Tempat baru

Romance Series 32685

“Babe, kau dah check tak sekolah mana kau dapat? Aku kena posting ke Sabah.” Laura menanyakan tentang sekolah yang bakal dimasuki mereka. Setelah hampir sebulan menikmati curi, akhirnya mereka bakal berbakti kepada anak bangsa sebagai insan yang bergelar guru. “Saya dapat kat Terengganu, hmm nampaknyakita memang tak berjodoh lah nak mengajar di tempat yang sama.” balas Chrisytal sedikit bersedih kerana mereka bakal berpisah demi komitmen masing-masing. “Come on, kita still boleh spending time masa cuti kan, tak payah risau lah.”Laura sudah menepuk lembut bahu sahabatnya.

”Tapi kau kena ingat, mulai sekarang kau kena pandai jaga diri, jangan lupa makan and the most importantly kau kena cepat meyesuaikan diri, jangan buat aku risau tau?” pesan dari seorang sahabat yang dari dulu bersama dengannya. Jika dahulu mereka bersama-sama menuntut ilmu di tempat baru, namu kini mereka bakal terpisah untuk menyebar ilmu, juga di tempat baru. “Saya faham, thank you for being such a good friend to me.” Chrisytal memeluk sahabatnya erat dan menahan air matanya daripada pecah. Jauh di lubuk hatinya, dia risau tentang keadaanya di tempat baru sendirian.

Keesokan paginya, setelah menghantar Laura ke Lapangan Terbang untuk terbang ke Sabah, Chrisytal langsung bergerak ke Teengganu menaiki teksi. Dia mengambil keputusan untuk berangkat lebih awal supaya dia dapat menyesuaikan diri di rumah yang bakal disewanya di sana. “Terima kasih pak cik.” Chrisytal menghuluran sejumlah wang kepada pemandu teksi itu. Akhirnya dia selamat sampai ke rumah kediaman yang dikhaskan untuk guru-guru yang berasal dari luar.

“Assalamualaikum, cikgu baru ke?” tegur seorang wanita dengan ramah, sebaik sahaja dia ingin membuka pagar rumah sewanya. “Selamat pagi kak. Ya, saya guru baru posting ke sini, nama saya Chrisytal Anne.” Chrisytal menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu. “Nama akak Rosmaidah, panggil je kak Ros.” balasnya menyambut huluran tangan sambil tersenyum. “Akak tinggal dengan suami dan anak-anak kat sini, dah 2 tahun kita orang kat sini. Nanti kalau Anne perlukan apa-apa panggil je okay, jangan malu.” sambungnya lagi. Chrisytal hanya tersenyum dan mengganguk, rasa bersyukur kerana dia disambut baik oleh bakal jirannya. “Baik kak. Saya masuk dulu ye.” meminta diri untuk masuk ke dalam rumah dengan sopan.

Dia melihat keadaan rumah itu cukup selesa dengan perabot yang sudah disediakan walaupun tidak lengkap, namun sudah memadai buatnya selama menetap di situ. Kawasan rumah itu juga tidaklah sangat kotor walaupun sudah lama ditinggalkan. Ketika dia sedang sibuk mengemas dan meyusun barangan, pintu rumahnya diketuk dari luar. “Assalamualaikum, Anne akak ni. Bukalah pintu” suara Kak Ros memanggilnya dari luar. “Ni ha, akak nak bagi sikit lauk untuk kamu. Akak tau kamu sibuk tak sempat nak masakkan.” dia menghulurkan bekas yang dibawanya. “Eh, susah-susah je akak ni. Masuklah kak, Anne baru je habis susun barang tadi.” Chrisytal mempelawa Kak Ros untuk masuk.

“Terima kasih. Laju betul kamu kemas rumah ye.” Kak Ros menapak masuk ke dalam rumah sambil melihat-lihat keadaan di dalam rumah itu. “Takdelah, ni pun sebab Anne bawa barang sikit je, jadi nak mengemas tu cepat. Lagipun rumah ni tak kotor mana pun.” balas Chrisytal senang dengan sikap jirannya itu. “Anne dapat sekolah mana? Mana tau kamu satu sekolah dengan akak, boleh akak tumpangkan sekali.” ikhlas mahu membantu Chrisytal yang sepertinya masih kekok dengan keadaan di tempat baru. “Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang, kak.” Chrisytal cuba mengingati nama sekolah barunya. “Oh, satu sekolah lah dengan akak, kamu ni. Ada juga yang temankan akak pergi dengan balik sekolah nanti.” Kak Ros menjawab senang. Petang itu, Kak Ros Banyak bercerita dengannya, sehingga dia lupa akan kesedihannya seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience