bab 18

Romance Completed 13382

Ara mengatur langkah ke arah Tajdi yang sedang menikmati minuman panas di cafe hotel tersebut.
beg galas yang berisi fail disandang ke bahu kanan.
"assalammulaikum bos,"Ara duduk tanpa meminta izin.
"waalaikumsalam,siapa suruh awak duduk?"soal Tajdi
Ara yang punggungnya hampir mencecah lantai kerusi berdiri semula
"kenapa bos?"soalnya
"awak tolong pergi ambil muffin cake perisa strawberry dua"arah Tajdi selamba.dengan wajah yang tak ada masalah langsung.
dengan menurut perintah Ara meletak begnya di kerusi itu lalu berjalan ke arah
pelbagai dessert disediakan untuk para penghuni hotel mereka.
"kak..ambil dua strawberry muffin cake"Ara bercakap pada seorang wanita dihadapan itu.
"minta maaf dik..muffin cake perisa strawberry habis,mungkin petang nanti akan sampai stok,"kata wanita itu.
wajah Ara keruh
"betul ke kak?"takde yang lain lagi?"soal Ara lagi.
"betul dik,minta maaf sangat-sangat,selalunya stok cepat sampai,tapi kali ni agak lewat"kata wanita itu.
"siapa yang ambil habis kak?"soal Ara
"tu...abang handsome tu"tunjuk kakak itu.
abang handsome?siapalah yang dapat pengiktirafan dari kakak ni.
Ara melihat kearah jari lurus kakak dihadapannya itu.
"bos?"Ara keluh dalam hati.
"er...takpe kak terima kasih"Ara berlalu sambil melempar sengihan.
dia memasamkan wajahnya lalu duduk di hadapan bosnya yang sedang enak mengunyah muffin cake dengan selamba.
Ara diam tanpa berkutik.malas mahu berkata-kata.
"saya tak tahu pulak kata habis"kata Tajdi sengaja mahu mengenakan Ara.
"siapa cakap habis?"soal Ara.
"ada erk...?"mana?"soal Tajdi.
Ara tunjuk kearah muffin ditangan Tajdi.
Tajdi menyimpul senyum.
suasana diam lagi.
Ara mengerling jam ditangan.
pukul lapan pagi.
"err..pukul berapa kita nak ke site?"soal Ara
"kejap lagi"
"err...balik ke KL pukul berapa pulak?"
"kenapa?"awalnya nak balik,tak teringin nak jalan-jalan Ipoh?"soal Tajdi
"saya suka datang dengan kawan-kawan,datang ramai-ramai baru seronok"jawab Ara jujur.
"kenapa suka ramai-ramai?"kalau saya kalau kita seorang diri lebih memberi ketenangan"kata Tajdi
"betul lah,seorang boleh bagi ketenangan"kata Ara
"so?"
"saya dengan bos,"kata Ara
"saya tak ganggu awak pun"
"memanglah,tapi tetap tak sama bila berseorangan"
"kenapa?"
"saya rasa terikat dengan kerja,dan memang niat saya datang sini pun kerja"
"kalau ubah niat awak?"
Ara ketawa perlahan.
"nak ubah?"payah lah bos...saya datang sini kerja dengan ikhlas hati,dengan memberi sepenuh perhatian pada kerja,memang niat saya dari kampung nak datang KL untuk kerja"kata Ara jujur.
Tajdi terangguk-angguk.
"jom kita gerak sekarang,awak dah bawak file semalam?"soal Tajdi.
Ara mengangguk.

mereka melawat tapak projek dengan dibawa oleh pengurus semua pekerja di tapak projek iaitu encik Halim.
Ara mencatit sesuatu pada file ditangan apabila mendengar keterangan dari encik Halim.
Tajdi yang berkaca mata hitam akibat bahang panas mulai terasa.
mereka melawat pada tapak-tapak yang hampir siap sepenuhnya.
Ara juga teruja apabila dia diperkenalkan dengan pelbagai jenis bahan-bahan dan cara mereka semua melakukan kerja-kerja pembinaan.sungguh cekap dan efektif.
kebanyakannya warga asing seperti indonesia dan bangladesh.
Hanya Tajdi yang bercakap dan bersoal dengan encik Halim,Ara tidak tahu mahu mencelah,dia masih baru justeru perlu banyak belajar.
Ara melihat Tajdi bersembang dengan seorang lagi rakannya di hujung sana.
Ara disini hanya memerhati kerja-kerja pembinaan dilakukan.
kerjanya sudah selesai.jadi lebih baik dia mencuci mata melihat sekeliling.
"cik Ara PA baru encik Tajdi?"soal encik Halim tiba dari belakangnya.hampir melompat Ara bila disergah begitu.
dia melempar sengih.
"ye encik Halim"katanya.
"baguslah,encik Tajdi seorang bos yang baik,dia hanya ambil orang yang betul-betul handal melakukan kerja"kata encik Halim.
"Pengalaman pertama saya encik,banyak lagi yang saya perlu belajar"kata Ara.
"bagus anak muda macam cik Ara ni,betul-betul merendah diri"encik Halim berkata.
Ara tersenyum lebar apabila dipuji begitu.
dari jauh Tajdi merenungnya yang sedang tersenyum.
"indahnya senyuman itu,dari jauh dah nampak betapa ikhlasnya senyuman itu,betul-betul mencairkan hati aku,harap-harap dia dapat cairkan hati mama jugak"kata hati Tajdi.
tidak puas dia mahu memandang Ara si PA nya yang manis dan polos.
dari jauh saja peluangnya untuk merenung wajah itu.
Ara masuk ke tempat sebelah pemandu.
lawatan mereka sudahpun tamat.
Tajdi memulakan pemanduan.
"awak sembang apa dengan encik Halim?"bukan main lagi senyumnya"soal Tajdi.
"sembang biasa-biasa je...dia kelakar"kata Ara dengan senyuman.
"kenapa dengan saya dia serious je?"soal Tajdi
"bos tegas"jawab Ara
"saya tegas sangat ke?"soal Tajdi.
"saya tak kata bos seorang yang tegas,tapi mungkin baru sehari saya kenal bos sebab tu saya tak berapa nak kenal dan mungkin juga pada pandangan diorang bos tegas ,sebab tadi pun saya perasan wajah bos terus tukar jadi garang bila bincang pasal kerja"kata Ara
"awak mencuri?"soal Tajdi
"mencuri?"curi apa?"
"curi pandang saya"
Ara tergelak kecil
"saya terlihat,itupun dianggap mencuri ke?"
"awak tak minta izin saya,sebab tu jadi mencuri"
"saya 'ter' "
"hati-hati,tak baik awal-awal lagi dah belajar mencuri,takut nanti terbiasa"kata Tajdi.
"curi apa pulak?"saya tak pernah belajar mencuri"kata Ara
"takut 'ter' curi hati saya"kata Tajdi.
mati senyuman Ara.
dia memandang Tajdi yang selamba.
dia memandang kedepan semula.
masing-masing diam.
ada getar dalam hati masing-masing,Ara meramas tangannya yang tiba-tiba berpeluh.
dah rasa macam nak demam.
Tajdi pulak tersenyum simpul apabila melihat Ara yang dilihat seperti tidak selesa.
"sakit sangat ke kalau betul-betul saya cintakan awak?"soal hati Tajdi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience