bab 62

Romance Completed 13382

Ara membilang beberapa barang-barang yang akan digubah menjadi barangan hantarannya nanti.list barang yang berada ditangannya dilihat.
"semua cukup dah ke belum lagi?"soal Zaiton yang masuk ke biliknya dengan menatang satu dulang berisi dua mug air milo coklat kegemaran Ara.dia duduk bersimpuh ditepi Ara.
"tu lah...rasanya macam ada lagi ni,maksud aku peralatan yang nak menghias hantaran ni semua"kata Ara tanpa memandang ke arah Zaiton.dia menanda segala nama barang-barang dalam list itu.
"kalau macam tu esok kita singgah lah lagi butik pengantin tu"kata Zaiton menghirup air milo coklat miliknya.
Ara pandang Zaiton.mereka berpandangan.
"tak menyusahkan kau ke?kau banyak tolong aku,aku rasa bila nak dekat majlis ni dah banyak kali aku susah kan engkau kan?"soal Ara
Zaiton tersenyum.
"tau takpa...."kata Zaiton dengan ketawanya.
"macam ni..nanti aku akan balas balik bila time kau pulak,atau aku belanja kau dekat mana-mana restourant yang kau nak?"soal Ara
"alah..aku gurau je lah,apa gunanya kawan kalau tak buat macam aku buat sekarang ni...lagipun aku tolong bila masa aku lapang...bukannya tolong kau waktu aku tak free...so apalah sangat,tapi...kalau kau baik hati sangat nak belanja esok dekat Mcdonald waktu lunch"kata Zaiton diakhiri dengan sengihan.
Ara tersenyum.
"tahu sangat kau tu...okaylah,tapi...bab pengapit kau jangan lari pulak,kalau kau lari aku kejar kau sampai hujung dunia"kata Ara memberi amaran.
"yes..mrs.Tajdi"kata Zaiton.
pantas Ara mencubit tangannya.
mereka sama-sama ketawa.
tiba-tiba telefon Ara berdering.
dia melihat pemanggil.
"erm....tahu sangat Mr.Tajdi dah call,aku keluar dulu..pape rojer okay"kata Zaiton.
Ara tersenyum melihat langkah Zaiton keluar dari biliknya.
telefon dicapai.
"assalammualaikum sayang"sapa Tajdi ditalian.
melebar senyuman Ara apabila mendengar ayat manis itu itulah ayat yang pertama akan diucap Tajdi saat membuat panggilan kepadanya.
"waalaikumsalam Abang"jawabnya.
"buat apa tu..bosanlah"kata Tajdi.
"oh...bila bosan call Ara?"soal Ara
"ye lah...sebab sayang penyeri hidup ini"kata Tajdi seperti berbisik.
"eleh...ingat bila buat suara perlahan macam ni Ara akan cair ke?"soal Ara
"tak eh...ermm...its okay,nanti lepas kahwin comfirm cair"kata Tajdi.
Ara tersenyum malu.
"kenapa diam?malu lah tu..."kata Tajdi
"mana adalah..ni Ara tengah periksa semua list barang hantaran"kata Ara
cuba menghindari dari dirinya menjadi bahan ketawa Tajdi.
"okay....abang cuma nak tanya ni"kata Tajdi
"tanya apa?"soal Ara
"cinta abang tak?"soal Tajdi
kening Ara berkerut.
"sebelum Ara jawab boleh Ara tahu any reason why you ask me this question?"soal Ara
"alah..abang saja je lah...salah ke?"soal Tajdi
"tak salah..cuma Ara pelik je,kalau Ara tak cintakan abang...buat apa majlis kita dua bulan lagi kan?"soal Ara.
Tajdi tersenyum.
"so...maknanya cinta lah ni?"soal Tajdi
"of couse sayang...."jawab Ara perlahan.
Tajdi tersenyum lebar.
"sejuk hati dengar sayang panggil abang macam tu...alahai,kita kahwin esok nak?tak sabar lah"kata Tajdi.
Ara tergelak kuat.
"apalah abang ni...mengada-ngada,gatal erk?"soal Ara
"siapa suruh goda abang malam-malam macam ni?"kata Tajdi
"okay...tak nak cakap macam tadi dah"kata Ara.
mereka sama-sama ketawa.
"kalau sayang cintakan abang,abang nak sayang tolong gantikan tempat abang ke tapak projek esok"kata Tajdi
"ermm..dah agak dah,mesti ada udang di sebalik batu"kata Ara
"please sayang...abang tahu sayang tak suka pergi tapak projek tu..tapi abang betul-betul ada hal,ada temujanji dengan...."
"girlfriend?"soal Ara memotong percakapan Tajdi.
Tajdi tergelak perlahan
"ada pulak dengan girlfriend,habis...yang di sebelah sana nak buat apa?"kata Tajdi
"okay....ada temujanji dengan siapa?"soal Ara
"dengan Haji Yahya"kata Tajdi.
"ermm...okaylah kalau macam tu,Ara pergi sorang je ke?"soal Ara
"tak...Ara pergi dengan Fiq"kata Tajdi.
hampir terlepas telefon ditangan Ara.
Fiq?aku pergi dengan Taufiq?macam mana aku nak berdepan dengan dia?aku masih tak bersedia.
"sayang...okay tak ni?diam je..?"soal Tajdi ditalian.
cepat-cepat Ara mengukir senyuman walaupun Tajdi tidak melihatnya.
nafas ditarik
"okay...tapi bukan ke adik abang tu baru balik di Australia?terus kerja?"soal Ara
"ye..dah dia nak kerja sangat,so...abang suruh lah dia kerja"kata Tajdi
"okay...esok pukul berapa?"soal Ara
"pagilah sayang..."jawab Tajdi
"okay.....abang dah makan?"soal Ara cuba mengubah topik sekaligus melegakan kegusaran hatinya.
"belum lagi,kejap lagi nak turun makan lah,sayang dah makan?"soal Tajdi kembali
"dah...Zaiton masak memang power"kata Ara
"habis sayang masak tak power ke?"soal Tajdi
"eh...mestilah power"jawab Ara.
mereka ketawa lagi.
"okay...tidur awal tau,nanti datang office mengantuk pulak"kata Tajdi
"abang pun..."jawab Ara
"take care,mimpi abang tau?"kata Tajdi
"abang jugak...mimpi yang baik-baik"kata Ara.
"Assalammualaikum sayang"kata Tajdi.
"waalaikumsalam abang.."balas Ara.
talian terus diputuskan.
Ara termenung di tepi katilnya.
"kau kena kuat Ara,kau kena terus terang yang kau sekarang cuma cintakan Tajdi,kau mana boleh rasa bersalah macam ni,Fia pun entah-entah dah ada kehidupan dia...sekarang kau kena buat biasa je,yang penting banyakkan bersabar walau apa pun yang terjadi"katanya seorang diri.

Hari ini disebabkan dia terpaksa ke tapak projek dia mengenakan baju blouse berwarna biru tua serta jeans berwarna putih.rambutnya pulak dibiarkan lepas bebas.hanya diletak pin bercorak bunga di atasnya.
Ara menghidupkan komputer dihadapannya.dia mula memulakan tugas hariannya seperti biasa.
dia membelakangkan pintu bilik pejabatnya untuk lebih selesa berhadapan dengan komputer itu.
tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
Ara merengus.ada saja yang suka kacau bila aku nak fokus.
"yes...masuk"kata Ara tanpa memusingkan badannya.
"sayang?"panggil Tajdi.
Ara pantas memusingkan badannya.
dia terpaku seketika apabila melihat tetamu dihadapannya.
bukan Tajdi yang membuatkan dia terkejut tetapi wajah tenang seseorang disebelah tunangnya itu.
hatinya yang tenang sudah ketar semacam.
"sayang... okay tak ni?"soal Tajdi lagi.
Ara mula tersedar.dia tersenyum lebar.
dia bangun melangkah ke arah dua jejaka dihadapannya ini.
"abang ada hal nak cakap dengan Ara ke?"soal Ara tanpa memandang wajah yang dari tadi merenung tajam ke wajahnya.
Tajdi tersenyum
"takde...abang nak perkenalkan someone"kata Tajdi.
Ara tersenyum terpaksa.
"inilah adik abang,Taufiq nama dia,tapi panggil Fiq je..."kata Tajdi.
Ara bertentang mata dengan Taufiq yang tampak tenang diluarnya namun didalam hatinya kini seakan mahu menjerit kuat melepaskan geram.
"kak Ara"kata Ara dengan senyuman semanis mungkin.
Taufiq tersenyum sinis.
"Fiq"kata Taufiq.tangannya dihulur ke depan.
Ara pandang tangan dihadapannya
takkan tak mahu balas,apa kata Tajdi nanti.
Ara menghulur tangannya.
mereka bersalaman.
Ara dapat rasakan kuatnya genggaman Taufiq.
lekas-lekas tangan itu dilepaskannya.
"so...dah kenal kan?now..abang nak Fiq dengan Ara pergi tapak projek"kata Tajdi.
"sekarang ke abang?"soal Ara
"ye lah sayang...habis bila?"soal Tajdi dengan ketawanya.
Ara tersengih
"Ara sebenarnya ada kerja sikit"kata Ara.
Taufiq menyembunyikan senyuman sinisnya.
kerja konon,atau takut nak jumpa aku!
"tak boleh sayang...abang pun dah lewat ni,apa-apa call abang tau."kata Tajdi
Ara angguk kepalanya tanda mengalah.
"Fiq..tolong jagakan kakak ipar Fiq ni erk?dia keras kepala sikit"kata Tajdi.
Taufiq tersenyum lalu mengangguk
Ara tersenyum sikit.
Tajdi melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Taufiq dan Ara.
Ara memusingkan badannya mengemas meja tanpa mempedulikan Taufiq.
Taufiq merasa Ara sengaja mahu membuat dia cemburu.
dia mengekori langkah Ara.
tangan Ara digenggamnya kuat.
"apa ni?"soal Ara menahan sakit.
"Ara tahu kan kenapa Fiq buat macam ni?"soal Taufiq perlahan.
Ara masih cuba untuk melepaskan tangannya.
"tolonglah Fiq...sini office"kata Ara
"tolong apa?tolong perhatikan saja apa yang Ara dah buat pada Fiq?"soal Taufiq.
Ara merengus kasar.
"lepaslah Fiq!!"Ara menarik tangannya kasar.
genggaman itu terlepas.
dengan pantas Ara mencapai file dan beg tangannya.
"tolong jadi dewasa"kata Ara terus meninggalkan Taufiq.
dengan pantas Taufiq mengejar.

didalam kereta suasana sunyi sepi.
hanya radio yang terpasang agak perlahan.
Ara melempiaskan pandangnya ke luar cermin kereta.
tangannya masih terasa sakit kerana diperlakukan oleh Taufiq.

"Makcik!!!"jerit Kiyla terus memeluk datin rose yang setia menantinya di hadapan pintu masuk rumah besar itu.
"lama dah tak jumpa Kiyla...makcik hampir-hampir tak kenal tau"kata Datin rose.
pelukan dilepaskan.
mereka sama-sama melangkah ke ruang tamu.
"tu lah makcik....sorry sangat-sangat sebab lama tak datang sini datang sembang-sembang dengan makcik"kata Kiyla dengan senyuman manisnya.
"tu lah...lepas ni duduk je lah sini,tak payah nak jauh-jauh,atau senang cerita kahwin je orang dekat-dekat sini"kata Datin Rose.
"siapalah yang nak kan Kiyla ni makcik"kata Kiyla
"eh...mestilah ada,orang cantik,baik macam ni"kata datin Rose.
"pakcik mana?"soal Kiyla
"mana lagi..main golf lah dia tu...semenjak Fiq dan Taj dah ada dalam syarikat tu..pencen terus pakcik kamu tu"kata datin Rose.
"Fiq dah masuk office ke makcik?"soal Kiyla
"ye..kalau ikutkan memang makcik nak suruh dia rehat dulu...tapi dah dia degil"kata datin Rose
"lah...Kiyla baru nak jumpa dia"kata Kiyla perlahan.
Dtain Rose tersenyum senang.
"alah...petang nanti baliklah,Kiyla tinggal mana?kalau susah-susah sangat tinggal je lah dengan makcik"kata datin Rose
"takpe makcik....Kiyla duduk sekejap je...lepas aje majlis abang Taj,Kiyla baliklah"kata Kiyla
"ermm...ye lah,susah je Kiyla datang jauh-jauh semata-mata nak tolong majlis abang Taj"kata datin Rose.
"nothing lah makcik,we are cousin so...memang ini je la yang Kiyla dapat tolong pun"kata Kiyla dengan ketawa.
datin rose tersenyum bahagia.
"makcik nak tanya sikit ni"kata datin rose.
Kiyla memandang tepat wajah makciknya.
"ada apa makcik?macam rahsia besar sangat"kata Kiyla dengan senyuman.
"Kiyla dah ada yang istimewa ke?"soal datin rose.
"istimewa?"soal Kiyla masih tidak faham.
"Kiyla dah ada teman lelaki ke?"soal Datin Rose.
"ohh...teman lelaki?ingatkan apa tadi...ermm..pasal teman lelaki ni susahlah makcik,Kiyla macam dah serik nak bercinta,bercinta sampai habis-habisan tapi akhirnya putus juga,last sekali Kiyla fikir biarlah Kiyla hidup sendiri dulu,kalau ada jodoh...adalah,kalau takde i'am still single forever"kata Kiyla sambil ketawa.
datin rose tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience