Pergaduhan

Romance Series 32056

"Mama, Aisy lapar lah. Aisy nak mama temankan makan boleh?" Aisyah yang tiba-tiba datang dari dalam rumah, meluru ke arah mereka. Anaknya itu sudah mulai menunjukkan muka sedih sambil menggulas-gulas perutnya.

"Aisy, you cannot take mama from me. She is mine. Aisy pergilah minta Uncle Anip temankan, okay?" Maalik masih belum puas duduk berduaan dengan si isteri. Chrisytal yang tidak percaya dengan jawapan Maalik, lantas menjeling lelaki itu tajam.

"Hei? Tak baiklah awak ni, kasian Aisy tau." Chrisytal mencubit perlahan lengan suaminya yang mulai menunjukkan perangai keanak-anaknya itu. Haih, dengan anak sendiri pun tak mau mengalah, pening dia. "Aw, aw... Okay okay, sorry. You can have her tapi ingat, malam nanti mama is mine okay?" Maalik masih tidak mahu mengalah. Dia memang sengaja mahu menyakat isteri dan anak gadisnya itu.

"Awak?! Stop it. Jangan nakal sangat boleh tak." Chrisytal terus membawa Aisyah untuk masuk ke dalam. Takut dibiarkan, semakin menjadi-jadi pula perangai tak semenggah bapanya itu.

Setelah meletakkan Aisyah di meja makan, Chrisytal bergerak ke dapur untuk mencari pinggan dan mengambil lauk. "Happy lah kau sekarang? Dah baik-baik kau berambus dari life kita orang, kenapa kau muncul balik?" suara kasar Suraya muncul di tepinya.

"Kau memang perempuan tak sedar dirikan. Kau sengaja perangkap Maalik masuk dalam tu, supaya kau dapat khawin dengan dia kan? Ha perempuan?" sambung Suraya lagi. Dia memang benci dengan perempuan yang merampas haknya itu. Patutnya dia yang menjadi isteri Maalik sekarang, bukannya perempuan ini.

Chrisytal mendiamkan diri. Dia memang sengaja tidak mahu membalas tuduhan dari perempuan plastik itu, lagipun tujuannya ke situ bukanlah untuk bertekak. "Hei perempuan tak sedar diri. Baik kau tinggalkan Maalik sekarang. Dia tu aku punya!" Suraya geram melihat wajah selamba yang dipamerkan oleh Chrisytal kepadanya. Seperti wanita itu tidak terkesan atau takut kepadanya lagi.

Chrisytal mulai menapak untuk meninggalkan dapur. Dia kasihan memikirkan Aisyah yang menantinya dari tadi. "Hei sundal. Kau memang tak guna kan." Suraya yang panas mulai berteriak lalu mencengkam rambut Chrisytal dengan kasar. Akibatnya pinggan yang berada di tangan terpelanting dan pecah.

Suraya yang seperti kerasukkan, menarik-narik serta menampar wajah Chrisytal dengan kuat. Dia sudah tidak dapat mengawal diri tanpa memikirkan orang sekeliling. Walaupun sakit, Chrisytal tidak berdaya untuk menahan kerana tenaga Suraya seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Kepalanya sakit akibat rambutnya ditarik kasar dan pipinya pijar kesan tamparan tadi.

"Oi Suraya! Kau buat apa ni? Lepaskan dia. Kau gila ke?" suara Reza jelas kedengaran memarahi Suraya. Orang kampung juga semakin ramai mengelilingi mereka. Ada yang berniat untuk membantu dan menarik badan Suraya yang sudah semakin mengila. Chrisytal pula semakin lemah dan kesakitan di pipinya semakin terasa.

"Ya Allah, Suraya?! Apa kau buat dekat isteri aku ni? Sayang? Sayang? Wake up." Maalik yang dari tadi pelik dengan bunyi jeritan dari arah dapur, segera datang menghampiri mereka. Dia terkejut melihat tubuh kecil isterinya yang semakin melemah. "Sayang? Please wake up." Maalik menepuk-nempuk lembut pipi isterinya. Dia risau dengan keadaan Chrisytal yang semakin longlai.

" Ma, Maalik. I, i tak tak buat apa-apa. Sumpah, i tak sengaja." Suraya yang terkejut dengan kehadiran Maalik terus tersedar. Dia berlutut di tepi Maalik yang sudah memeluk isterinya. "I, i betul-betul tak sengaja. Dia yang mula dulu. Dia yang provoke i..." tangis Suraya membela diri. Berharap bahawa Maalik bakal mempercayainya.

"Shut up! Kau buat apa dengan isteri aku ha? Why did you touch her?!" intonasi Maalik mulai tinggi. Suraya yang melihatnya juga gerun kerana dia belum pernah melihat lelaki itu marah sedemikian rupa.

"Bro, i think you should bring her to the hospital first. Nanti aku tolong kau settle benda ni. She need you." Maanif yang turut menyaksikan itu, mengarahkan abangnya untuk membawa kakak iparnya itu ke hospital. Bukannya dia tidak tahu kalau abangnya itu sudah mengamuk, memang terbalik satu rumah dia kerjakan.

Maalik memandang wajah pucat isterinya lalu mengganguk setuju. Dia berdiri lalu mendukung isterinya itu untuk dibawa ke rumah sakit. "Anip, kau tolong jagakan Aisy sekejap. Nanti aku balik." sempat dia menitipkan Aisyah kepada Maanif. Adiknya itu mengganguk lalu menepuk perlahan bahu abangnya.

Orang kampung yang berada di situ mulai berbisik-bisik. Mungkin tertanya-tanya tentang kejadian tadi. "Er, maafkan kami semuanya. Benda tak ada apa-apa pun, diorang ni berebutkan pinggan je tadi he he.. Dah dah bersurai, mari kita memasak lagi he he..." Maanif menyelamatkan keadaan dengan memberikan alasan sambil tertawa.

Apabila keadaan mulai reda, Tok Mek mulai mendekati Suraya yang masih terduduk di atas lantai dapur. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati atas insiden yang tidak terduga tadi. "Sudahlah Suraya. Kamu menangis pun bukannya berguna. Maalik dah ada isteri, dia dah bahagia pun. Kamu janganlah begini ye." lembut sahaja suara Tok Mek bercakap dengan Suraya.

Bukannya dia tidak tahu bahawa gadis yang membesar bersama Maalik itu, memang sudah lama menyimpan perasaan kepada cucunya. Namun dia tidak mahu mengambil tahu kerana bukan sifatnya untuk mencampuri urusan peribadi cucu-cucunya.

"Kamu baliklah. Lupakan Maalik, biarkan dia bahagia dengan pilihan dia sendiri. Nenek doakan kamu juga akan bahagia nanti." Tok Mek mengusap perlahan rambut Suraya yang masih tersedu-sedu menangis. Tidak samapi hati dia mahu memarahi gadis itu. Mungkin juga dia terlalu dipengaruhi perasaan, sampai dia nekad bersikap sedemikian.

Sejahat-jahatnya manusia pasti ada baiknya juga. Kalau kena acuannya, memang mudah kita membentuknya. Betul tak?

Jangan lupa tinggalkan komen dan rate ye, peace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience