Sengaja

Romance Series 32056

"Wah, besarnya..." Chrisytal sedikit teruja melihat keluasan kebun milik Haji Saiful itu. Kawasan itu oenuh dengan pokok-pokok yang besar dan tinggi-tinggi. "Awak belum masuk lagi, kat dalam nanti lagi luas." Reza datang menyapanya dari belakang. Seketika dia memuji wajah cantik si wanita dalam diam.

Chrisytal mengganguk, faham. Dia sudah tidak sabar mahu menikmati buah durian yang segar dari kebun datuknya itu. "Ikut sini." Reza menunjukkan jalan kepadanya. Maanif dan Sofea pula sudah dari tadi mendahului mereka, katanya si Sofea sudah tidak sabar mahu makan durian. Chrisytal mengekori perlahan langkah Reza dari belakang kerana dia risau jika tersesat atau terjatuh dalam kebun seluas itu.

Jangan ditanya keberadaan suaminya dengan Suraya. Jelas-jelas mereka masih di belakang kerana dari tadi si Suraya mengadu banyak nyamuk dan panas. Eleh, dia yang nak sangat ikut tadi sekarang menggedik pulak. Memang padanlah muka talam tu.

"Awak tunggu sini dulu. Saya nak tengok kalau-kalau ada buah yang dah jatuh." Reza mengarahkannya untuk berehat di pondok kecil yang sudah didirikan di situ. Chrisytal mengganguk lalu duduk sambil melihat ke arah suaminya dan Suraya yang sudah menuju ke arah mereka. Dia membuang pandang, malas mahu melihat perangai mengeletis Suraya.

"Maalik, kaki i sakit lah." adu Suraya sambil memegang tumit kakinya. Badannya sengaja disandarkan pada tubuh sasa milik Maalik. "You duduk sini dulu, rehat. Mana tau nanti sembuhlah kaki tu." Maalik menolak badan Suraya lalu mengarahkannya untuk duduk di sebelah isterinya yang dari tadi tidak menoleh ke dia. Macam tunggul pula dia buat kita eh, fikirnya di dalam hati.

Tiba-tiba, Chrisytal berdiri lalu mengorak langkah ke arah hutan di hadapannya untuk mencari kelibat Reza. Lebih baik dia ikut cari buah daripada menonton drama gedik yang tak habis-habis dari tadi. "Awak nak ke mana tu?" tanya Maalik yang pelik melihat isterinya yang tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Risau jika isterinya masuk ke dalam hutan lalu tersesat. Nak-nak kebun datuknya itu luas dan banyak ranting kayu yang terjatuh.

"Nak cari durian lah. Daripada datang sini nak bermanja, lagi baik saya join diorang cari buah." sinis dia berkata. Dia melihat muka Suraya yang sudah mulai berubah, mungkin terasa dengan perkataannya tapi biarkan, memang itulah tujuan dia. "Saya teman." Maalik menawarkan diri untuk menemaninya. "Tapi i takut tinggal sorang-sorang kat sini." Suraya merengek. Tidak mahu lelaki itu berada dekat dengan Chrisytal.

Senyuman kecil terbit di mulut Chrisytal. "As i expected." ucapnya perlahan. Seperti yang dia jangka, wanita licik itu pasti tidak membenarkan Maalik menemaninya ke dalam hutan. Dia pun meninggalkan pasangan sejoli itu lalu masuk untuk mencari Reza berserta Maanif dan Sofea. Suara Maalik yang memanggilnya dari belakang, tidak dihiraukan.

Setelah buah durian yang dikumpul sudah cukup, mereka pun berjalan pulang ke pondok tadi. Kelihatan Suraya dan Maalik masih duduk menunggu kepulangan mereka. "Eh kaki you kenapa Suraya?" Maanif pelik melihat balutan di kaki sepupunya itu. Perasan tadi elok je ini kenapa pula sampai berbalut. "I terjatuh tadi. Nasib baik ada Maalik sambut." ucap Suraya sambil tersenyum memandang Maalik.

Maanif perasan air muka kakak iparnya berubah. Mungkin tidak suka melihat Suraya yang menempel dari tadi dengan abangnya itu. "Er, marilah makan durian ni. Tak sangka pula banyak yang dah jatuh, memang rezeki kitalah hari ni. Alhamdulilah." Maanif menukar topik dengan mengajak mereka untuk menikmati durian hasil kutipan tadi.

"Reza... Tolong belahkan durian tu." Chrisytal meminta dengan lembut sambil menunjukkan sebiji durian di hadapannya. Sengaja dia bernada seperti itu biar Maalik rasa apa yang dia rasa. Ingat kita tak laku ke, eii... "Nak yang mana?" Reza pula sudah berbunga-bunga apabila disuruh. Ringan saja tulang dia membelah durian untuk si gadis cantik itu.

"Yang tuu..." muncungnya sengaja dipanjangkan sambil suara sengaja dilembutkan lagi. Belum sempat Reza mencapainya, tangan Maalik sudah terlebih dahulu sampai dan mengambilnya. "Takpa biar saya buat. Yang ni kan tadi? Nah." durian yang sudah dibukakan tadi, ditolak ke hadapan Chrisytal. Sakit pulak hati dia, bila sang isteri meminta pertolongan dari lelaki lain. Heih, suamimu di sini Puan Chrisytal Anne, jeritnya di dalam hati.

Maanif dan isteri saling berpandangan sambil menyembunyikan senyuman. Tidak disangka si abang sudah mulai panas. Bijak pulak kakak iparnya itu mengatur strategi. Puas hati dia melihat muka tidak senang Suraya yang melihat kelakuan spontan abangnya itu. Bukan dia tidak tahu kalau sepupunya itu sudah lama memendam perasaan kepada Maalik, namun dia tidak mahu mencampuri urusan peribadi abangnya.

Lupa nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk para readers yang merayakan. Stay safe and happy eid everyone, saranghae.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience