Muncul lagi

Romance Series 32056

"Suraya? Bila kamu sampai?" Tok Mek terkejut melihat sepupu kepada cucunya itu muncul dengan tiba-tiba. Walaupun dia tahu rumah mereka hanyalah berdekat, namun dia mahu tahu sejak bila Suraya sampai di kampung itu. "Semalam. Su datang lewat malam, sebab tu tak sempat nak singgah rumah Tok Mek semalam." Suraya laju mengambil tangan Tok Mek dan menciumnya dengan hormat.

"Kau naik apa ke sini Suraya? Berani kau drive sorang-sorang malam-malam?" Maanif memandang Ssepupunya itu dengan wajah yang pelik. Berani gila perempuan ni balik tengah malam sorang-sorang, fikirnya. "I dah biasalah, lagipun i dah lama tak jenguk mama i di kampung." dengan wajah yang datar, Suraya menarik tempat duduk di hadapan Chrisytal lalu duduk. Dia turut merenung wajah perempuan yang sudah bergelar isteri kepada lelaki idamannya itu.

"Good morning everybody..." suara Haji Saiful yang muncul dengan plastik di tangan. Mungkin ikan yang berhasil ditangkapnya dengan Maalik yang turut muncul di belakangnya. "Hei orang tua ni. Bisinglah pagi-pagi terjerit macam tu." Tok Mek memarahi suaminya itu. Sudahlah tidak memberi salam, heih nasib baik dah tua.

"Eh Su, bila sampai?" Maalik terkejut melihat sepupunya itu tiba-tiba ada di situ. Dia pula melihat ke arah Chrisytal yang hanya mendiamkan diri dari tadi, langsung tidak memandangnya seperti biasa. "Su? Subhan? Anak siapa ni?" Haji Saiful merenung muka Suraya, lama. Tidak ingat siapakah gerangan wanita muda di hadapannya itu. "Ish abangni. Ini Suraya lah, anak si Amir tu. Sepupu mereka berdua ni." terang Tok Mek sambil melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Ada pula suaminya itu lupa dengan Suraya, teman sepermainan cucunya dulu, si Maalik ni.

"Oh, anak Amir. Maaflah cu, biasalah ingatan orang tua ni tak seberapa. Eh jemputlah duduk semua, makan-makan." Haji Saiful menjemput mereka untuk menikmati air tangan sang isteri tercinta. Memang kalau nasi lemak buatan Hajah Rahimah, memang terbaik, sampai menjilat jari cewah. Suraya pula mengganguk namun di dalam hati dia menahan geram melihat muka Chrisytal yang tersenyum kecil. "Kau tunggu pembalasan aku." dendamnya di dalam hati.

"Abang duduklah. Nak sayang tuangkan kopi tak?" Chrisytal menarik kerusi di sebelahnya dan membemarkan Maalik untuk duduk rapat di sebelahnya. Dia menjeling untuk melihat reaksi si musuh. "Kau belum kenal aku siapakan." bisiknya di dalam hati. Sengaja mahu membiarkan api cemburu Suraya terbakar. "Er, bo boleh." Maalik yang terkejut dengan perubahan isterinya tergagap-gagap lalu menyuakan cawan di tangan. Dengan senang hati Chrisytal menuangkan kopi untuk suami tercinta, cewah.

"Ni kamu ni Sofea, masih mengidam ke nak makan durian? Kalau nak nanti ajak Anip kutip buah kat kebun." Haji Saiful bertanya memandangkan semalam cucunya itu mengadu teringin nak makan durian. "Masih tok. Nanti sofi bawa Anip ke kebun." jawab Sofea dengan gembira, tidak sabar mahu makan durian dan melepaskan rasa mengidamnya itu.

"Ha eloklah tu. Bawa sekali Anne dengan kamu berdua, dia pun suka makan durian." celah Tok Mek sambil memandang wajah cucu perempuannya itu. Chrisytal yang dari tadi khusyuk dengan nasi lemak di hadapannya, terus mengangkat kepala. Matanya sudah bersinar-sinar memikirkan kenikmatan buah durian yang fresh dari kebun. "Tapi, Anip dah lupa dah jalan ke kebun atok. Apalagi abang long." Maanif memandang Maalik yang pastinya turut lupa dengan simpang siur di kampung itu. Maklumlah dah jadi orang bandar.

"Haih, ada-ada saja kamu ni. Jangan risau, nanti atok panggil budak Reza tu tolong bawakan kamu." sambung Haji Saiful sambil meneruskan suapan demi suapan di mulut. Keadaan di meja makan pula kembali senyap. Suraya yang dari tadi menjadi pendengar, sudah menyusun rencana di dalam otak. "He...he..." ketawanya kecil.

"Assalamualaikum tok. Atok panggil saya ke tadi?" seorang pemuda tinggi lampai memberi salam, setelah mereka semua duduk berehat di halaman rumah. "Walaikumsalam, kamu rupanya Reza. Ha yelah, tadi atok panggil kamu buat bawa cucu-cucu atok ni jalan-jalan ke kebun. Kamu tak sibuk ke Reza?" Haji Saiful menjemput Reza untuk duduk berserta mereka. Budak itulah, satu-satunya pemuda yang rajin di kampung mereka. Kalau nak harapankan yang lain, hmm.

"Tak, saya kebetulan tak berapa sibuk hari ni. Jadi saya bolehlah bawa cucu atok jalan-jalan." jawabnya sopan. Dia sudah biasa mengikut Haji Saiful ke laut pada hari-hari biasa, jadi tidaklah dia terlalu malu dengan keluarga itu. "Maalik, you nak ke kebun ke? I nak ikut boleh?" Suraya yang masih di rumah itu, tiba-tiba menyampuk. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati Maalik. "Kamu pun nak ikut ke Suraya? Ha, eloklah pergi ramai-ramai boleh kutip buah banyak sikit." ucap Haji Saiful lalu berdiri sambil membetulkan tulang pinggangnya.

Chrisytal pula sudah menunjukkan riak jengkel dengan sikap manja Suraya terhadap suaminya itu. Si suami pula elok-elok tidak membantah, memang menjadi-jadi lah perangai tak semenggah si talam dua muka tu. "Eh, jumlah kita berangkat sekarang. Nanti takut hujan pulak." ajak Reza yang sudah berdiri dan bersiap untuk membawa mereka ke kebun. Yang lain turut sama berdiri, manakala Chrisytal hanya mematung tidak mahu berdiri. Menyampah jika perempuan talam dua muka itu turut serta. Lebih baik dia duduk rumah, main dengan Aisyah.

"Anne, awak tak nak ikut kita orang?" Sofea bertanya kepadanya. "Er, tak kot. Lagipun takde siapa yang jaga Aisy. Awak semua pergilah." tolaknya dengan alasan. Tidak sudi mahu berlama-lama kalau ada Suraya. "Anne, pergilah. Nenek ada jaga Aisyah." suara Tok Mek pula membatalkan niat dia untuk mengelak dari Suraya. Dia memandang mereka yang masih menanti jawapan daripadanya. Haihlah, nak tak nak terpaksa juga dia ikut. " Okay, jum." ajaknya dengan nada yang perlahan.

Suraya dengan tidak malunya memeluk lengan Maalik sambil mereka berjalan menuju ke kereta milik Maanif. Dalam hati, dia sudah menahan geram dengan kelakuan Suraya itu. "Sabar, sabar..." dia menenangkan diri. "Aku tak boleh kalah dengan perempuan licik ni." tekadnya lagi. Dia mahu lihat sejauh mana permainan Suraya untuk merebut suaminya itu. Kalau dulu dia mengalah tapi sekarang, no no and no.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience