Melaka

Romance Series 32088

“Hujung minggu ni akak nak ke Melaka dengan anak-anak, Anne nak ikut tak?” pelawa Kak Ros kepadanya, ketika mereka sedang menikmati minuman petang di luar rumah. Mereka menikmati cekodok pisang bersama teh kosong sambil memantau anak-anak Kak Ros yang bermain basikal di perkarangan rumah. “Erm, boleh juga. Lagipun kerja Anne semua dah siap.” dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersiar-siar ke Kota Bersejarah yang tidak pernah dikunjunginya itu. Nanti, bolehlah dia menunjuk sedikit dengan Laura yang berada di Sabah tentang percutiannya di sana.

Hujung minggu itu, mereka bergerak dengan lebih awal supaya dapat mengelakkan daripada terlibat dalam kesesakan lalu lintas. Biasalah kalau hujung minggu, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk keluar bersama ahli keluarga, begitu juga dengan mereka. Kereta yang dipandu oleh Kak Ros meluncur laju melimpasi tol dan mereka hanya bersendirian bersama anak-anak, kerana suami Kak Ros terpaksa berkerja di luar kawasan. “Nasib ada Anne yang temankan akak, kalau nak harapkan abang Jamal kamu tu, haih sibuk memanjang.” bebel Kak Ros, mengenangkan suaminya yang terlalu sibuk sampai tiada masa bersama anak-anaknya. Chrisytal hanya tersenyum tidak mahu terlalu mencampuri urusan pribadi jirannya itu.

“Akak nak solat kejap kat dalam, Anne tolong tengokkan anak-anak ye.” ucap Kak Ros, setelah meletakkan kenderaan di hadapan surau yang disediakan di pusat R&R itu. Chrisytal mengangguk faham, lalu menoleh ke belakang dan melihat anak-anak Kak Ros yang masih pulas tidur di belakang. Tidak lama selepas itu, matanyaseperti tertarik untuk melihat manusia yang keluar masuk dari surau itu. Hatinya tiba-tiba merasa sayu dan kosong, seperti ada yang tidak kena dengan dirinya lantas dia mengurut dadanya perlahan. Lama dia termenung sendirian, sehinggalah bunyi ketukan di tingkap sebelah pemandu megejutkannya.

“Alhamdulilah, sampai juga kita. Eh, tapi akak nak minta maaf dengan kamu sebab kita terpaksa berkongsi bilik.” Kak Ros merasa bersalah kepadanya kerana tidak dapat menempah bilik yang lain akibat sudah penuh. “Ish, apa pulak. Anne okaylah, lagipun bilik ni besar, janganlah risau.” balasnya faham, tidak mahu Kak Ros merasa bersalah. Baginya, bilik itu sudah cukup besar dan muat untuk mereka berempat selama 2 hari di situ. “Okaylah. Anne rehatlah dulu, petang sikit baru kita keluar cari makan.” katanya dan dibalas dengan anggukan daripada Chrisytal yang terus merehatkan diri di atas katil kerana badannya memang sudah agak lenguh selepas duduk lama di dalam kereta.

Petang itu, mereka banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Bandar Melaka dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. “Cantik betul tempat ni kak. Tak rugi kita berkunjung ke sini.” Chrisytal terpegun melihat bangunan besar yang berada di hadapan mereka. Keadaan di situ juga ramai dengan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat bangunan itu. “Betul. Tempat ni memang sesuai untuk jalan-jalan, bawa anak. Bagi diorang belajar sikit tempat-tempat brsejarah macam ni.” Kak Ros bersetuju dengannya sambil melihat anak-anak yang sibuk mngambil gambar.”Dah, jom akak bawa kamu merasa cendol yang paling sedap dekat area sini. Jom, mesti kamu suka.” katanya lagi, lalu mengajak anak-anaknya dan Chrisytal untuk pergi dari situ.

“Anne, akak nak tanya sikit boleh?” Kak Ros tiba-tiba bersuara ketika mereka sedang makan di kedai. Chrisytal lantas menoleh ke arahnya dengan muka yang bingung. “Tanya je kak, kalau dapat jawab saya jawab.” membenarkan Kak Ros menanyakannya soalan. “Akak nak tanya, kamu ni dah ada yang punya ke? Maksudnya teman istimewa lah.” soal Kak Ros perlahan, tidak mahu mengguris hati wanita cantik di hadapannya itu. “Akak bukan apa, sebab akak tengok kamu ni dah ada yang punya ke? Maksudnya teman istimewa lah.” soal Kak Ros perlahan, tidak mahu mengguris hati wanita cantik di hadapannya itu. “Akak bukan apa, sebab akak tengok kamu ni cantik takkan tak ada yang punya.” sambungnya lagi. Chrisytal menahan senyum setelah mendengar soalan itu.

“Tak adalah kak. Lagipun saya baru habis belajar tahun lepas, jadi tak ada masa nak cari pasangan.” balasnya perlahan, tiba-tiba teringat akan seseorang yang pernah bertahta di hatinya namun tidak mampu untuk diungkapkan. Perbezaan yang tercipta antara mereka tidak memungkinkan untuk mereka bersatu apalagi saling meluahkan rasa. “Oh, takpa. Akak doakan semoga Anne dapat pasangan yang sesuai dan sayang dengan kamu. Insyaallah.” ucap Kak Ros yang memandangnya sambil tersenyum. Hatinya turut mengaminkan doa itu dengan hrapan dia akan menemukan seseorang yang akan menghormati dia sebagai isteri.

“Ha, kakak belum khawin? Betul ke ibu?” Farish, anak lelaki pertama Kak Ros yang berumur 7 tahun tiba-tiba bersuara. “Eh abang ni kenapa? Terkejut ibu, tau.” ibunya lantas menepuk perlahan lengan anaknya sambil mengurut dada untuk menenangkan diri. Chrisytal juga turut terkejut dengan suara Farish yang tiba-tiba mencela semasa mereka sedang berborak. “Ibu, ibu boleh tak Farish khawin dengan kakak ni. Dia cantiklah, Farish suka.” sambil menunjukkan Chrisytal. “Amboi, kamu ni masih kecik ada hati nak khawin dengan kakak ni? Jangan haraplah, abang oi.” bebel si ibu sambil mencuit pipi anaknya itu. Chrisytal hanya ketawa terhibur melihat kepolosan anak itu di hadapan ibunya, tidak mahu mengambil hati kerana dia tahu Farish masih kecil dan belum mengerti apa-apa.

Thank you readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience