Rindu?

Romance Series 32088

Keesokan pagi, Chrisytal sudah bersiap untuk menghantar semula topi yang telah dipinjamkan oleh cikgu Maalik kepadanya. Namun semasa di dalam kelas, cikgu Khairul yang merupakan penolong guru kelas 1 Bestari memaklumkan bahawa cikgu Maalik tidak dapat hadir ke sekolah atas urusan peribadi. Segala tugasan cikgu Maalik akan diambil alih olehnya buat sementara waktu.

"Kau fikir tak apa yang aku fikir?" tanya Laura secara tiba-tiba. "Dahlah, takpayah nak fikir-fikir sangat. Otak awak ni pun bukan boleh percaya sangat." jawab Chrisytal, namun tidak dinafikan hatinya sedikit risau dan tertanya-tanya. "Emergency apa yang dia maksudkan kemarin?" detik hati kecilnya. Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk memulangkan topi itu terlebih dahulu.

3 hari berlalu begitu sahaja, tanpa kehadiran cikgu Maalik ke sekolah. Chrisytal terasa seperti kosong dan rindu. Rindu? Apa itu rindu? Ah, usianya masih setahun jagung, mana dia tahu tentang rindu? soal Chrisytal kepada dirinya sendiri. Dia tidak mahu dibuai perasaan sehingga dirinya tidak fokus dan mengabaikan pelajaran. Dia mengetepikan perasaan itu terlebih dahulu kerana dia sendiri tidak pasti tentangnya.

"Wei, aku dengar cikgu Maalik dah kawin." gosip seorang pelajar perempuan semasa Chrisytal berada di dalam tandas. "Betul ke? Aku tak percayalah" jawab seorang lagi. "Kalau betul, aku pasti ramai yang patah hati, macam aku hu hu.." jawab satu suara lagi. Chrisytal hanya memasang telinga dan tidak keluar dari tandas walaupun dia sudah lama selesai. "Ye, wei. Aku dengar dia nak kawin dengan Cikgu Suraya." balas perempuan itu lagi. "Tapi logik juga, mereka kan dah lama berkawan, mungkin dah siap nak menikah." gosip mereka.

Chrisytal yang mendengar di sebalik pintu, terkejut dengan kenyataan itu. "Patutlah cikgu Suraya tak suka dengan aku selepas peristiwa tu. Bodohnya kau Ann." marahnya kepada diri sendiri. Entah kenapa, hatinya seperti diguris mendengar tentang hubungan itu. "Jadi selama ni, aku sendiri je perasan terlebih sampai terfikir cikgu Maalik ada hati dengan aku." marahnya lagi sambil menahan perasaan. Setelah keadaan reda, dia keluar dari tandas dan menuju masuk ke kelas.

" Gila, lamanya kau kat tandas. Berak batu ke?" usik Laura. Chrisytal hanya tersenyum kecil membalas usikan itu sambil fikirannya melayang memikirkan gosip tadi. Dia cuba memujuk dan memaksa dirinya untuk menerima kenyataan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience