Mama?

Romance Series 32056

"Terima kasih kerana menghubungi kami cik, memang pihak kami sedang mencari seorang pengunjung budak yang dilaporkan hilang tadi. Boleh kami tau nombor bilik cik?" suara pengurus chalet menjawab di talian. "Boleh, boleh. Lagipun dia tengah tidur sekarang, eloklah kalau bapa dia angkat. Bilik nombor 10 ya." balas Laura sambil mengganguk kepala. "Ha, kau siapkan budak tu. Bapa dia datang ambil. Hish, macam mana lah bapa dia cuai sangat sampai tak perasaan anak dia hilang." bebal Laura marah. "Aku kalau jumpa bapa dia, aku tumbuk bagi sedar sikit." sambungnya lagi belum selesai membebel.

*Tok tok tok* bunyi pintu mereka diketuk. "Kau tunggu jap, aku pergi bukakan." Laura laju meluru ke depan lalu membukakan pintu. "Aih, sunyi je Laura. Tadi kata nak bertumbuk bagai." ucap Chrisytal sendiri sambil mendukung Aisy yang ketiduran pulas. Dia lalu menuju ke depan pintu untuk menyerahkan Aisy kembali, namun langkahnya terhenti melihat sosok yang berdiri di depan pintu sambil merenung ke arahnya tajam. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki itu, kini wajahnya sedikit berubah. Muka itu semakin tampan dihiasi dengan jambang nipis yang dipotong rapi, sesuai dengan bentuk mukanya. Fizikal lelaki itu juga jauh lebih maskulin dari sebelumnya. Mereka terdiam sambil merenung ke arah masing-masing.

"Ehemm.." batuk Laura menghentikan keadaan kaku itu. Chrisytal hanya berdiri tegak tidak tahu untuk menunjukkan reaksi apa kerana hatinya sedang berdegup kencang. "Pisshh. Bagilah. Tuuu." muncung Laura panjang mengarahkan Aisy yang digendongnya. "Oh, aa. Sorry." Chrisytal menyedari tujuan lelaki itu datang ke situ. Dia bergerak menuju ke depan dengan riak yang ditahan untuk menyerahkan Aisy yang masih lena kepadanya. Kedudukan mereka begitu dekat sehingga tangan mereka bersentuhan, menghantar satu rasa yang cuba dikikisnya dari dahulu.

"Mamaaa..." nangis Aisy tiba-tiba terbangun di dalam pelukan lelaki itu, mungkin tidak selesa bertukar tempat. "Mama?" ucap lelaki itu pelik sambil mengelus perlahan kepala anaknya. "Mama.." angguk Aisy laju sambil menunding jari ke arah Chrisytal. "Mama?" giliran Chrisytal pula menunding jari ke arahnya sendiri, bingung. Dia tidak pernah pulak mendengar Aisy memanggilnya mama dari mereka berjumpa tadi. Laura menutup mulut menahan ketawa melihat reaksi terkejut kawannya itu.

"I want mama." tunjuknya lagi sambil merengek minta digendong oleh Chrisytal. Semakin kuat pula dia meronta-ronta minta dilepaskan. "Its okay, biar saya yang handle dia sekejap." Chrisytal kasihan melihat muka Aisy yang sudah kemerahan ditambah lagi dengan wajah risau lelaki itu. Chrisytal mengambil semula Aisy dari dalam dakapan lelaki itu perlahan-lahan. "Okay, now, tell me what do want you to do?" pujuknya perlahan sambil menghapus sisa air mata di wajah Aisy. "Play sand." jawabnya pendek lalu menarik tangan Chrisytal untuk menuju ke pantai. Dia memandang ke arah lelaki itu untuk meminta kebenaran dan lelaki itu hanya mengangguk setuju.

Jangan lupa comment, tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience