dah dekat tiga bulan mereka berpindah ke rumah baru yang dibeli oleh Taufiq.
pertama kali terasa janggal saat melangkah masuk ke rumah yang agak besar ini.tapi...setelah berhari-hari berada di sini dia semakin tenang.
dekat sini senang juga mahu menguruskan si kecil comel.walaupun pada awalnya mama risaukan si kecil comel yang lasak dan aktif itu.tapi Ara menyakinkan mama mertuanya itu.siapa cakap si kecil comel ni degil dan tak nak dengar kata? okay je dengan mama baru dia!
Ara tergelak bersungguh-sungguh apabila melihat si kecil comel yang keluar dari bilik mereka dengan memakai baju kameja milik Taufiq.
sampai meleleh-leleh air mata ke pipi.
si kecil comel pula apalagi..bila nampak orang gelakkan dia..bukannya dia nak marah malah dia join sekaki gelak sama-sama.
"apa yang sayang buat ni?"soal Ara dengan sisa tawanya.
si kecil comel tergelak-gelak sambil tepuk-tepuk tangannya.dia berjalan ke arah Ara lalu duduk bersebelahan mamanya itu.
"patutlah tak bagi mama ikut ye tadi?"kata Ara
"cantik tak mama?"soalnya yang kini sudah semakin petah berbicara.
"cantik...tapi inikan baju papa?"kata Ara
"Taj..nak baju ni"katanya dengan wajah merayu.
"besarlah sayang...nanti kalau papa tahu Taj pakai baju dia...kena marah macam mana?"soal Ara
"mama kan ada.."
Ara tergelak perlahan mendengar jawapan itu.
"i can't help you..you grow up now"kata Ara
"please..mama,you must gonna help me..please..."pujuk si kecil comel sambil menggoncang-goncang tangan mamanyam
Ara tersenyum.
"okay...but this cloth it's so...big for you,nanti mama minta papa belikan yang kecil untuk sayang ye...?"soal Ara
"betul ke mama?"soal si kecil comel teruja.
"betul..."
"thanks mama...i love you like papa love you"kata anak itu dengan petah sambil memeluk tubuh Ara.
Ara tersenyum.turut membalas pelukan itu.
"mama...petang nanti papa balik pukul berapa?"
"tak tahu lagi..."
"nak balik rumah mak tok dengan tok wan.."katanya
Ara diam.dah lama tak balik rumah mama dan papa,dekat dua minggu jugak,kadang-kadang mama call sambil nangis-nangis mengenangkan cucu yang satu itu.apa salahnya mereka bermalam di sana semalam dua?
rumah mak dan ayah di kampung juga sudah sebulan tak balik.bukan sengaja tapi Taufiq terlalu sibuk di pejabat.Ara nak balik sendiri bersama si kecil comel tak bagi pula.katanya bahaya.
Ara mengeluh.
"mama....?"panggilan si kecil comel menyedarkan Ara.
Ara tersenyum.
"nanti mama minta dekat papa ye?"kata Ara
"yeay!!!!"jeritnya lalu terus berlalu ke biliknya semula dengan sorakan gembira.
malam itu Ara menyambut kepulangan Taufiq dengan senyuman manisnya.
Taufiq pula seperti biasa mencium kepala Ara adalah rutinnya setiap hari.pada mulanya memang janggal apatah lagi bagi Ara tapi...demi si kecil comel yang kadang-kadang hairan dengan telatah mama dan papanya yang kadang-kadang diam seribu bahasa dan seperti orang asing itu.
bukannya mereka tak sehaluan.tapi rasa janggal setelah mereka disatukan.
"abang pergi mandi dulu,Ara sediakan makan malam"kata Ara
Taufiq tersenyum lalu terus masuk ke dalam bilik.
usai makan dengan begitu berselera Taufiq berehat di beranda bilik mereka menghadap kota Kuala Lumpur yang indah.
Ara muncul bersama satu mug air nescafe panas kegemaran Taufiq.dia mengambil tempat disebelah suaminya.
"air nescafe"kata Ara sambil menghulurnya pada Taufiq.
Taufiq menyambutnya dengan tenang.
"terima kasih"
"sama-sama"
"Taj dah tidur?"soal Taufiq
"dah....si kecil comel tunggu abang tadi..tiba-tiba mengantuk pula katanya"jawab Ara
Taufiq tergelak perlahan.
"kenapa masih panggil si kecil comel? Taj kan dah besar?"soal Taufiq
Ara tersenyum.
"bila-bila pun dia tetap masih kecil di mata Ara...tak salah kan?"soal Ara
Taufiq tersenyum melihat Ara disisinya.
"tahulah...tapi abang tak nak dia dimanjakan sangat"kata Taufiq
"dia masih kanak-kanak,kita patut beri sepenuh perhatian pada kanak-kanak seusia dia"
Taufiq tersenyum.tangan Ara dicapainya.kaget sekejap Ara dibuatnya.
"thanks..sebab sudi jagakan Taj untuk abang"kata Taufiq perlahan.
Ara pandang mata yang bersinar itu.
"apa abang cakap ni? itukan anak Ara juga"
"abang terlalu sibuk seminggu dua ni....maafkan abang"kata Taufiq
"takpe...Ara kan ada untuk tengok-tengokkan dia"kata Ara
Taufiq mengangguk seraya tersenyum.
"cuma si kecil comel cakap..dia rindukan mak tok dan tok wan dia"kata Ara
"kalau macam tu...esok kita balik sana"kata Taufiq
"betul ke bang?"soal Ara
Taufiq tersenyum.
"betul...lagipun abang offday dua hari"kata Taufiq.
"ni kalau dia dengar...mahu bersorak sampai ke pagi"kata Ara
Taufiq dan Ara sama-sama tergelak.
tiba-tiba bunyi guruh yang kuat serta kilat yang menjelma dari langit.mati terus ketawa mereka berdua.
Ara dengan pantas bangun dari duduknya begitu juga Taufiq.
"nak hujan malam ni"kata Taufiq dengan tenang.
"jo...jom kita masuk"kata Ara tergagap.jantungnya masih lagi laju mengepam darah kerana sisa terkejut tadi.terasa mahu gugur hatinya.
Taufiq pandang Ara yang terketar-ketar.dapat dirasa apabila tangan Ara memeluk erat lengannya.
"kenapa dengan Ara?"soal Taufiq risau
Ara geleng kepalanya.
Taufiq membuat keputusan untuk masuk kedalam.pintu itu ditutupnya
dia dan Ara sama-sama duduk di birai katil.
"cuba cakap..kenapa?"soal Taufiq
Ara terketar-ketar.sudah masuk dua kali kejadian ini berlaku pada dirinya.
dia memang takut dengan sinaran cahaya yang terpancar dari kilat.cahaya itu membuatkan jantungnya berdegup sekencang dari yang biasa.kali pertama terjadi semasa dia berada di tingkatan lima.sampai pengsan akibat dia melihat satu pokok kelapa disambar petir tidak jauh dari tempat dia berdiri.
semenjak itu setiap kali hujan akan turun ataupun dia melihat keadaan langit yang hitam dia cepat-cepat menyembunyikan diri di dalam bilik sambil berkelubung.
"sayang.....?"panggilan suara perlahan dari Taufiq membuatkan hatinya sedikit tenteram dari tadi.dia tak kira walau dia perlu memeluk lengan Taufiq sepanjang malam ini,dia amat-amat memerlukan perlindungan.kalau dulu tubuh emaklah yang menjadi mangsa pelukannya.
wajahnya pucat tanpa darah.
Taufiq mulai risau melihat wajah Ara.
bahu Ara dipeluknya erat.
"kenapa ni...cuba cakap,"
"ta...ta..takut"kata Ara
"itu cuma kilat..jangan takut,abang ada"kata Taufiq.
Ara masih lagi beriaksi sama.dia memeluk pinggang Taufiq.dia tak kira.biarlah Taufiq mahu gelakkan dia kerana tak malu memeluk lelaki yang selama ini hanya bergelar suaminya tapi langsung tidak dalam erti kata sebenar.
Taufiq yang kasihan melihat Ara sebegitu hanya membiarkan.bahu Ara dipeluknya kemas.
"istighfar banyak-banyak,ia boleh hilangkan ketakutan kita"kata Taufiq.
Ara menurut dengan sebutan terketar-ketar.di luar guruh dan kilat berdentang-dentum umpama bakal berlakunya hujan yang lebat.
mata Ara terpejam rapat.tak mahu melihat cahaya yang terpancar di balik tirai itu.
"ab...abang"panggil Ara.
"ye...?"
"ka...ka..kalau apa-apa jadi pada Ara,tolong jaga anak kita baik-baik"kata Ara dengan suara yang bergetar.memang dia merasakan nafasnya sesak. seakan-akan mahu pergi jauh dari sini.dia dah tak tahan.kalau dulu dia bagaikan mati hidup semula setelah merasa betapa hebatnya pengangan rasa terkejutnya ini.
"astagfirullahalazim..tak baik cakap macam tu..."kata Taufiq.
Ara diam.telinganya jelas menangkap bunyi guruh yang kuat berbunyi dan menyambar.
tiba-tiba nafasnya jadi tak menentu.akhirnya dia dah tak ingat apa-apa.
matanya dibuka perlahan-lahan.kesejukan mencengkam kulitnya tiba-tiba.dia melihat ke atas.yang dia nampak hanya warna putih sepenuhnya.
"aku dah mati ke?"akalnya menyoal.
suaranya tersekat dikerongkong.
tangannya tiba-tiba terasa panas kerana dipegang sesuatu.
"sayang....sayang....?"
panggilan itu,panggilan yang dirinduinya.sedaya upaya dia membuka matanya yang berat.
dia melihat wajah yang dirinduinya.wajah Taufiq suaminya.
"ab...abang..."panggil Ara.
"ye sayang...lega abang,Ara dah sedar"kata Taufiq.
Ara mencuba untuk bangun dari baringnya terasa lenguh tulang belakang.mungkin dah lama dia tidur.
Taufiq membantu dia bangun.dia bersandar pada belakang katil hospital?
dia melihat sekeliling.dia berada di hospital sekarang!
"mana si kecil comel?"soal Ara
Taufiq tersenyum.
"dia ada dengan mama,Ara rasa okay sekarang?"soal Taufiq.
Ara tersenyum sedikit.
Taufiq melihat wajah pucat isterinya.
tiba-tiba Ara merasa sesuatu.dia meraba kepalanya.
"abang..tolong ambilkan Ara tudung"kata Ara
"Ara jangan risau...ini bilik khas,tak ada orang luar,dokter pun perempuan"kata Taufiq
"takpe...Ara selesa bila pakai tudung"kata Ara
Taufiq angguk kepalanya.dia berlalu ke arah beg kecil yang dibawanya.dia mengeluarkan selendang hitam.lalu dipakaikan di kepala Ara.
"terima kasih"kata Ara.
Taufiq tersenyum.dia duduk di sebelah Ara.tangan Ara digenggamnya.
"maafkan abang sebab tak dapat lindungi Ara...abang janji akan jadi suami yang terbaik selepas ni"kata Taufiq
"apa abang cakap ni..? Ara dah biasa jadi macam ni."kata Ara
"abang tahu....mak dah ceritakan semuanya"kata Taufiq.
Ara tersenyum.
"risau betul si kecik tu bila nampak mama dia terbaring dekat sini"kata Taufiq
Ara tersenyum.
"lama ke Ara pengsan?"soal Ara
"24 hours"
terkejut sekejap Ara.kalau dulu dia hanya pengsan selama beberapa jam sahaja.
"apa kata dokter?"
"dokter cakap perkara macam ni biasa untuk orang yang tak boleh terkejut macam Ara,dokter cakap ia berlaku spontan.mungkin lebih kepada trauma"kata Taufiq.
Ara diam mendengar kata-kata itu.
dia angguk perlahan.
"atau lemah jantung?"soal Ara
"lebih kurang"kata Taufiq
Ara diam.memang itulah yang dikatakan dokter padanya dulu.
"bila Ara boleh balik?"soal Ara
"tengok pada keadaan Ara...."
"kalau hari ni..tak boleh ke?"soal Ara
"nanti biar dokter datang periksa dulu"kata Taufiq.
Ara hanya mampu mengangguk.walaupun dia tak sukakan bau hospital dan ubat yang diberikan dia akhirnya terpaksa.
dua hari Ara ditahan kini dia sudah boleh balik.datin rose mencadangkan mereka sekeluarga tinggal di rumah itu buat sementara.mak embon dan pak mad juga datang bermalam di rumah milik datin rose itu buat seketika demi memastikan keadaan Ara betul-betul okay.
Ara duduk di ruang tamu rumah besar itu.
Taufiq sedari tadi sentiasa di sisinya.
Ara tersenyum senang.
mak embon dan pak mad duduk di sebelah kiri mereka.datin rose dan dato tajjuddin pulak di kanan mereka tetapi di sofa yang berlainan.
si kecil comel pula duduk di bawah sambil makan keropok.mata pula ditala ke rancangan di televisyen.
"Ara lepas ni tinggal sini teruslah..bahaya,mujur Fiq ada malam tu"kata datin rose memula bicara.
Ara yang juga ralit menonton mengalih perhatian pada mama mertuanya.
dia tersenyum.ingatkan dah habis topik ni!!
"takpe ma...lagipun Ara dah biasa jadi macam ni,bukan selalu"katanya
"betul cakap mama tu Ara...tak senang duduk mak dekat kampung bila tahu apa yang jadi dekat Ara"kata mak embon menyampuk.
Ara pandang ke arah Taufiq.Taufiq pula naikkan kening padanya.
"lagipun office abang dekat je dengan situ...Ara janji dah tak ulang lagi apa yang jadi semalam"kata Ara.
"biarlah dah diaorang nak berdikari sendiri"kata dato Tajjuddin menyampuk.
datin rose sedikit kecewa.
"si kecil ni...takpe ke duduk jauh dari mak tok dan tok wan dia?"soal pak mad dengan senyuman.lucu dia melihat cucunya itu.
Ara dan Taufiq tersenyum.
"kadang-kadang tu ada jugak ayah...rindulah apa lah..."kata Taufiq
"kesian cucu mak tok"kata datin rose.
si kecil comel hanya buat pandangan selamba.
"lagipun tahun depan dah sekolah..."kata Ara
"betul ke...?lupa pulak mama"kata datin rose dengan senyuman.
"kalau dah boleh sekolah tu...maknanya dah boleh sangatlah kalau nak dapat adik baru"kata mak embon dengan senyuman penuh makna.
Ara dan Taufiq yang mendengar pura-pura bersembang sesama-sendiri.tak ada jawapan untuk itu.
"dengar ke tidak?"soal datin rose kuat.
dato Tajjuddin dan pak mad hanya ketawa perlahan.
Ara dan Taufiq diam sambil berfikir jawapan paling terbaik pada abad ini.
"dengar ma..."kata Taufiq
"habis tu...bila lagi?"soal datin rose dan mak embon serentak.
ternganga Ara dan Taufiq bila tiba-tiba suara kiri dan kanan mereka berbunyi serentak.
"ta...ta..tak ada rezeki lagi mama,mak"jawab Ara agak tergagap dengan suasana topik itu.
"erm..kesian cucu mak tok...takde adik lagi"keluh datin rose
"orang kampung akak tu...cucu dia dah empat termasuk tahun ni..suka akak tengok kehidupan diaorang"kata mak embon pada datin rose.
datin rose mengiakan.
Ara pandang pada Taufiq.dia membuat isyarat mata.Taufiq juga membuat perkara yang sama.
Taufiq menguap dengan sengaja menguatkan suara.
"dah ngantuk lah...sayang jom kita naik atas"kata Taufiq
Ara pada awalnya tak tahu rancangan yang dirancang oleh Taufiq mengangguk mengiakan.dia menyambut huluran tangan Taufiq.
"mak,ayah,mama,papa kami naik dulu"kata Taufiq.
datin rose dan mak embon merengus geram.misi mereka gagal lagi.
pak mad dan dato Tajjuddin hanya bersembang.
"hahahhahaa....!!!"
Ara dan Taufiq sama-sama tergelak.
mereka duduk di atas katil dengan tawa yang susah nak dihentikan.
Taufiq sudah berbaring sambil ketawa.
"kesian mama dan mak"kata Ara apabila sisa tawanya sudah reda.
"tahu takpe...siapa suruh tanya soalan macam tu"kata Taufiq.
Ara tergelak lagi.
"kesian diaorang tu..."kata Ara
tiba-tiba pintu bilik mereka terbuka.terus mati ketawa mereka.mana tahu datin rose datang menjengah.
mereka menanti.Taufiq bangun dari baringnya dan duduk tegak.
"mama,papa"
muncul si kecil comel dengan wajah mengantuk.matanya digosok-gosok.
Ara tersenyum lega.
"jangan gosok mata tu..."kata Ara
si kecil comel datang kepadanya.Ara memeluk badan yang montel itu dengan erat.
"sayang papa dah ngantuk ye?"soal Taufiq
si kecil comel angguk kepala.
"sekarang tidur okay..."kata Ara
"nak tidur dengan mama dan papa"kata si kecil comel
Ara tersenyum.dia tak kisah memang selama ni si kecil comel suka sangat tidur dengannya.
dia lihat wajah Taufiq sudah tersenyum-senyum seperti menyimpan sesuatu.
"Taj kan dah besar...mana boleh tidur dengan mama dan papa lagi"kata Taufiq
"kenapa?"soal anak kecil itu.
Ara juga terasa lain.
"sebab Taj dah besarlah...."kata Taufiq
"sampai bila?"soal si kecil comel
"kadang-kadang je la...tapi nanti bila Taj dah sekolah memang langsung tak boleh tidur dengan mama dan papa lagi"kata Taufiq
"okaylah...tapi..malam esok bolehkan Taj tidur sini pulak?"soalnya
Taufiq tersenyum.
"boleh..."jawab Taufiq.
si kecil comel pantas memeluk papa dan mamanya.pipinya pula dicium Ara dan Taufiq.
dia berlalu ke arah pintu.
Taufiq bangun menuju ke pintu terus pintu itu dikunci kemas.
Ara yang melihat sudah lain macam.tetasa getar dalam dirinya.
jangan Taufiq buat bukan-bukan sudahlah...selama empat bulan lebih mereka bersama belum pernah Taufiq meminta sesuatu darinya,lagi-lagi kalau bab memintanya menjadi isteri dari erti kata sebenar.Ara pura-pura mengibas tempat tidurnya.
dapat dia dengar langkah kaki Taufiq menuju ke katil.
duduk saja Taufiq,Ara pantas turun dari katil lalu berdiri tegak.
"err..nak ke mana?"soal Taufiq
"Nak ke tandas"kata Ara pantas kakinya melangkah laju.
Taufiq yang pelik melihat perangai Ara mula mengerti apa yang dirasa Ara.
Taufiq tersenyum sendiri.
Ara mundar-mamdir di dalam bilik mandi itu.hatinya dipalu risau.
dia yakin Taufiq masih belum tidur memandangkan lampu masih lagi terpasang.
Ara duduk di atas kerusi yang tersedia di dalam bilik mandi itu.
lebih kurang lima belas minit dia dapat mendengar lampu terpadam.
dia bersorak sendiri di dalam hati.
dia melangkah keluar dari bilik mandi.dapat dilihat wajah Taufiq yang sedang tidur itu.
Ara melangkah naik ke atas katil dengan perlahan.tak mahu sebarang gerakan bakal mengejutkan Taufiq.
Ara membaringkan dirinya dengan tenang.dia melepas nafas lega.
selimut ditarik sehingga menutupi paras dadanya.
dia memalingkan diri ke arah Taufiq.Taufiq tidur dengan tenang dan lena sekali.
Ara tersenyum.matanya meneliti keseluruhan wajah Taufiq.dari dahi yang ada sedikit garisan turun ke mata yang tertutup rapat turun ke hidung yang mancung terus ke mulut yang berbentuk dan akhir sekali dagu yang berlekuk.cukup sempurna untuk seseorang sepertinya.
kalau dulu hatinya seperti berbelah bahagi saat meneriman perkahwinan ini.tapi...sekarang tidak lagi,sedikit-sedikit hatinya mulai jatuh hati semula kepada Taufiq.cinta yang dipupuk dari zaman sekolah dulu seperti berulang kembali.
walaupun dulu hatinya seperti berbelah bahagi untuk menikahi adik kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya dulu.tapi...sekarang dia dah boleh terima segalanya.terima yang takdirnya begitu,terima yang bakal suaminya sudah tiada,dan terima yang lelaki di hadapannya kini adalah jodohnya.lelaki yang diciptakan untuk menjaga dan membimbingnya menuju syurga Allah,inilah lelakinya.
Ara tersenyum senang.
"kenapa tenung abang macam tu?"soal Taufiq tiba-tiba.
lekas-lekas Ara pejam matanya.pura-pura tidur.
"macam mana dia boleh tak tidur pulak?"soal hati Ara
Ara diam.suara Taufiq sudah tidak berbunyi lagi.
Ara melepas nafas lega.perlahan-lahan matanya dibukakan.
"aaarrggghhh!!!"jerit Ara
alangkah terkejutnya dia saat melihat Taufiq sudah berada di depan matanya.
Taufiq pantas menutup mulut Ara dengan tangannya.terdiam Ara dibuatnya.
Ara sudah menahan rasa.
Taufiq tersenyum.
"kenapa jerit?"soal Taufiq
"errmm..hhhgggmmm"gumam Ara dengan mulut yang tertutup.
Taufiq tersenyum.
"kenapa pandang-pandang abang macam tu?"soal Taufiq perlahan saja suaranya.di dalam gelap itu Ara dapat melihat senyuman sinis dari bibir Taufiq.juga intonasi suara yang dilontarkan Taufiq.
dia membuat isyarat mata pada tangan Taufiq yang menutup mulutnya.
Taufiq baru tersedar.terus mulut Ara dilepasnya.
"abang buat apa ni...? Ara mengantuk lah"kata Ara cuba berlagak biasa.
"jawab dulu soalan abang"
Ara mengeluh.
"okay...Ara tengok abang saja suka-suka,tak boleh ke?bukan ke seorang isteri bila pandang muka suami dia lama-lama akan dapat pahala?"soal Ara.saja mencari sebab untuk melepaskan diri.
"dan..seorang isteri yang menurut kemahuan suaminya juga akan dapat lebih lagi pahala"kata Taufiq.
Ara terdiam.
"apa abang nak?"soal Ara.
Taufiq diam.ada riak tenang pada wajah itu.Ara melihat ke arah mata yang memandang tepat ke arahnya itu.
dia wanita biasa yang mungkin akan mudah terpesona dengan pandangan yang memukau seperti itu.
Taufiq semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Ara.
dia juga lelaki biasa,lelaki yang punya keinginan untuk memiliki isterinya sepenuh hati.
Ara menutup matanya.
bibir Taufiq terasa di dahinya.hangat menyapa.
dari dahi beralih ke pipi kemudian mendarat di bibirnya.
"assalammualaikum"kata Taufiq perlahan.
Ara tersenyum malu.
"waalaikumsalam"jawabnya.
Share this novel