Setuju

Romance Series 32088

“Hello, mama. How are you doing there? Sihat?” Chrisytal menghubungi mamanya seperti biasa. Setelah pulang dari percutian pendek di Melaka bersama keluarga Kak Ros, dia sudah bertekad untuk berterus terang dengan keputusannya tempoh hari. “Hai sayang mama. Good, we are doing good here. Macam mana percutian di Melaka, okay?” balas Puan Annetha yang sudah maklum tentang percutian anaknya ke Melaka minggu lepas. Sebagai ibu, walaupun anaknya berada jauh di perantauan, dia tidak pernah lupa untuk bertanya tentang keadaan anak perempuan sulungnya itu.

“Best tau. Nanti kalau mama datang sini, Anne nak bawa mama jalan-jalan ke sana pulak. How I wish you are here, I miss you and adik, always.” kerinduannya terhadap keluarga yang jauh di Sarawak tidak pernah pudar sehingga dia tidak pernah lupa untuk mengucapkan itu setiap kali mereka berhubung melalui telefon. “We miss you too sayang. Jaga diri di sana and don’t skip your meals okay nanti sakit, susah tiada siapa yang jaga.” Puan Annetha masih dengan nasihat yang sama. Hembusan nafas berat, kedengaran dalam talian. “Sayang? Anything you want to tell mama?” firasat seorang ibu mengatakan anaknya itu sedang dalam masalah.

“Ma, I am so sorry if what im going to say next, will hurt you badly, tapi mama kena ingat yang Anne sayangkan mama dan akan terima apapun keputusan mama.” sekali lagi hembusan nafasnya kedengaran sangat berat, mengumpul kekuatan untuk berterus terang manakala Puan Annetha masih tenang dan ingin mendengarkan kata-kata selanjutnya. “Ma, Anne dah ambil keputusan untuk peluk agama Islam sebab Anne rasa Anne dah jumpa ketenangan yang dicari. I hope you understand and know what I mean.” terang Chrisytal dengan penuh yakin kepada mamanya.

Setelah 24 tahun, akhirnya dia rasa dia sudah cukup matang untuk menentukan pilihan dan jalan hidupnya sendiri. Hatinya berdebar hebat, menantikan penerimaan mamanya. “Anne, to be true, I was schocked. I couldn’t say anything at first, tapi mama tau kamu dah cukup matang dan berhak untuk pilih jalan kamu sendiri, mama tak nak halang. As long as you are happy with it, mama okay. Tapi satu kamu kena ingat, apa pun agama atau kepercayaan Anne lepas ni, you are still my daughter. Nothing can change that, remember.” dia hanya mahukan yang terbaik buat anaknya itu walaupun kelak mereka tidak seiman lagi.

Tangisan yang cuba dibendung dari tadi, akhirnya pecah. Chrisytal tidak menyangka Puan Annetha akan berkata begitu walaupun dia tahu hati ibu mana yang tidak terluka jika anak yang ditimang dari kecil, tiba-tiba bertukar agama.”Ma, thank you sebab mama sudah cukup sabar dengan Anne selama ni. Mama sentiasa sokong apa pun keputusan Anne walaupun hati mama sebenarnya kecewa, but I really adore you mom and I love you.” luahnya dalam tangisan namun bersyukur kerana akhirnya dia diberikan kebenaran untuk berhijrah. Perbualan mereka tidak terhenti di situ sahaja, kerana masih banyak lagi nasihat yang diberikan oleh Puan Annetha kepada anaknya, sehingga malam perlahan-lahan melabuhkan tirainya.

Share this novel

Syahadah Mrizan
2021-03-28 23:38:43 

syukur anne nak masuk islam dan tak ada halangan daripada puan annetha


NovelPlus Premium

The best ads free experience