Mulai dari Tajdi dimasukkan ke dalam wad,Ara tak pernah seharipun tidak melawat Tajdi.
walaupun Tajdi masih dalam koma dan tidak sedarkan diri tetapi Ara sedaya upaya cuba bercakap bersama kekasih hatinya itu.
hari ini Ara memakai baju tshirt dan jeans berserta beg sandang yang digalas dibahu dia melangkah masuk ke dalam wad yang sepi itu.
yang kedengaran hanya mesin oksigen untuk Tajdi.
Ara tersenyum bila melihat Tajdi yang masih posisi sama.
walaupun hatinya sakit menerima sebarang kenyataan dari dokter yang merawat Tajdi tetapi Ara tetap berfikiran positif.
"Assalammualaikum abang...sayang datang lagi hari ni"kata Ara perlahan.
Ara menghampiri katil itu.
tangan Tajdi yang sejuk digenggamnya.
"hari-hari Ara datang temankan abang dekat sini,tapi kenapa abang tak nak jugak buka mata? bukak lah abang...Ara rindukan suara abang,Ara rindukan renungan manja abang pada Ara,Ara rindu nak dengar abang panggil Ara sayang lagi.kenapa abang masih tak nak bukak mata? Ara selalu berdoa pada Allah supaya Ara dapat bersama abang sampai bila-bila,Ara akan jaga abang seumur hidup Ara....tapi abang buka lah mata dulu ye? Ara tak suka dengar dokter cakap yang bukan-bukan fasal abang.abang jangan risau ye..nanti papa cakap nak carikan penderma untuk abang.Ara minta maaf sangat-sangat sebab buah pinggang Ara tak sesuai untuk abang,Ara dah buat pemeriksaan dengan dokter,dan...Fiq adik kesayangan abang pun akan buat pemeriksaan kejap lagi..dia sanggup menderma pada abang yang dia sayang.harap-harap sesuailah.."kata Ara sendirian.
apabila suasana sunyi Ara menarik nafas panjang.
di pintu masuk Taufiq sudah termenung apabila dia mendengar ungkapan Ara.
Rasa sedih dengan kemalangan yang berlaku pada abangnya memang benar-benar menyentuh hati.apatah lagi terkenangkan malam terakhir dia berbual dengan abangnya itu.
Taufiq nekad untuk menderma buah pinggangnya pada abang yang disayangi.
Taufiq pandang Ara yang sedang menangis di
kerusi luar wad itu tanpa menyedari kehadiran dirinya.
Taufiq melangkah menghampiri Ara
"Assalammualaikum"
Ara yang melihat Taufiq duduk disebelahnya berselangkan sebuah kerusi.
dengan pantas air mata disekanya.
dia melempar senyum pada Taufiq
"waalaikumsalam"jawab Ara
"Ara dah makan?"soal Taufiq.
Ara senyum sedikit
"dah makan pagi tadi.err...Fiq datang seorang je ke? kenapa tak datang dengan Kiyla?"soal Ara
"Kiyla ada hal dekat pejabat"jawab Taufiq
Ara angguk.
"mama dan papa serta pak cik dan mak cik kejap lagi datang"kata Taufiq
"okay..."kata Ara sepatah
"err..Fiq terima kasih sebab nak lakukan pemeriksaan"kata Ara
"abang Taj tu abang Fiq.perlu ke ucap terima kasih kalau Fiq nak dermakan buah pinggang Fiq pada abang yang paling Fiq sayang? selama ni abang Taj banyak tolong Fiq.kami terlalu rapat,inilah masanya Fiq nak balas jasa abang"kata Taufiq.
air mata Ara menitis lagi.dia cuba untuk senyum.
"Ara tak boleh terima semua ni terjadi pada dia,dia baik dan penyayang tapi kenapa Allah uji dia macam ni,kalau Ara dapat gantikan tempat dia....."
"semua orang akan diberi ujian,mungkin ini ujian untuk kita semua"Taufiq memotong percakapan Ara.
"tapi terlalu berat"
"kita sama-sama berdoa semoga abang Taj dapat bersama kita semula,Fiq yakin buah pinggang Fiq betul-betul serasi dengan abang.dan dia akan sembuh dengan semangat dan doa dari kita"kata Taufiq.
Ara tersenyum.dia menyeka air matanya di pipi
"Ara ingat tak dulu,masa dekat kampung,Ara cakap kalau kita sedih,kita perlu pejamkan mata dan mengucap..maka rasa sedih tu akan pergi"kata Taufiq
Ara melempar senyuman dan mengangguk.
dia melakukan itu.matanya dipejam rapat.beberapa surah dibacanya beserta dua kalimah syahadah diucap.
matanya dibuka semula.
dia pandang Taufiq disebelah,dia tersenyum
"dah tenang?"soal Taufiq
"sikit"jawab Ara
Taufiq tersenyum lega.
"encik Taufiq Anaqi"panggil seorang jururawat menghampiri mereka.
"saya nurse"jawab Taufiq
"encik ada pemeriksaan buah pinggang hari ni kan?"soal jururawat itu
"ye saya"
"sila ikut saya"kata jururawat itu.
Taufiq mengangguk kepalanya pada Ara memberi isyarat sebelum berlalu mengikut jururawat itu.
tengah hari itu mama dan papa serta mak dan ayah datang ke hospital.
Ara menyambut kedatangan mereka dengan wajah yang sembab akibat dari menangis.
tetapi yang mengejutkan Ara apabila dato Tajjuddin membawa seseorang di atas kerusi roda.
terasa ingin menangis apabila opah memeluknya dengan erat.
"opah..."kata Ara dengan suara yang bergetar menahan tangisan.
"sabar cu...kita doa banyak-banyak"kata opah.
Ara melepaskan pelukan.Ara menyeka air matanya.
"Fiq dah datang ke?"soal datin rose yang tampak sedih sekali.
"dah ma...dia pergi ambil darah"jawab Ara.
"Ara dah makan?"soal pak mad.risau dibuatnya kerana dia sedar tubuh Ara susut semenjak kejadian yang menyayat hati itu berlaku.
"dah ayah..pagi tadi dengan Zaiton"kata Ara
"Ara jangan terlalu fikirkan sangat,InsyaAllah Allah dengar doa kita jika diizinkannya.papa tak nak tengok Ara susah hati sampai tak lalu makan"kata dato Tajjuddin.
Ara tersenyum sikit
"takpe papa...Ara okay"kata Ara
"Ara nak pergi rehat,pergilah...biar mak dan mama yang jaga Taj"kata mak embon.
"takpe lah mak...Ara masih okay"kata Ara cuba mempercayakan mereka.
Petang itu Ara pulang ke rumah sewanya bersama mak embon dan pak mad.
Taufiq yang menjaga Tajdi malam ini.
kalau ikutkan hati mahu saja Ara tunggu Tajdi siang dan malam,biarlah sampai seribu tahun pun,asalkan dia dapat bersama orang yang dia sayang.
tapi memikirkan yang dia dan Tajdi masih lagi ajnabi.masih belum sah untuk bersama jadi dia hanya menurut.
Ara duduk di atas sofa bersama mak embon.
badannya disandar selesa.
"Ara dah okay ke ni? risau mak kalau nanti mak dan ayah balik kampung"kata mak embon
"Ara dah okay mak.mak janganlah risau,kalau mak dan ayah nak balik kampung pun boleh,mak dan ayah tak payah risaukan Ara ye"kata Ara dengan senyuman.
"macam mana nak balik selagi kami tak tahu berita pasal bakal menantu kami Ara,risau hati kami"kata pak mad
Ara tersenyum
"betul tu Ara..."kata mak embon
"Ara okay je kalau mak dan ayah nak temankan Ara dan Zaiton dekat sini"kata Ara.
mak embon tersenyum pada anaknya
"Ara naik atas dulu mak,ayah"kata Ara.
keduanya mengangguk.
Ara pantas melangkah ke atas.
"kesian anak kita tu bang,besar betul ujian untuk dia"kata mak embon
"saya tahu dia kuat untuk tempuh ujian ni"kata pak mad.
Ara cuba untuk melelapkan matanya.jam sudah menjangkau ke angka satu pagi tapi matanya masih segar dan tidak mahu tutup.
badannya dipusing ke kiri dan ke kanan.
dia terpandang patung beruang yang dihadiahkan oleh Tajdi sebelum majlis mereka.
Ara memeluk bear itu seeratnya.
"abang temankan Ara tidur ye"kata Ara dengan senyuman.
dia memeluk erat bear itu sambil matanya dipejamkan.
Share this novel