Topi

Romance Series 32685

Semenjak peristiwa itu, Cikgu Suraya seakan-akan tidak gemar melihatnya. Jika mereka berselisihan di sekolah, cikgu Suraya hanya akan berlalu pergi dengan wajah yang sombong.

Dia yang tidak mengerti dengan keadaan itu, berasa aneh kerana sebelum ini, mereka tidak pernah bercakap atau cikgu Suraya tidak pernah mengajar di kelas mereka.

"Yoo, thats not cool, yoo really? Cikgu tu boleh pergi macam tu je?" cakap Laura ketika mereka bertembung dengan cikgu Suraya di laluan kelas. "Entahlah, saya pun tak faham. Mungkin dia tengah bad mood kot, dahlah jum masuk kelas." ajak Chrisytal. Dia cuba berfikiran positif sahaja.

Petang itu, Ann dipaksa untuk menemani Laura berlatih hoki di padang sekolah. "Ann, jomlah teman aku. Kau pun bukannya busy petang ni kan? Hari sabtu kot." ajak Laura.

"Wei, siapa cakap saya tak busy? Hari sabtulah masa-masa keemasan untuk tidur tau tak. Dahla awak pergi la sendiri, saya malas lah." jawab Chrisytal sambil memeluk bantal di atas katil. Dia sudah berura-ura untuk tidur. "Sampai hati kau kan buat kawan kau macam ni. Yelah aku pergi sendirilah, aku bukannya penting pun bagi kau kan hmm." cakap Laura yang berpura pura merajuk.

"Eei awak ni kan. Yelah-yelah, saya temankan awak." balas Chrisytal malas sambil bangun dari pembaringan. "Yes, sebab tu aku sayang kau Ann, he he. Nanti aku belanja kau cendol depan sekolah eh." pujuk Laura. Chrisytal hanya memandangnya geram. "Rosak plan tidur aku." katanya sambil memandang bantal peluknya.

"Okay, cikgu nak awak semua bahagikan kepada 2 kumpulan. Tak kesahlah lelaki ke perempuan. Campur pun boleh, yang penting cikgu nak 2 kumpulan." arah cikgu Maalik kepada anak buahnya. Chrisytal yang datang menemani Laura hanya duduk santai di tepi padang.

Dia hanya memandang ngeri, bola hoki yang keras itu. "Ini kalau kena kat gigi, mau retak semua gigi aku ni hu hu..." detik hatinya sendiri. Cahaya matahari pada petang itu agak sedikit panas namun angin pantai yang berdekatan dengan sekolah, menyejukan keadaan. Chrisytal cukup menikmati suasana itu sambil menutupkan matanya. Dia merasa sungguh tenang.

"Nah, pakai ni." sebuah topi dihulurkan kepadanya. Chrisytal memandang topi itu dan melihat siapa pemiliknya. "Pakailah, panas sangat hari ni. Nanti awak pengsan pula macam hari tu." tegur suara itu dengan prihatin.

Chrisytal mengambil huluran itu dengan ragu-ragu sambil matanya memandang sekeliling. Dia takut jika ada yang memerhatikan mereka, namun semua orang kelihatan begitu leka dengan permainan di atas padang. "Jangan takutlah, nah." hulurnya lagi.

"Er, terima kasih cikgu, nanti saya pulangkan balik." balas Chrisytal. Cikgu Maalik hanya tersenyum dan berlalu pergi ke kerusi jurulatih di tepi padang. Chrisytal memerhati figura lelaki itu dari jauh. "Kenapa dia baik sangat dengan aku? Kenapa dia care sangat pasal aku? ke perasaan aku saja?" bertubi tubi persoalan yang muncul di benak fikirannya.

Semakin dia coba untuk menjauhkan diri, semakin dekat pula lelaki itu dengannya. Dia tidak mahu terus hanyut dengan perasaan yang dia tidak yakin dengan pengakhirannya.

"Fuhh, finally. Penat betul aku." ucap Laura yang baru selesai dengan latihannya. "Thanks sebab sudi temankan aku, dah jom balik." cakapnya lagi. "Its okay, kitakan kawan. Okay jom balik, saya dah lapar sangat ni." balas Chrisytal. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Eh, jap saya terlupa sesuatu. Mana cikgu Maalik?" tanyanya kepada Laura. "Ha, kau rindu dia eh?" tuduh Laura. "Oi, mana ada la. Ni ha saya nak pulangkan topi dia." "Wait, what? Topi? Cikgu Maalik bagi kau pakai topi dia? wow, interesting, hmm." ujar Laura seolah-olah sedang berfikir.

"Aip, jangan nak start dengan imaginasi liar awak tu eh." marah Chrisytal. "Okay, i will let you go this time. Tapi lain kali kau kena cerita dengan aku, janji?" rayu Laura. "Yelah, yelah." jawabnya. "Dah, jum cari cikgu Maalik dalam stor sukan." ajak Laura.

"Cikgu Maalik kat mana?" tanya Laura kepada Stefan, senior sekolah mereka. "Cikgu Maalik dah balik tadi. Dengar cerita ada emergency case, entahlah betul ke tak. Tapi dia dah balik awal tadi. Ha kenapa cari dia?" tanya Stefan. "Ni, kawan ak.." belum sempat Laura menghabiskan perkataannya, Chrisytal lantas menutup mulutnya.

"Ha? Takda apa-apa. Sorry ganggu abang." jawab Chrisytal sopan. Dia terus menarik lengan Laura dan berlalu dari situ. "Kau dah kenapa ni?" tanya Laura sebaik sahaja Chrisytal melepaskan lengannya. "Awak dengarkan cikgu takda kat situ tadi. Takpalah esok saya pulangkan topi dia." balasnya.

"Ha, baguslah malam ni kau peluk topi tu sambil tidur ye. Bayangkan cikgu Maalik tengah dodoikan kau tidur. Fuhh. Kalau aku, auto buuulan madu di awan biru, tiada yang menggangu.." nanyi Laura sambil mengusiknya.

"Eii, kau kan main kasar eh. Sini kau." balas Chrisytal sambil mengejar Laura yang sudah berlari menyelamatkan diri. "Emergency case? kenapa eh?" ujar hatinya risau.

Semangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience