Sukar menghindar

Romance Series 32056

"Babe, jumlah nanti ramai orang dalam tu." Laura mengajak mereka untuk masuk ke rumah hantu. Kali ini, sekolah mereka terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi karnival tahunan yang melibatkan semua sekolah di bandar tersebut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dan pastinya mereka tidak mahu terlepas untuk menyertainya. "Tapi dalam tu kan gelap, kalau fobia saya datang balik, awak nak buat apa." tolak Chrisytal kerana dia masih trauma dengan kejadian yang sebelumnya. "Alah, kau ni. Aku kan ada, kau peluk je aku, okay. Please, temankan aku." pujuk Laura lagi. Seperti biasa, Chrisytal tidak dapat menolak jika sudah dipujuk sekian rupa.

"Ah, awak ni. Okaylah jum." akhirnya dia bersetuju dan Laura melompat gembira. "Bagi yang nak masuk kena cukupkan 4 orang ye, kalau tak cukup kita tak bagi masuk." ucap penjaga tiket itu. "Wei, kita ada dua orang je. Mana nak cekup 2 lagi." Chrisytal menunjukkan 2 jarinya ke muka Laura. "Alah, nak masuk rumah hantu je pun. Bukannya nak masuk meminang, nak kena cukupkan orang bagai adoii." Laura sudah merasa tidak puas hati. Dia mulai mencari dua orang untuk dibawa masuk dan meninggalkan Chrisytal sendiri. "Kau tunggu sini, aku nak cari orang dulu." pesannya.

"Finally." ucap Laura setelah berjaya menemui dua orang yang berminat untuk masuk bersama mereka. "Settle. Jom, im so excited." katanya lagi sambil meluru ke hadapan barisan, meninggalkan Chrisytal yang masih terpaku melihat figura yang dibawa Laura. "Cikgu Maalik." detik hatinya terkejut. "Hai, tadi kawan awak cakap tak cukup orang nak masuk, jadi dia ajak saya." tegur cikgu Maalik yang berdiri di hadapannya. "Aa? aa, ya be betul tu. Er, mana satu orang lagi? " tanya Chrisytal pelik melihat lelaki itu keseorangan. "Tadi cakap 2 orang, ni 1 je dia bawa balik." bisik Chrisytal di dalam hati.

"Tuuuu..." cikgu Maalik menunjuk ke arah depan dan dia melihat Ashraf, teman sekelas mereka sudah berbaris bersama Laura. "Sini, sini." Laura melambai laju. Chrisytal akur dan bergerak ke arah mereka. "Kurang asam punya kawan." katanya perlahan tidak berpuas hati. "Awak betul ke nak masuk dalam? Tak takut gelap dah?" tanya cikgu Maalik sebelum mereka masuk ke rumah hantu itu. "Aa, sa saya dipaksa he...he..." balasnya sambil menunding jari ke arah Laura. Lelaki itu hanya tersenyum dan berjalan mendahuluinya.

Gelap, sejuk dan seram. Itulah yang dapat digambarkan oleh Chrisytal tentang keadaan di dalam rumah hantu itu. Mereka hanya dibenarkan masuk 4 orang dalam satu-satu masa. Bunyi muzik yang tegang, menaikkan lagi suasana seram di dalam itu. "Oii mak kau hijau!" latah Laura apabila disergah oleh satu figura yang memegang kapak. Mukanya seperti ditoreh dengan rambut yang mengurai, kusut dan badan yang sedikit tinggi. Chrisytal yang berada di posisi paling belakang juga terkejut lalu menutup matanya. Mereka berjalan perlahan-lahan melewati ruangan yang gelap dan sejuk itu.

"Aaahhhh." Chrisytal langsung memeluk orang di hadapannya kerana terkejut kemunculan sosok pocong di belakangnya. "Suhhh, its okay. Itu oranglah." pujuk orang yang dipeluknya, siapa lagi kalau bukan cikgu Maalik. "Taa, takut." balasnya sambil menekup mukanya di belakang cikgu Maalik. Bukannya dia sengaja untuk mengambil kesempatan namun dia benar-benar terkejut dengan sergahan itu. "Hold me tights, then tutup muka jangan tengok. Okay?" arah Cikgu Maalik mulai risau melihat tubuh Chrisytal yang mulai gementar takut. Dia hanya mengganguk laju dan tidak melepaskan pegangannya di belakang baju Cikgu Maalik. Lama-kelamaan, pegangan itu menjadi semakin erat kerana ketakutan mulai menguasai dirinya.

"Eeii, dia hantu aku hantu eh." latah Laura kadang-kadang kedengaran. Bunyi teriakannya juga tidak kalah jauh dengan latahnya. "Akhirnyaa, berjaya juga kita keluar. Yuhuu." teriak Laura kegembiraan setelah mereka keluar dari pintu belakang. "Eh, mana Ann? Ann, come out. Where are you?" Laura risau melihat kelibat sahabatnya tiada di belakangnya. "She is here." sebut cikgu Maalik sambil menunjukkan ke arah belakangnya. Chrisytal di belakangnya hanya mendiamkan diri sambil mengatur nafas akibat terlalu takut tadinya. "Are you okay?" tanya Laura prihatin. "Saya okay, cuma takut sikit." balas Chrisytal tidak mahu memandang ke arah Cikgu Maalik yang sedang merenungnya. Dia masih malu dengan kejadian tadi.

"Oh ya, btw thank you cikgu and thank you Acap sebab dah sudi temankan kita orang masuk, hehe." Laura mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maalik dan Ashyraf. "No prob." balasnya pendek. "Okaylah, cikgu ke booth dulu. Take care of her." ucap Cikgu Maalik menunjuk ke arah Chrisytal sambil berlalu pergi. "Take care? Kau sakit ke wei? Aku risaulah." Laura merenung ke arahnya. "Yelah, awak mana nak perasan, asik melatah je dari tadi. Ingatkan berani sangat, hempeh betul. Dahlah tak nak kawan." usik Chrisytal lalu berlari meninggalkan Laura di belakang. "Wei, tunggulah." Laura mengejar langkah sahabatnya yang sudah jauh di hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience