Dingin

Romance Series 32088

Setelah selesai menghabiskan makanan, Chrisytal mengambil keputusan untuk melihat di sekeliling rumah barunya itu. “Hm, bersih dan teratur.” dia berpuas hati melihat keadaan rumah yang tersusun rapi dan dijaga elok. Nampaknya dia tidak perlu bersusah payah membersihkan rumah itu lagi, fikirnya. Ruang tamu di rumah itu, agak luas dan dihias dengan perabot mewah yang rata-ratanya berwarna putih.

Christyal bergerak pula ke halaman rumah yang luas tetapi kosong. Hanya rerumput yang sudah dipotong pendek, menghiasi lantai itu. “Kalau tanam bunga dekat sini, mesti cantik.” fikirnya, sambil sudah berencana untuk memilih tanaman yang segar untuk diletakkan di halaman rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti dan sampai di perkarangan luar rumah. Chrisytal yang terkejut, hanya berdiri sambil menanti pemilik kenderaan itu keluar.

kSeorang perempuan dengan rambut yang berwarna perang, turun dari kereta itu bersama budak perempuan yang dia kenal. “Aisy?” ucapnya perlahan. Patutlah dia tidak melihat kehadiran Aisyah di masjid tadi. Rupa-rupanya dia bersama perempuan berambut perang tersebut. “Mama…” Aisy sudah berlari ke arahnya sambil mendepakan tangan. Dia turut membalas pelukan Aisyah dengan erat, terasa rindu dengan telatah si kecil itu. “Ehem. So, inilah wife Maalik ye?” perempuan itu hanya berdiri sambil menilik dirinya dari atas hingga ke bawah kaki. Chrisytal mulai berasa tidak nyaman, namun dia hanya tersenyum dan menunduk hormat.

“Er, nama saya Chrisytal.” dia menghulurkan tangan untuk bersalaman namun perempuan itu hanya memandangnya sinis dan berpelukan tubuh. Nampaknya dia mempunyai musuh yang baru selain Suraya, fikirnya lalu menarik semula tangannya. “Eh, kak long dah sampai.?” Maalik tiba-tiba muncul dari dalam sambil mencium hormat tangan si kakak. Dia sempat meminta kak long untuk menjaga Aisyah kerana dia sibuk menyiapkan urusan perkhawinan yang berlangsung tadi pagi.

“Hm, lama dah sampai cuma kamu yang tak perasaan.” Kak long berkata sambil memandang adik lelakinya itu dengan tajam,”Ni, si Aisy ni. Dari tadi bising nak balik ke sini. Pusing kak long tau.” sambungnya lagi. Aisy hanya menunduk sambil tangannya tidak lepas dari memegang Chrisytal. “He, he. Sorrylah, tadi Liq busy buat kerja kat dalam. Eh jemputlah masuk.” Maalik perasaan air muka kakaknya itu seperti tidak menyukai kehadiran isternya itu. Manakan tidak, keputusannya untuk menikah adalah terburu-buru dan tanpa persetujuan keluarganya.

“Tak apalah, lain kali saja. Lagipun petang ni kak long busy sikit. Balik dulu ye.” alasan kerana dia tidak mahu berlama-lama di situ. Jujur, dia kurang suka dengan kehadiran perempuan yang sudah menjadi isteri kepada Maalik itu. Mereka hanya memandang kereta Kak long yang meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah mereka. Chrisytal hanya mendiamkan diri walaupun dia sedar dengan layanan dingin oleh kak long terhadap dirinya.

“Mama, I miss you so much.” suara Aisyah menyedarkan dia, lalu dia membelai rambut si kecil dengan perlahan. “I miss you too, darling.” balasnya dengan senyuman. Akhirnya, dia mempunyai kawan yang bakal menceriakan hari-harinya di rumah itu. Tidak lah dia macam tunggul kalau tinggal berdua dengan pak cik tu, fikirnya lalu memandang suaminya yang hanya berdiri sambil merenung mereka berdua.

“Habis tu, Aisy tak rindu lah dengan daddy? Oh, macam tu…” Maalik itu berpura-pura merajuk dan memalingkan mukanya. Sengaja mahu menduga reaksi anaknya itu. “It is not like that la daddy. Aisy pun miss daddy tapi, I miss mama more and now our family is complete.” itulah sikap yang dia suka dengan anak sekecil Aisyah yang sudah pandai mengambil hati orang tua dan menyenangkan. Chrisytal tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience