Bersalah

Romance Series 32088

Matanya yang agak sembam akibat terlalu banyak menangis semalam, diperhati melalui cermin. Keluhan berat dilepaskan. Rasa pening di kepala juga semakin menyukarkan Chrisytal untuk berdiri dan memebersihkan diri. “Aww, sakitnya…” adunya perlahan sambil memegang kepalanya yang berat. Dengan sisa kudrat yang ada, dia lantas berdiri dan bergerak untuk bersiap ke sekolah.

Semasa di dalam kereta, dia hanya lebih banyak mendiamkan diri apabila ditanya oleh Kak Ros. Dia tidak mahu wanita yang sudah dianggapnya kakak itu, risau tentang keadaannya. “Anne, cuti ni akak balik kampung suami akak tau. Anne tak apa ke tinggal sorang-sorang kat sini?” tanya Kak Ros sambil matanya fokus, memandu. Ya, cuti sekolah akan bermula minggu ini, namun dia tidak kisah ditinggalkan sendiri oleh Kak Ros, kerana dia dan Laura sudah berjanji untuk melancong bersama.

“Takpa kak, Anne tak kisah pun. Lagipula kawan Anne, Laura yang posting kat Sabah nak bercuti kat sini.” jawabnya perlahan, tidak mahu Kak Ros terlalu khawatir tentang keadaannya nanti. “Oh, molek lah gitu. Akak taklah risau sangat tinggalkan kamu sendiri nanti. Tapi kalau ada apa-apa, kamu bagitau akak ye.” ujar Kak Ros, sebelum mereka sampai dan masuk ke perkarangan sekolah. Dari jauh, hati Chrisytal sudah berdebar-debar. Dia risau jika terserempak dengan Arif, selepas kejadian semalam.

“Hei, Anne? Buat apa lagi tu? Kita dah sampai, jum turun.” suara Kak Ros mengejutkan dia daripada terus mengelamun. Senyuman cuba diukir di wajah dengan terpaksa dan perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik guru. Meja Arif, yang bertentangan dengannya diperhati namun tampaknya meja itu belum diduduki oleh sesiapa. Dia melihat jam di tangan sudah menunjukan pukul 6.55 pagi. “Bah…” Kejut seseorang dari arah belakang. Chrisytal yang terkejut, lantas menoleh dengan laju. “Ee, cikgu Fatimah ni, saya ingatkan siapa tadi. Terkejut saya tau.” dia menampar kuat lengan Fatimah yang sudah ketawa lepas di belakangnya.

“Ha, aku ler. Mung ni mengelamun je dari tadi.” ucapnya, setelah selesai ketawa. Dia sempat menyapu sisa air mata akibat terlalu kuat melepaskan ketawa dengan reaksi sahabatnya itu. “Ni, aku nak ajak mung ke gate kawal budak, macam biasa.” sambungnya untuk memberitahu tujuan asal dia ke situ. Nanti, tidak pasal-pasal pula sahabatnya itu merajuk. “Oh, hampir terlupa pula. Eh, jumlah.” Chrisytal berdiri, lalu mengekori langkah Fatimah untuk menuju ke gate utama sekolah.

Sebaik pulang dari tugas mengawal pergerakan masuk pelajar di gate pagi itu, dia sempat menoleh ke arah meja Arif yang masih lagi kosong. Chrisytal tiba-tiba risau dan jauh di dalam lubuk hatinya, dia mulai merasa bersalah. “Mana dia? Takkan last day sekolah pun dia tak hadir.” bisiknya sendiri, di dalam hati. Jarang-jarang dia melihat Arif mengambil cuti, semenjak dia mulai mengajar di situ. “Ah, buat apa kau risau dengan dia. Kau sakit ni pun sebab dia, padanlah.” sekali lagi, hatinya berbisik menyedarkan dirinya. Kepalanya diangguk sendiri.

“Bye teacher. See you.” “Goodbye miss, have a nice holiday.” antara ucapan dari anak muridnya, sebelum mereka keluar dari pintu kelas. Pastinya, masing-masing berasa gembira untuk memulakan musim cuti sekolah dan dapat meluangkan lebih banyak masa di rumah. “Bye kids. Happy holiday and don’t forget to do your homeworks.” arahan biasa daripada seorag guru yang tidak mahu murid-muridnya, leka dan mengabaikan tugasan. Chrisytal tersenyum melihat satu-satu mereka melangkah keluar dengan keceriaan di wajah.

“Fuh lega…” sesampai di rumah sewannya, Chrisytal lantas mengambil peluang untuk meluruskan badan di atas sofanya yang empuk. Sesiapa sahaja yang melihat anak dara ini, pasti akan tergeleng-geleng dengan kelakuannya yang tidak senonoh. Belum mandi, tapi sudah langsung berbaring sambil mengeliat pulak tu. “Hmm, oh ya Laura.” dia mencapai telefon pintar di dalam beg, lalu menghubungi sahabat karibnya, Laura. Tidak sabar mahu mengetahui jadual penerbangan Laura ke situ.

“Annyeonghaseyo…” teriaknya, setelah talian berjaya disambungkan. “Wei, apasal kau ni. Boleh cacat pendengaran aku kalau kau teriak macam ni selalu tau tak.” seperti biasa, Laura pasti terus menyemburnya dengan laju. Chrisytal hanya ketawa setelah berjaya mengusik kawannya itu. “Bila fly?” tanyanya sudah tidak sabar mahu melancong bersama Laura. “Anne, sorry lah. Aku tak dapat kot nak bercuti dengan kau sebab aku nak kena balik ke Sarawak.” ucap Laura dengan nada yang sedih.

Lama keadaan sepi, sebelum tiba-tiba Laura menjerit. “Tapi boong. Ha ha ha…” puas dia dapat mengenakan sahabatnya itu balik. Dia sebenarnya juga tidak sabar mahu berjumpa dengan Chrisytal, setelah lama terpisah akibat komitmen masing-masing. “Hish, awak ni kan.” rajuk Chrisytal setelah hampir sahaja dia menangis, membayangkan masa cutinya nanti keseorangan. Laura hanya ketawa besar.

Enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience