Enough

Romance Series 32056

"Wow, amazing performance. Berikan tepukan yang gemuruh buat cikgu Maalik Miguel kita." suara pengacara majlis disambut dengan tepukan yang gemuruh dari penonton. "Btw cikgu nak tanya sikit ni. Lagu tu buat siapa?" tanya pengacara itu lagi kepada cikgu Maalik. Dewan itu kembali gemuruh dengan sorakkan gembira sebagai tanda mereka juga ingin tahu. Cikgu Maalik tersenyum kecil.

"Well, all i can say is for the first time i've found someone i cant get enough of and i hate leaving. You have no idea of the amount of happiness you brought to my life. To that special person, saya just nak ucapkan terima kasih kerana telah hadir dan mewarnai kehidupan saya, thank you." ucapnya panjang, sungguh romantis dan sungguh beruntung bagi orang yang dimaksudkan itu.

"Wei, i told you, cikgu Maalik memang sempoi lah. Cuba kau tengok senyuman cikgu Suraya tu, sampai senget-senget muka dia." memaksa Chrisytal untuk mengangkat kepalanya dan melihat ke arah itu. Dia juga melihat kegembiraan yang jelas terpancar di muka Cikgu Suraya sambil memandang ke hadapan di mana cikgu Maalik sedang berdiri. "Piwiit, untungnya jadi someone special bagi cikgu Maalik, bertuah sungguh orang itu ye." usik pengacara majlis, menambahkan lagi kehangatan majlis malam itu.

"Babe, saya pergi toilet kejap. Nak atur make up." alasan Chrisytal untuk berlalu dari situ. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan ketika itu, lalu melangkah keluar dari dewan. "See, sekarang kau dah tau kan sebab kau tak boleh nak simpan perasaan dengan lelaki tu. Dia cintakan orang lain, kau yang bodoh buta." bisik hatinya marah. "Ya, aku yang bodoh." akuinya kepada diri sendiri. Dia melihat pantulannya di cermin tandas dan merenung ke dalam dirinya lama. "Kau siapa nak dibandingkan dengan cikgu Suraya? Kau tu cuma budak belasan tahun yang baru nak meningkat dewasa. Kau jangan kalah dengan perasaan kau sendiri." ucapnya sendiri.

"Ann, are you done? Majlis dah tamat tu, jom balik." tegur Laura yang mencarinya sampai ke dalam tandas. "Ok done, jom." balasnya keluar dari tandas. Semasa sedang menunggu lif, mereka terserempak dengan cikgu Maalik dan cikgu Khairul turut ingin ke lantai bawah. "Hei ladies, nak turun ke? Boleh cikgu turun sekali?." tegur cikgu Khairul kepada mereka. "Sure, lagipun kami dua je ni." balas Laura sambil mempelawa mereka untuk masuk. Chrisytal hanya tunduk memandang lantai, dia tidak selesa dengan pandangan mata cikgu Maalik merenungnya.

*Ting* pintu lif pun terbuka. Chrisytal melangkah masuk laju, kerana dia sudah tidak tahan berdiri lama dengan tumitnya yang masih sakit lalu bersandar di dinding lif. Dia turut terkejut melihat cikgu Maalik yang sudah berdiri di sampingnya sambil berpeluk tubuh. "Ladies naik apa balik ni? Nak cikgu hantarkan tak?" pelawa cikgu Khairul memecahkan suasana beku di dalam lif. "Boleh ke cikgu? Kitaorang okay je he he..." balas Laura teruja kerana dia tidak mahu berhimpitan dalam bas. Chrisytal terkejut lalu memandang Laura tajam, memberikan isyarat mata "apa ni?" Laura hanya berpura-pura tidak melihatnya. Dia melihat cikgu Maalik sudah menahan ketawa sambil melihat ke arahnya. "Apa punya kawan lah Laura ni." marahnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience