Demi cita-cita

Romance Series 32056

Mahu atau tidak manusia akan semakin dewasa seiring berjalannya waktu, namun waktu belum tentu dapat mendewasakan manusia. Pepatah yang sering diingati oleh Chrisytal Anne yang akan meninggalkan masa-masa sekolah rendahnya.

Dia merupakan salah satu pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajar ke peringkat sekolah menengah di salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah itu. Keputusan UPSR yang cemerlang melayakkan dia terpilih dan memasuki sekolah menengah berasrama penuh. Hatinya melonjak senang namun jauh di lubuk hatinya, Christyal sedih untuk berpisah dengan keluarganya.

Namun itulah keputusan yang terbaik buat dirinya dan masa depan keluarganya. Ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat serangan jantung dan ibunya pula tinggal bersama adiknya yang masih kecil di kampung. Keadaan ini menjadikan dia lebih bersemangat untuk berjaya dan membahagikan keluarga kecilnya.

“ Mama teringin lihat Ann berjaya seperti orang lain, mama tahu Ann punya cita-cita yang besar dan mama akan sentiasa support anak mama ni.” Pelukan hangat yang diberikan oleh Puan Annetha meluluhkan hatinya sebagai seorang anak.

“Ya mama, Ann janji akan try my very best and makes you and papa proud. I love you.” Tangisan yang berusaha dibendung akhirnya pecah dalam pelukan mamanya yang sentiasa tabah dan kuat demi anak-anaknya.

“ I love you too my Chrisytal. Dah tak mau sedih-sedih lagi.” sambil mengusapkan air mata Ann. “Jum kemas apa yang patut, esok pagi dah nak pergi kan?.” “Ye mama.” jawab Ann. Tidak mahu larut dalam kesedihan Ann lantas menyiapkan keperluannya agar tidak ada yang tertinggal kerana kampungnya berada agak jauh dari sekolah tersebut.

Lahir dalam keluarga yang berdarah Cina dan Iban, iaitu salah satu bangsa yang terbesar di Sarawak, menjadikan raut wajah Chrisytal Anne manis apabila dipandang. Mungkin raut wajahnya tidak secantik model-model antarabangsa yang terkenal, namun dia cukup bersyukur dengan ciptaan Tuhan itu.

Hidungnya yang tidak terlalu mancung namun cantik terletak dengan bibirnya yang kecil mungil berwarna merah ranum, alis yang terukir kemas, ditambah dengan matanya yang agak sedikit sepet seperti wanita berbangsa Cina pada umumnya namun sungguh indah apabila ditatap.

Rambut Christyal yang keperangan, beralun panjang menambahkan lagi kemanisan di wajahnya yang bujur itu. Apabila tersenyum, lesung pipit yang melengkuk di kedua dua pipinya akan jelas terlihat.

“Kalau Ann perlukan apa-apa di asrama, Ann telefon mama ya, nanti mama suruh uncle hantarkan.” “ Okay mama, no worry sebab barang ni pun dah cukup banyak. Ann tak nak susahkan uncle.” Uncle Simon merupakan adik kepada Puan Anetha yang sudah banyak membantu mereka sejak mereka berpindah ke kampung. “ Dah malam ni, masuklah tidur. Esok kita ke pekan awal sikit supaya pendaftarannya cepat.” kata Puan Annetha yang melihat Chrisytal Anne yang tidak berhenti menguap dari tadi. “Goodnight mama, sweet dream.” sambil memeluk erat mamanya yang pastinya akan dirindukan.

This is my very first time writing, please let me know if you are interesting in this story. I will try my very best to finish this story.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience