Cinta itu milik Allah,dipinjamkan setitis kepada manusia.bila Allah menitiskan rasa cinta maka hati yang sangat lembut itu akan berdetak kencang.sekencang manakah hati itu bergantung kepada kekuatan seseorang,dan Taufiq tak tahu dia kuat ataupun tidak kerana setiap kali teringatkan Ara,hatinya sangat sakit.rupanya cinta bukan yang indah-indah saja.cinta itu juga boleh menyakitkan dan cinta yang dia punya kini sangat sakit,lagi sakit jika mencintai seseorang yang tak mungkin akan mencintainya semula selama-lamanya.kerana cinta hatinya kini telah dimiliki oleh seseorang yang sangat di hormati dan sayangi.seorang abang yang tiada galang gantinya.
Taufiq terkebil-kebil matanya diatas katil biliknya.
sejak pertemuannya dengan Ara semalam kini dia baru tahu bahawa itulah kesudahan cintanya yang dijaga rapi selama ini.
kecundang dek kesilapannya sendiri.
Taufiq memusingkan badannya menghadap ke balkoni yang kosong.
"Fiq...Fiq tak ke office ke harini? kenapa tak turun sarapan?"soal datin rose diluar bilik.
"Fiq tak sihat sikit ma..."jawabnya bagi menyembunyikan rasa hati.
sememangnya dari semalam dia menangis dan terus selsema badannya kini sangat lemah.
"kalau macam tu..biar mama bagitahu papa,tapi nanti turun makan...kita pergi klinik"kata datin rose
"thanks mama.."jawabnya
suara datin rose tidak lagi kedengaran.
Taufiq bangun dari tidurnya.
dia terbatuk-batuk kecil.
dia mencapai tuala lalu ke bilik mandi.
"sayang?"sapa Tajdi tersenyum lebar pada Ara yang sedang tekun menghadap komputer.
Ara melempar senyuman hambar pada Tajdi
Tajdi melangkah masuk lalu duduk berhadapan dengan tunangnya
"why sayang? macam takde mood je...?"soal Tajdi
Ara tersenyum hambar mereka bertentangan
"entah..."jawab Ara
Tajdi gelak perlahan
"diri sendiri tak tahu?"soal Tajdi
Ara juga gelak perlahan dengan jawapannya
"pening kepala sikit kot"jawab Ara
"tak cukup rehat ke? kan abang dah pesan janganlah sampai tak cukup rehat kalau nak uruskan hal majlis kita nanti"kata Tajdi
Ara melempar senyum lebar.
terasa lengkap hidupnya kini kerana semuanya dipenuhi oleh cinta dan kasih sayang orang yang mencintainya dan dia juga mencintai orang itu.
biarlah luka lama ditenggelamkan ke dasar hati yang paling dalam.kini bagi dia...dia hanya mahu Tajdi..Tajdi..Tajdi.tiada nama lain selepas Tajdi.
Ara sedar ada satu hati yang sedang kecewa kerana keputusannya tetapi..dia yakin Taufiq juga bakal bahagia cuma waktunya bila tiada siapa tahu.dan dia amat yakin akan ada seorang wanita yang bakal membahagiakan Taufiq.
"hey..kenapa ni?pandang abang macam nak telan je..?"soal Tajdi menyedarkan Ara.
Ara senyum lagi.
tangan Tajdi di atas meja digenggamnya.
badannya didekatkan pada meja.
"abang...terima kasih"kata Ara
"for what?"soal Tajdi
"everything"jawab Ara
"like what?"soal Tajdi lagi
"semuanyalah...terima kasih sebab sudi jatuh cinta dekat Ara,terima kasih sebab sudi jadikan Ara isteri abang walaupun berjuta-juta lagi wanita dekat luar sana.terima kasih sebab terima kekurangan diri Ara dan...."kata-kata Ara terhenti
Tajdi tersenyum
"dan...?"
"terima kasih juga sebab...sudi berikan Ara kasih sayang dan cinta abang yang tak terhingga,Ara harap sangat perkahwinan kita nanti akan bahagia sampai ke jannah,Ara cuma nak abang sorang je..."kata Ara walaupun malu namun wajahnya kelihatan bersungguh-sungguh mengungkap kata itu.
Tajdi tersenyum menampakkan barisan giginya.
tangan Ara diusap perlahan
"InsyaAllah sayang...kita sama-sama doa,abang buat semua tu demi seorang wanita yang bernama Ara,hanya dia je yang pertama bertahta dihati abang.tapi...kalau takdir Allah sebaliknya abang harap Ara bersabar dan terima ye?"soal Tajdi
kening Ara berkedut
"apa abang cakap macam tu?"soal Ara
"kita tak tahu apa yang bakal jadi di masa hadapan"kata Tajdi
"what do you mean?"soal Ara
"mana tahu Allah nak ambil abang dari Ara"kata Tajdi dengan senyuman
Ara menarik tangannya kasar
"Ara tak suka abang cakap macam tu...abang macam tak nak kahwin dengan Ara je?"kata Ara geram
Tajdi gelak perlahan.tangan Ara kembali digapai
"okaylah...abang cakap je..please..jangan merajuk"kata Tajdi
Ara mula tersenyum
"promise we will together forever and ever"kata Ara
Tajdi angguk beserta senyuman.
"ehem..ehem..!!"
tangan masing-masing terlepas.dua-dua pusing ke pintu.
Ara tersengih malu.Tajdi pula sudah tersenyum lebar.
dato tajjuddin menahan gelak melihat keduanya
"ada apa papa?"soal Tajdi
"takde apa..cuma papa nak jumpa dengan Taj kejap"kata Dato tajjuddin
"ada hal apa pa?"soal Tajdi
"pasal Taj curi tulang waktu kerja,so..please go to my room, you must remember work is work,not work is love okay?"kata dato tajjuddin.
Ara tergelak perlahan.
dato tajjuddin pantas berlalu.
Tajdi dan Ara berpandangan sebelum ketawa kedua-duanya meletus.
"apa mama buat ni? Fiq dengan Kiyla takde apa-apa lah ma...macam mana hal nak satukan Fiq dengan Kiyla boleh muncul ni?kelakar betul"kata Taufiq sambil gelak perlahan.
Datin rose mencebik bibirnya.geram betul dengan anak yang seorang ni,dari dulu segala yang dipinta semuanya dibantah,lain betul dengan si abangnya.
Datin rose pandang Taufiq yang masih berbaju tidur sambil menghirup kopi panas.
"mama dan papa serius...mana ada main-main,dari dulu lagi kami tahu Fiq dengan Kiyla kan rapat...so apa salahnya kita eratkan lagi perhubungan korang?"kata datin rose
"she is my cousin ma...Fiq dah anggap macam kakak Fiq"kata Taufiq
"kakak apanya beza sikit je umur tu...tak payah nak formal sangatlah,apa salahnya kahwin sepupu-sepupu? sekurang-kurangnya kita tahu perangai dia macam mana"kata datin rose
Taufiq mengunyah cucur bilis buatan mamanya.
"entah lah ma...bagi Fiq masa, mama tahu tak..ni kalau Kiyla dapat tahu,mesti dia gelak habis-habisan"kata Taufiq dengan senyuman.
datin rose menjeling anaknya
"mama dah bagitahu"kata datin rose.
terus cucur dari dalam mulutnya melompat keluar terletak cantik atas meja hadapannya.
"ish..pengotor betul"marah datin rose
Taufiq yang berwajah terkejut mengutip cebisan cucur yang terpelanting dari mulutnya dibuang ke dalam bakul sampah kecil yang disediakan ditepinya.
"terkejut sampai terkeluar semua dalam mulut tu"rungut datin rose
"mama dah bagitahu dia? bi...bi..bila?"soal Taufiq tergagap.
datin rose gelak perlahan.
"minggu lepas"jawab datin rose.
Taufiq berhenti mengunyah.
minggu lepas?maknanya hari aku keluar makan dekat shushi king dia dah tahu?
"hah..kenapa?"soal datin rose
Taufiq pandang wajah mamanya
"dia cakap apa?"soal Taufiq
"dia cakap..dia tak kisah,tapi..dia juga cakap kalau Fiq tak nak...dia tak nak mama dan papa paksa-paksa Fiq,dia takut hubungan baik korang terputus sebab benda ni.tapi....dia dah setuju"kata datin rose
"hah...mama dengar sendiri kan? Kiyla tak nak mama dan papa paksa-paksa Fiq,so..Fiq dah buat keputusan i want to say no"kata Taufiq
"mama pun dah buat keputusan,Fiq kena kahwin jugak"kata datin rose
"no"kata Taufiq sepatah.matanya difokuskan pada skrin TV
"Fiq...Fiq anak mama kan? please...terima cadangan mama ni"rayu datin rose dengan wajah merayu.
Taufiq pandang wajah mamanya.
timbul simpati di hatinya
"tapi Fiq masih tak bersedia"kata Taufiq
"mama bagi tempoh untuk Fiq buat keputusan okay? mama bagi masa untuk Fiq"kata datin rose memujuk
"ma....."
"mama tak kira,Fiq kena buat keputusan juga"kata datin rose sambil bangun ingin melangkah ke arah dapur
"no...Fiq tak nak"kata Taufiq agak kuat supaya mamanya dapat mendengar.
tiada balasan dari dapur.
Taufiq mengeluh.
"macam-macam betul benda yang menyakitkan hati aku bila balik Malaysia ni"katanya.
Share this novel