Tandas

Romance Series 32088

Sebaik sahaja dia sampai di asrama, Laura langsung meluru untuk memeluknya. "Babe, aku risau lah. Kau okay tak? Macam mana kau boleh pengsan?" bertubi tubi soalan yang ditanyakan olehnya. "As you can see, saya okay sekarang. And for that question, saya tak boleh nak jawab sekarang but soon saya akan cerita ok." Chrisytal masih belum mahu bercerita panjang kerana badannya masih lemah. "Okay, kau rehatlah dulu. Aku nak ke basuh baju kat bawah. Kalau perlukan apa-apa kau cari aku tau." Laura sempat meninggalkan pesanan sebelum meninggalkan dia bersendirian di bilik.

Keesokan paginya, Chrisytal menerima banyak ucapan dan doa daripada rakan-rakan sekelasnya yang prihatin dengan keadaannya. Dia hanya mampu tersenyum, tidak menyangka mereka tahu tentang peristiwa gelap itu. "Babe saya nak ke toilet dulu eh, tak tahan. Awak baliklah dulu, nanti saya datang." Chrisytal berkata kepada Laura semasa dalam perjalanan pulang dari kelas. "Okay, aku cau dulu. Aku tunggu kau kat asrama ok." balas Laura lalu meninggalkan dia sendirian di tandas.

Semasa Chrisytal selesai mencuci tangan di singki, dia melihat cikgu Suraya menapak masuk ke dalam tandas lalu menutup rapat pintu. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di situ. Cikgu Suraya berdiri berpeluk tubuh sambil memandang ke arahnya tajam. "Selamat petang cikgu. Er, saya dah selesai guna tandas, minta diri dulu." Chrisytal tunduk sambil berura-ura untuk keluar. "Hei, tunggu!" jerit cikgu Suraya. Chrisytal tersentak lalu berpaling melihat ke arahnya.

"Kau perempuan memang tak tahu malu kan. Aku dah cakap banyak kali dah dekat kau. Jangan kacau cikgu Maalik lagi. Dia milik aku!" tengking cikgu Suraya sambil menunding jari ke arahnya. "Ha, nahas. Apalagi yang aku buat salah ni?" bisik Chrisytal di dalam hati. "Apa yang cikgu cakap ni? Saya tak fahamlah." balas Chrisytal perlahan, masih menghormati seorang guru. "Hah? Kau memang bebal atau pura-pura bebal? Aku dah warning kan awal-awal jangan cari perhatian, tapi kau degil. Semalam kau sengaja kan pengsan biar cikgu Maalik teman kau di hospital?" cikgu Suraya menuduhnya.

"Eh, taklah. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh ada kat situ." Chrisytal berkata jujur sambil mengangkatkan bahunya. "Hei, kau ingat aku buta ke ha! Kau sengaja kan. Kau nak rampas Maalik dari aku kan, ha perempuan? Mak ayah kau tak ajar kau ke?" ujarnya lagi sambil bercekak pinggang. "Cikgu elok-elok sikit, kenapa sampai nak bawa mak ayah saya pula? Saya dah cukup sabar dengan cikgu selama ni." Chrisytal cukup sensitif jika mama papanya dikaitkan dalam masalah yang dia sendiri tidak tahu puncanya. "Oh kau berani eh kurang ajar dengan aku? Kau memang nak kena ni." cikgu Suraya berkata lalu menarik rambut Chrisytal dan dibawa ke dalam tandas.

"Nah rasakan, kau nak kurang ajar kan dengan aku. Rasakan." Cikgu Suraya membuka pili air lalu merendam kepala Chrisytal ke dalam baldi yang dipenuhi air. Basah semua badan Chrisytal akibat kelakuan kasar cikgu Suraya. Dia berusaha menolak kuat tangan yang mencengkam rambutnya dan akhirnya cengkaman itu berjaya dilepaskan. Chrisytal berdiri lalu menolak kasar cikgu Suraya hingga dia terjatuh ke lantai yang basah. "Apa cikgu ingat saya akan berdiam diri kalau cikgu buat macam ni? Cikgu silap besar." kata Chrisytal sambil mengangkat baldi yang sudah dipenuhi air lalu menyimbah cikgu Suraya.

"Jangan ingat kau tu cikgu, kau boleh buat macam ni dekat aku." cakap Chrisytal lagi. Dia ketawa puas melihat cikgu Suraya yang sudah basah kuyup dan melihatnya dengan pandangan tidak puas hati. "Kau..." belum sempat cikgu Suraya berdiri, bunyi pintu dibuka dari luar menghentikan pergaduhan yang terjadi. "Astaga, cikgu Suraya?" pengawal keselamatan sekolah yang melakukan rondaan di situ datang setelah mendengar keriuhan yang terjadi di dalam tandas. " Hei, apa yang awak buat ni." pengawal itu menyalahkan Chrisytal yang hanya kaku di tepi pintu. "Tolong... Dia cuba nak cederakan saya." pinta cikgu Suraya sambil meraih simpati.

"Apa lagi helah si nenek hantu ni nak buat." bisik Chrisytal menyampah di dalam hati. "Awak tunggu di situ, kita belum selesai. Jangan lari." arah pengawal keselamatan itu sambil mengangkat badan cikgu Suraya untuk berdiri. Chrisytal sempat melihat pandangan sinis yang ditujukan oleh cikgu Suraya kepadanya. Entah apa yang akan terjadi kepadanya selepas ini, dia juga tidak tahu.

Thank you kepada yang sudi baca and komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience