Takut

Romance Series 32056

Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan bunyi siren dan bergegas keluar dari khemah masing-masing. Chrisytal hampir ketawa melihat muka mamai Laura di sebelahnya dengan rambut yang kusut dan hanya berkaki ayam. "Mana selipar awak?" bisik Chrisytal sambil menahan ketawa, kasian pula jadinya. "Kaulah lari tak tunggu aku. Aku tak menyempat nak menyarung alas kaki." jeling Laura tajam. Chrisytal berusaha menutup mulut menahan ketawa melihat reaksi kawannya itu. "Alah sorrylah, awak tidur mati tau tak. Saya kejut suruh cepat awak masih liat nak buka mata." pujuk Chrisytal meredakan rajuk Laura tapi dia hanya dihadiahkan jelingan padu.

Selesai bersenam, mereka pun bergerak untuk mandi dan membersihkan diri. Sepanjang hari itu, pelbagai aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dijalankan. Laura yang dilihat kuat selama ini, asik mengeluh kesal dari tadi. "Ann, serious. Tahun depan aku tak nak ikut lagi." keluh Laura perlahan. "Why babe? Best kot, new experience." Chrisytal memujuk Laura. "Mana tahan, dari tadi disuruhnya berjemur, mandi lumpur and now what? Ditinggalkan sendiri dalam gelap?" Laura menolak aktiviti burung hantu yang diadakan pada malam hari. "Alah, anak mummy ni. Tahan lah sikit, lagipun esok last kan." pujuknya lagi. Dia faham selama ini Laura tidak pernah mengikuti aktiviti lasak kerana dia lahir dari keluarga yang senang dan dimanja.

Chrisytal juga sebenarnya mempunyai rasa fobia dengan kegelapan dari kecil. Semenjak papanya meninggal, dia tidak pernah suka tinggal dalam keadaan gelap kerana dia akan mudah berasa takut dan menangis. Namun kesempatan malam itu, ingin dia jadikan sebagai cabaran untuk mengatasi rasa takutnya. "Kau okay tak ni dalam gelap sorang-sorang? Kau dah dapat atasi fobia kau?" tanya Laura risau. Dia sudah mengetahui kelemahan kawannya itu semenjak peristiwa lampu di asrama tiba-tiba terputus bekalan dan Chrisytal menangis ketakutan. "I am okay, saya akan cuba atasi ketakutan ni perlahan-lahan." senyum Chrisytal memberikan keyakinan kepada kawannya itu. "Sure? Kalau kau tak sanggup kau bagitau aku eh, nanti aku inform cikgu." Laura masih prihatin dengan keadaan Chrisytal. Dia hanya mengganguk dan menepuk lembut bahu Laura.

"Cikgu nak kamu semua ikat bandana ni dekat mata sendiri dan tunggu sehingga ada orang yang bawa kamu ke suatu tempat okay? Ingat jangan buka selagi belum dengar bunyi wisel ni." suara cikgu Kamal memberikan arahan dan mereka mulai menutup mata. Chrisytal mengatur nafasnya dan berusaha untuk menenangkan diri sendiri. "Come on, Ann. You can do this." bisiknya sendiri memberikan semangat. Lama kelamaan bunyi bising di dalam dewan mulai pudar, menandakan murid-murid sudah dibawa ke tempat yang mereka tidak tahu dimana. Giliran Chrisytal pula dibawa ke suatu tempat, namun semakin lama dia merasakan dia sudah semakin jauh dari lokasi tadi.

"Er, hello? Masih jauh lagi ke?" tanyanya kepada orang yang sedang memimpin langkahnya itu. Namun, tiada balasan yang dihasilkan oleh orang itu. "Duduk" arah suara itu kasar. Chrisytal hanya menurut dan duduk perlahan lahan kerana dia tidak dapat memastikan keadaan di sekelilingnya dengan mata yang tetutup kain. Perlahan-lahan langkah itu mulai kedengaran menjauh, meninggalkan dia sendiri. Chrisytal merasakan keadaan di sekitarnya ketika itu sangat sunyi dan hanya bertemankan bunyi binatang hutan yang saling bersautan. Nyamuk mulai agresif menyerang dirinya yang hanya beralaskan tshirt berlengan pendek. Sungguh lama keadaan itu berlalu, namun tiada bunyi wisel pun kedengaran di telinganya. Hatinya perlahan-lahan disapa rasa cemas dan rasa takutnya dengan kegelapan mulai timbul. Dia mulai menangis namun masih tidak berani untuk menanggalkan balutan di mata. "Mamaaa." tangisnya perlahan sambil memeluk lututnya. Dirinya mulai dipenuhi dengan fikiran yang menakutkan.

Dari jauh dia memdengar namanya dipanggil namun dia tidak mempunyai keberanian untuk menyautnya. Mulutnya seperti dikunci dan rasa takutnya semakin bermaharajalela. Tiba-tiba, tubuhnya dipeluk oleh seseorang, erat. Tangisannya mulai kedengaran kuat. "Hei, hei suhhh. Calm down, i am here and you are safe now." pujuk suara itu sambil mengusap lembut rambutnya. "I am scared, help." Chrisytal memeluk erat tubuh itu sambil badanya bergetar ketakutan. Balutan di matanya dibuka perlahan, dan dia melihat wajah cikgu Maalik begitu hampir dengannya. "Suhh, dah jangan nangis lagi." pujuknya tidak henti-henti. Chrisytal mulai berasa tenang di dalam pelukan itu namun perlahan-lahan badannya mulai lemah dan pandangan kembali gelap.

Macam mana nak atasi rasa fobia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience