Jaket

Romance Series 32056

Selesai membersihkan diri, Chrisytal bergerak ke katil untuk berehat setelah seharian dia dan Laura berada di luar untuk melakukan aktiviti. Dia menoleh ke arah Laura yang sudah pun terlena dengan bunyi dengkuran halus, mungkin terlalu penat fikirnya kasihan. Fikirannya melayang memikirkan pertemuan yang tidak sengaja antaranya dengan Suraya tadi. “Huh? Girlfriend?” ucapnya tidak percaya bahawa dia dan Maalik mempunyai hubungan. “Maalik!” dia tiba-tiba bangun melhat ke arah jaket yang dipinjamkan kepadanya tadi. “Aduh, macam mana boleh lupa ni.” mengambil jaket itu dari atas meja dan keluar untuk memulangkannya kembali.

*Tok tok* Chrisytal mengetuk pintu chalet bernombor 5 itu dengan tenang sambil memegang jaket di tangannya. Sekali lagi dia mengetuk dengan sedikit kuat kerana pintu bilik itu masih belum dibuka dari dalam. Pintu dikuak dan dia cukup terkejut melihat sosok yang hanya mengenakan bath robe dengan rambut yang sedikit basah seperti baru sahaja selesai mandi. “Suraya?!” dia menilik nombor bilik itu sekali lagi, bimbang jika dia tersilap mengetuk pintu. “Yes, anything? tanyanya sombong. “Mana cikgu Maalik?” Chrisytal tidak mahu meneka-neka selagi dia belum menemukan jawapan kepada persoalannya saat itu. “Tengah mandi, ada apa kau datang sini?” Suraya menunjukkan ke arah bilik mandi yang tertutup rapat, kedengaran bunyi air dari dalam situ dan persoalannya terjawab apabila lelaki itu melangkah keluar dengan hanya bertuala separas pinggang.

Chrisytal lalu mengalihkan pandangan untuk melihat Suraya semula,”Its okay, datang nak pulangkan ni saja. Thank you.” jawabnya laju sambil menyerahkan jaket milik Maalik yang dipegangnya kepada Suraya. Dia laju berpusing untuk pergi dari situ, tidak sanggup melihat kenyataan di depan mata. “Waitt!” suara Maalik jelas memanggilnya dari belakang namun dia tidak mahu berpaling lagi dan terus melangkah meninggalkan bilik itu. Hatinya bercampur aduk, masih tidak percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Suraya kepadanya adalah benar. “Aku tak patut pergi ke situ tadi, damn.” dia menyesali keputusannya itu kerana buat kali yang kedua dia menyimpan harapan terlalu tinggi sehingga hatinya kembali terluka.

Pagi itu, dia mengajak Laura untuk terus pulang walaupun mereka masih mempunyai sisa sehari untuk bercuti di situ. “I got something to do jadi kita kena gerak sekarang tapi kalau awak masih nak bercuti, saya boleh naik teksi.” Chrisytal sudah mengemas pakaian untuk pulang ke Kedah kerana dia sudah tidak mahu berlama-lama di situ. “Wei, kau cakap apa ni? Of course aku ikut kau balik lagipun lain kali kita masih boleh ke sini kan.” Laura cuba memahami kerana semalam dia sempat mendengar sahabatnya itu menangis sebaik pulang dari luar tapi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.”Thank you Laura.” Chrisytal memeluknya erat dengan tangisan yang cuba ditahannya. “Whenever you are ready, aku ada kat sini untuk dengar masalah kau.” Laura menenangkan hati sahabatnya itu, tidak mahu terlalu memaksa dia membuka cerita jika belum bersedia. “I will. Dah, lets go.” Chrisytal menarik bagasinya untuk keluar dari chalet itu.

“Mama..” seperti biasa Aisy menyapanya dengan gembira ketika mereka ingin bergerak ke kaunter untuk urusan check out. Dia melihat Maalik yang hanya berdiri sambil merenungnya tajam. Chrisytal terdiam kaku tidak tahu untuk menunjukkan reaksi sehinggalah Aisy datang untuk memeluknya. “Aku tunggu kau kat depan.” Laura mengambil bagasi di tangannya lalu bergerak meninggalkan mereka, tidak mahu mencampuri urusan sahabatnya itu. “Are you going back?” dengan polos Aisy bertanya sambil bermain dengan rambutnya yang mengurai panjang. “Yes, I am. I have tons of works to be done jadi saya kena balik dulu. Don’t be naughty okay.” Chrisytal memberikan alasan sambil melepaskan Aisy perlahan dari dalam pelukannya. “Lain kali kita jumpa lagi ye, bye.” dia mencium lembut kepala Aisy sambil meminta diri untuk beredar. “Tunggu.” akhirnya Maalik mengeluarkan suara dan menegahnya untuk pergi.

Langkahnya terhenti namun dia masih tidak mahu memandang ke arah lelaki itu. Kejadian malam tadi kembali berlayar di kepalanya. “About last night, it was just a…” belum sempat dia menghabiskan ayat, Laura sudah memanggilnya dari jauh. “Sorry, I got to go now. Have a nice day.” ucapnya sambil memandang Maalik sekilas dan berlalu pergi. Hatinya masih sakit mengenangkan kejadian semalam namun biarlah ini menjadi pertemuan terakhir mereka. Dia sudah tidak sanggup berperang dengan hatinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience