Berbeza

Romance Series 32056

“Maalik.” pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Arif sambil memandang wajah Chrisytal dengan rasa yang bercampur-baur. Dia tahu, wanita itu menyimpan perasaan terhadap sahabatnya, Maalik sejak pertemuan awal mereka di restaurant tempoh hari. Ditambah lagi, dengan peringatan Suraya kepadanya semasa mereka balik dari bermain badminton, minggu lepas. “So, how are you with that girl?” Suraya bertanya, setelah mereka masuk ke dalam kereta,sementara menunggu Chrisytal keluar dari dewan badminton.

“So far, we both kawan satu office je. Why are you asking?” Arif pelik melihat Suraya yang tiba-tiba berminat untuk membahas pasal wanita pujaan hatinya itu. “Oh, I ingatkan you both in relationship cause I know you love her. Jangan nak tipu I ye.” Suraya meneka dengan tepat, namun dia masih ragu-ragu untuk meluahkan tentang perasaanya. “Cuma I nak ingatkan you, jaga that girl elok-elok. Dulu dia nak rebut Maalik dari I,sampaikan Maalik abaikan I macam tu je. Kalau boleh, ikat dia cepat-cepat.” pesanan terakhir Suraya, masih terngiang-ngiang di telinganya, namun pada awalnya dia tidak mahu percaya.

“Am I right?” sekali lagi, Arif menekankan suaranya. Mahu mendengar pengakuan dari mulut wanita itu sendiri. “No, you are wrong. Antara saya dengan dia, kita orang tak ada apa-apa hubungan. He was my former teacher, nothing more than that.” Chrisytal membela diri dengan menahan rasa sebak di dada. Sedih dengan tuduhan melulu lelaki itu kepadanya. “Ah, jangan cuba nak tipu I. kalau betul you tak cintakan dia, then why you tolak lamaran I, ha?” Arif mencengkam kedua-dua belah bahnya dengan kuat. Tidak merasa tindakkannya itu kasar dan menyakiti tubuh Chrisytal.

“Arif, stop. You hurt me.” Chrisytal meronta-ronta minta untuk dilepaskan sambil menahan rasa perit akibat cengkaman kuat lelaki itu. “Arif, let me go!” dia masih berusaha untuk meleraikan pegangan kejap Arif. Semakin kuat dia meronta, semakin kuat genggaman tangan Arif ke atas bahunya. “Tuan, lepaskan dia.” seorang wanita separuh umur datang dari arah belakang untuk menyedarkan Arif yang sepertinya tidak dapat mengawal diri. Dia kasihan melihat wanita muda itu menangis, meminta untuk dilepaskan.

Tersentak dengan sergahan itu, Arif melonggarkan pegangan lalu meraup wajahnya dengan kesal. “Anne, I am sorry. I…I…” dia bingung dengan emosinya sebentar tadi, sehingga dia hampir melukai wanita itu. Arif cuba mendekati Chrisytal yang sudah teresak-esak menangis sambil memegang bahunya. “Anne. I..I..” dia mencuba untuk memegang bahu wanita itu dengan perlahan. “Stop there! Jangan dekat dengan saya. I hate you!” teriak Chrisytal dengan sedikit sisa kekuatan yang masih ada. Dia takut dengan lelaki itu.

“Anne, I am so sorry. I didn’t mean that.” pujuk Arif dengan perasaan kecewa, setelah dia menyakiti wanita itu. Hatinya sakit melihat air mata yang tidak berhenti mengalir di wajah wanita kesayangannya. “Bullshit!” teriak Chrisytal, sebelum dia berlari keluar dari perkarangan rumah itu tanpa menoleh ke arah Arif yang mngejarnya dari belakang. Rasa sakit akibat berlari menggunakan kasut bertumit tinggi, tidak dihiraukan yang penting dia berjaya keluar dari situ.

Nasib menyebelahinya, apabila sebuah teksi melintas di hadapannya. Dia terus menghentikan teksi itu, lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta. Bayangan Arif yang mengejarnya dari tadi, semakin menghilang. Sungguh dia tidak menyangka, lelaki itu mempunyai baran yang sukar dikawal, sehingga dirinya hampir terluka. Pak cik teksi itu, hanya memandangnya dengan rasa simpati. “Nangislah nak, jangan malu. Acik pun ada anak perempuan, jadi acik faham.” ujar pakcik itu dengan perlahan.

Tangisan yang tadinya cuba dibendung, akhirnya pecah. “Mama..” rintihnya perlahan. Dia rindukan sosok seorang ibu yang selalu ada di sisinya setiap kali dia berasa takut. Seorang ibu yang sering memeluknya, menyalurkan ketenangan namun kini, dia hanya keseorangan.

Sorry for the late update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience