taufiq pada besok pagi.
air fresh orange disedutnya menggunakan straw yang bergulung-gulung coraknya.
malam itu mereka makan malam di sebuah restourant di dalam hotel bertaraf lima bintang yang ditempah oleh Tajdi.
"hal tu penting sangat ke?"soal Tajdi.
"mak suruh balik,mungkin ada barang yang masih tak cukup"jawab Ara
Tajdi berwajah kecewa.
Ara menggengam tangan Tajdi di atas meja.
"abang janganlah macam ni..Ara betul-betul ada hal,kalau pasal abang nak perkenalkan Ara dengan adik abang,nanti kan kita ada banyak waktu lagi?"kata Ara.
Tajdi tersenyum pada Ara
"abang tak merajuk pun...abang tahu sayang ada hal,its okay...abang boleh pergi seorang,nanti abang akan perkenalkan sayang dengan Fiq"kata Tajdi
Ara melepaskam gengammannya.
"macam ni lah suami Ara"kata Ara dengan senyuman
"bukan macam ni?"soal Tajdi membuat wajah senget ke kiri.
terus Ara tergelak melihat wajah lucu Tajdi.
mereka sama-sama ketawa sambil menjamu selera.
suasana yang damai didalam restourant mahal itu begitu sesuai untuk pasangan yang bercinta.di sekeliling mereka masih ramai pasangan-pasangan yang duduk berduaan sambil menjamu selera didendangkan dengan pemain piano yang menyampaikan lagu-lagu perlahan yang menyentuh perasaan,menimbulkan suasana yang sungguh romantik.
Share this novel