Permulaan

Romance Series 32088

"Su, i need to talk to you. Now!" Maalik tidak kisah dengan wajah Suraya yang sudah dibasahi dengan air mata. Perempuan itu masih sahaja merayu-rayu untuk dimaafkan. "Maalik. I am so sorry, i tak tau benda ni akan jadi macam ni." Suraya mulai membela diri. Dia tidak mahu terus menerus disalahkan oleh lelaki itu.

"Benda apa? You dah cederakan isteri i. Isteri i sakit disebabkan you and now i need your explanation. I nak tau kenapa you pukul isteri i sampai macam tu sekali." Maalik memandang Suraya tajam sambil menantikan jawapan dari wanita itu. Dia sebenarnya tidak menyangka bahawa kawan baiknya sendiri bakal menyakiti isterinya.

"I, i cuma nak ambil balik hak i. I rasa dia salah sebab rampas hak i. That is why, i bertindak macam tu." Suraya masih cuba berselindung dengan memberikan alasan supaya Maalik bakal bersimpati dengannya.

"Hak apa yang isteri i rampas dari you. Ha?! Hak apa? Tell me." Maalik juga bingung. Hak apa yang diambil oleh Chrisytal daripada Suraya. Bukankah mereka baru sahaja bertemu. "You! You adalah hak i, Maalik. I tak mau sesiapa pun rampas you dari i. Even her." Suraya tidak mahu bersembunyi lagi. Kali ini lebih baik dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Biar lelaki itu jelas dengan perasaannya yang sudah lama terkubur.

"I am willing to do anything in order to get you. I sanggup buat apa saja asalkan you pilih i, Maalik." sambung Suraya lagi. Kali ini dia lebih nekad dengan mencuba untuk meraih lengan lelaki itu. "Shit! Enough Suraya. Selama ni aku anggap kau tidak lebih dari kawan, itu je. We are not meant to be together, Suraya." Maalik menepis kasar tangan Suraya yang sudah mulai merayap di badannya.

Jika dulu dia membenarkan perlakuan Suraya ke atas dirinya hanyalah kerana dia tahu sifat Suraya yang sememangnya manja dan senang bergaul dengan orang lain. Dia juga tidak pernah berniat sekali pun mahu menyimpan rasa suka terhadap temannya itu. Dia sudah menggangap Suraya sebagai teman sejak kecil dan tidak akan pernah lebih dari itu.

"From now on. Kalau kau sayangkan persahabatan kita, kau lupakan perasaan kau dan stop sakiti isteri aku. Tapi kalau kau masih berdegil, kau jangan salahkan aku kalau aku putuskan persahabatan kita. Keep that in your mind, Nur Suraya binti Muhammad." Maalik berjalan meninggalkan Suraya yang tersentak dan menangis-nangis.

Kini Maalik sudah mengetahui penyebab perbalahan di antara isteri dan sahabatnya itu. Dia sungguh merasa bersalah terhadap isterinya yang terluka hanya disebabkan Suraya ingin memiliki dirinya. Maalik segera bergegas pulang ke rumah untuk menemui isterinya dan meminta maaf.

Selesai membersihkan diri, Maalik masuk ke dalam bilik dan melihat isterinya itu baru sahaja selesai makan. "Awak ke mana tadi?" Chrisytal pelik melihat wajah suaminya yang dari tadi tidak lepas dari memandangnya. "Ada jerawat baru ke tumbuh dekat dahi aku?" Chrisytal bermain dengan perasaan sendiri.

"I am sorry. Tadi saya ada hal sikit then saya baru je lepas mandi. Kenapa? Awak dah tak tahan rindukan saya ke?" Maalik kembali dengan mood mengada-gadanya. Dia sengaja mahu menduga reaksi dari si permaisuri hati. Malangnya dia hanya mendapat lontaran bantal yang tepat mengenai dadanya.

"Aww... You hurt me, sakitnya." dia berpura-pura memegang dadanya. Mukanya pula dibuat seoleh sedang dalam kesakitan. "Awak? Eh, please don't die yet. Saya belum ready nak jadi janda." Chrisytal tidak mahu kalah dengan lakonan budak-budak suaminya itu. Adakah patut kena lempar dengan bantal yang lembut, terus pengsan. Haih, suami siapalah ni.

"Sayang? Tak baik tau cakap macam tu. Nanti saya mati betul-betul awak juga yang merana, menangis tak sudah-sudah." Maalik mulai memanjat ke atas katil, menemani isterinya yang duduk bersandar di kepala katil. Bila lagi dia dapat berdua-duan dengan isterinya seperti itu, he he...

"Biarlah. Saya masih boleh cari yang lain. Bye bye pak cik..." Chrisytal sengaja mahu memanas-manaskan suaminya. Ketawa jahatnya ditahan supaya tidak kelihatan. Maalik yang mendengar jawapan spontan si isteri, terus menjengkelkan mata.

"What did you say? Cari lain? Amboi, berani awak eh." Maalik bersiap sedia mahu menyerang isterinya yang sudah menunjukkan reaksi nakalnya. "Bluerrkkk... I don't care." lidahnya sengaja dikeluarkan untuk mengejek. Rasanya kemenangan sudah berada di pihaknya. Keh keh keh....

"You are so naughty..." Maalik menarik tubuh isterinya dari terus bersandar dan membaringkan dia di atas katil. Kedua-dua lengan isterinya dikunci dengan rapat, tidak membenarkan isterinya itu melepaskan diri. "Let us see. Siapa yang akan menangis..." bisik Maalik dengan romantis di tepi telinga Chrisytal.

Chrisytal yang dari tadi aktif, tiba-tiba menjadi kaku. Hatinya sudah berlari kencang, nafasnya sudah turun naik. Dia cuba mengawal rasa debaran yang semakin menguasai diri. Silap besar kau kacau dia tadi Anne. Kau memang silap. Chrisytal berkata sendiri di dalam hati.

Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil menyalahkan diri sendiri. Bibir bawahnya digigit, sedaya upaya dia mengawal riak biasa. Namun tindakannya itu semakin membuatkan Maalik tergoda dan suaminya sudah memasang senyum nakal.

"Are you trying to seduce me sweetheart?" bisikan menggoda keluar dari mulut suaminya. Chrisytal menggelengkan kepala laju. "No?" Maalik turut menggelengkan kepala. Dalam hati dia sudah menahan ketawa melihat wajah takut isterinya. "But you make addicted, darling" bicara Maalik dengan perlahan. "And now, you are grounded." sambungnya lagi dengan nada yang nakal.

Attention please!! Chapter yang berikutnya mengandungi unsur-unsur 18 tahun ke atas. Jadi bacaan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri ya. Salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience