Tuduhan

Romance Series 32056

"Now tell me. Apa yang buatkan awak sampai sanggup nak cederakan cikgu Suraya tadi?" tanya Puan Rahimah merangkap pengetua sekolah kepada Chrisytal yang dari tadi diam dan menunduk. Dia kini berada di dalam bilik pengetua selepas dipanggil untuk disoal. "I am asking you, why did you do that?" tanya sekali lagi. Chrisytal menarik nafas panjang. "Why dont you ask her? Dia yang tiba-tiba serang saya then kunci pintu tandas." Chrisytal menjawab sambil menahan rasa geram. Cikgu Suraya disebelahnya dipandang tajam.

"Suraya, tell me. Betul ke apa yang dia cakapkan tu? Awak serang dia?" Cikgu Rahimah inginkan kepastian pula dari Cikgu Suraya. Dia pastinya tidak mahu mengambil keputusan yang berat sebelah atau mendengar dari satu pihak sahaja. "No! I didn't do that to her. Su cuma masuk nak check kebersihan tandas, tiba-tiba dia datang then serang Su." cikgu Suraya cuba berbohong dan menyalahkan Chrisytal. "You know me well right, cikgu. Su takkan buat benda-benda macam ni, apalagi dengan student." hujahnya lagi sambil menangis. Pengetua hanya mengganguk dan mempercayai kenyataannya itu.

"Hei engkaukan memang..." Chrisytal tidak dapat menahan rasa marahnya melihat air mata palsu yang keluar dari perempuan itu. Melihat anggukan pengetua itu menandakan dia memang tidak mempunyai peluang untuk membela diri, apalagi dia masih pelajar di situ. "Sit down! Jangan kurang ajar ye, dia cikgu awak di sini. Behave." marah pengetua. Cikgu Suraya hanya tersenyum sinis memandangnya. "Okay, memandangkan kesalahan awak ni berat, saya nak awak tolong call parents awak. Saya nak jumpa." kata pengetua lagi sambil menghulurkan telefon miliknya.

"But madam? saya tak salah, dia yang salah. You should be fair." Chrisytal masih tidak berpuas hati dengan tindakan pengetua itu yang seolah-olah menempatkan diri dia sebagai pesalah. "Yes i know. Tapi sekarang, saya nak awak panggil parents awak and saya nak bincang dengan mereka. Now!" tegasnya lagi. Chrisytal akhirnya akur lalu dengan hati yang berat dia menelefon mamanya. Sungguh dia tidak menyangka kejadian petang itu akan menyebabkan mamanya kecewa dengan dirinya. Serasa ingin dia menumbuk muka cikgu Suraya yang tersenyum jahat memandangnya.

"Okay thank you. Sekarang ni awak pergi tukar baju dulu. Nanti awak datang sini balik, faham?" arah pengetua dan dia hanya mengganguk lemah. "Wei babe what happened? Penat aku pusing satu sekolah cari kau, aku risau. Eh kenapa baju kau habis basah?" Laura bertanya risau setelah dia sampai di asrama. Chrisytal menggelengkan kepala dan tidak mampu untuk menjawab kerana dia terlalu penat saat itu. Akhirnya, tangisan dia pecah di dalam pelukan sahabatnya. "Suhh, its okay aku kat sini." pujuk Laura tidak mahu bertanya lebih lanjut melihat keadaan sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience