Popular

Romance Series 32056

Sambutan Hari Guru merupakan salah satu acara wajib yang disambut pada setiap tanggal 16 Mei bagi semua sekolah di Malaysia. Sekolah Menengah Kebangsaan South juga tidak ketinggalan dengan menggunakan tema "Back To School" pada tahun ini.

Para guru yang sudah mengenakan pakaian seragam sekolah akan diarak menggunakan bas sebelum masuk ke dalam dewan. Murid-murid berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat guru guru mereka lengkap berpakaian sekolah.

"Wei, aku dah tak sabar nak tengok cikgu Maalik pujaan hati aku, mesti hensemkan." suara pelajar perempuan yang duduk di sebelah Chrisytal. "Ya, aku pun sama wei." saut rakannya. Mereka saling menunjukkan keterujaan dan tidak henti-henti meramal penampilan cikgu Maalik.

"Mesti dia nampak macam pelajar sekolah betul-betul kan, dah lah tinggi, gagah pulak tu." puji mereka lagi. "Aku harap, dia menang lagi gelaran cikgu paling hensem macam tahun lepas, eee tak sabarnya." ujarnya lagi.

Ya, setiap tahun sekolah ini akan mengadakan pertandingan-pertandingan seperti itu dalam kalangan guru manakala para pelajar akan diberikan pilihan untuk mengundi guru yang mereka ingini. "Ish, bisinglah mulut diorang ni. Mengedik tak tentu tempat." bisik Laura marah.

"Biarlah, diorang senior kita. Nak tegur nanti kita yang salah." balas Chrisytal sambil berbisik. Laura hanya mengganguk sambil berpeluk tubuh tanda tidak puas hati. Chrisytal juga sebenarnya tidak sabar ingin melihat penampilan guru-guru yang lain, namun dia paling menantikan kemunculan cikgu.. "Ah, sudahlah. Jangan nak berangan lebih sangat." larang hatinya. Dia kembali rancak berbual dengan Laura.

"Mengumumkan perarakan masuk guru-guru Smk South, semua pelajar diminta untuk berdiri.." suara pengacara majlis menghentikan seketika kebisingan di dalam dewan. Satu demi satu guru disambut masuk ke dewan dengan berpakaian sekolah.

"Seterusnya, Cikgu Maalik. Guru yang paling popular di sekolah kita dan merupakan juara bertahan bagi guru paling hensem dua tahun beturut-turut, namun apakah rekod ini akan berjaya dikekalkan?" tanya pengacara majlis yang disambut dengan bunyi tepukan yang gemuruh dari para pelajar.

"Uii na, tidakkah cair hati saya ni" cakap seorang pelajar perempuan dengan slang Sabah yang pekat. "Apuu, sigat amai (Astaga, hensem betul)." balas seorang lagi pelajar perempuan dengan menggunakan bahasa Iban.

Mereka sungguh terpesona melihat ketampanan cikgu Maalik yang mengenakan seragam sekolah bewarna putih dan berkaca mata itu. Hati Chrisytal turut berdebar-debar dan tidak dinafikan, penampilan lelaki itu sungguh bergaya.

Cikgu Maalik kemudian mengambil tempat duduk di hadapan pentas bersama-sama guru yang lain. Secara tidak sengaja, mata mereka bertembung. Sesaat, dua saat, dan Cikgu Maalik mengerdipkan sebelah matanya dengan satu senyuman tipis. Jantungnya kembali berdetak kencang, mungkin lebih kencang dari sebelum ini.

"Oh my god". ujar Chrisytal laju sambil menundukkan mukanya, memandang lantai. "Eh, kau kenapa ni?" tanya Laura yang sedikit tekejut dengan perlakuan sahabatnya yang tiba-tiba sahaja menunduk. "Ha? Er, takda apa-apa." balas Chrisytal.

"Dah tu, kenapa muka kau merah? Kau okay tak ni? tanyanya prihatin. Chrisytal hanya mengganguk laju sambil memegang pipinya. Ya, pipinya memang terasa sangat panas dan jantungnya berdegup sangat kencang saat ini.

"Kenapalah aku tengok dia tadi, aduh." bicaranya di dalam hati. Chrisytal kembali menenangkan diri dan berlagak santai. "Harap-harap tiada siapa yang perasan." cakapnya lagi. Sepanjang majlis itu, dia berusaha untuk tidak memandang ke hadapan, kerana dia tidak mempercayai matanya sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca, stay tuned untuk bab yang seterusnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience