Terpesona

Romance Series 32056

Awal pagi itu, Chrisytal dikejutkan dengan kedatangan Reza yang tiba-tiba muncul di depan pintu rumah. Di tangan pemuda itu kelihatan sebuah plastik bewarna hitam. "Asslamualaikum. Er, saya nak bagi ni. Tadi ibu ada buatkan ketupat sotong, ni ada lebih dia suruh bagikan." plastik bertukar tangan.

"Ketupat sotong? Wah terima kasihlah Reza, awak macam tau-tau je saya sukakan ketupat sotong." Chrisytal sudah lama tidak menikmati makanan khas yang satu itu. Terakhir dia makan ketupat sotong hasil tangan Kak Ros, memang sedap. "Sama-sama. Er, petang ni awak nak ikut saya jalan-jalan kat sekitar kampung?" Reza sekali lagi menawarkan diri untuk membawanya keliling kampung. Namun belum sempat dia menjawab, Maalik tiba-tiba muncul dari arah belakang.

"Sorry, bini aku busy petang ni. Kau boleh bawa Maanif dengan Sofea kalau nak jalan-jalan, diaorang mesti suka." keras saja suara Maalik menolak ajakan Reza. "Jom sayang kita breakfast. Nenek dah tunggu tu." mood lelaki itu tiba-tiba berubah pula. Dia mencapai tangan Chrisytal lalu menutup kasar daun pintu, membiarkan Reza pulang dengan tangan kosong.

"Ei, awak. Tak sopanlah, kasian Reza." Chrisytal menampar lembut tangan Maalik yang menariknya. Kasian pula dia melihat muka si Reza tadi, haihlah pak cik sorang ni, macam budak-budak. Dia melihat wajah selamba suaminya itu sambil menggelengkan kepala.

Selesai menyiapkan keperluan Aisyah, Chrisytal menyibukkan diri sambil menyapu dedaunan kering yang gugur di halaman rumah. Petang itu, angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh terasa sungguh mendamaikan. Kalau di bandar jarang sekali dia menikmati keadaan seperti ini memandangkan dia lebih banyak berada di dalam rumah dan menyemak buku latihan para pelajarnya.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi hon motorsikal yang berhenti di betul-betul dihadapannya. "Jom." dia melihat Maalik yang tersenggih sambil memandang ke arahnya. Tangannya menepuk-nepuk tempat duduk di belakang, mengarahkan Chrisytal untuk naik. "Jom, saya bawa awak jalan-jalan pusing kampung." lelaki itu berkata. Chrisytal pula masih ragu-ragu. Yelah dia pelik tengok mood suaminya tiba-tiba sahaja berubah.

"Tak naklah. Saya takut." dia menggeleng laju. Rasa fobianya naik motorsikal memang susah nak hilang. Sebelum ini dia pernah mengalami kemalangan setelah motor yang dinaikinya terbabas dan mengakibatkan kakinya patah. Bekas jahitan juga masih kelihatan di betisnya. "It's okay, saya ada. Come." Maalik memujuknya dengan lembut. Chrisytal masih menolak sambil berpura-pura menyapu.

"Awak naik sendiri atau saya dukung. One... Two..." Chrisytal cemas apabila suaminya mulai mengugutnya. Dia turut melihat ke arah Maalik yang sepertinya tidak main-main dan masih merenungnya tajam. "Fine..." Maalik sudah berura untuk turun dari motor. "Wait wait. Sa saya naik sendiri." perlahan-lahan dia mulai memangkat ke arah tempat duduk belakang. Alah pak cik ni tak acilah, main ugut-ugut pula, ucapnya sendiri. Mahu sahaja dia mengeluarkan jurus taekwandonya tadi, tapi... Ingat apa yang Tok Mek pesan? Sabar, sabar.

Maalik tersenyum penuh kemenangan. Dia sudah tahu cara mahu menakutkan isterinya itu, cukup dengan mengugut dan dia akan mengalah. He, he tau takut. "Hold me tight. Kalau jatuh saya tak tanggung." sekali lagi dia sengaja mengenakan isterinya. Dia tahu pasti sudah berbakul-bakul kutukan yang keluar dari mulut isterinya, namun dia tidak kisah. Melihat tiada tindak balas dari si isteri, dia tersenyum kecil. "Oh, degil." Maalik berbicara di dalam hati.

"Awak!" Chrisytal menumbuk belakang Maalik dengan kuat. Dia yang masih belum bersedia, terdorong ke hadapan apabila Maalik sengaja memulas minyak dengan kuat. Maalik hanya tersenyum senget, tumbukan Chrisytal langsung tidak berbekas baginya. Dengan terpaksa, akhirnya Chrisytal mengemaskan pelukan di belakang baju si suami supaya kejadian yang diluar kawalan tadi, tidak berulang lagi. Mukanya juga sudah masam dan tidak berpuas hati.

Maalik membawa mereka berdua melalui jalan kampung yang dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau dan luas. Chrisytal teruja melihat anak-anak kampung yang turut bermandi manda di tepi parit yang berdekatan dengan bendang di situ. Mereka seakan-akan sudah terbiasa mandi dan bermain di kawasan itu. Seketika dia lupa dengan fobianya tadi. Kini dia betul-betul menikmati keadaan itu sambil tangannya didepakan dengan mata yang terpejam.

Maalik mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah isterinya yang tampak begitu gembira dari cermin sisi motornya. Terpesona dia melihat senyuman yang terukir di bibir mungil sang isteri. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu! Senyuman yang hanya mampu dilihatnya dari jauh.

Dia tidak tahu adakah isterinya itu turun mencintai dirinya, sedangkan dia tahu mereka berkahwin adalah kerana terpaksa. Andai sahaja dia bisa bertahta di hati wanita cantik itu, namun dia tahu cinta tidak bisa dipaksakan. Cepat-cepat dia menyedarkan diri dan memandang ke arah jalan raya yang lurus di hadapan.

stay safe everyone.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience