Berubah

Romance Series 32056

Sebulan berlalu, mereka akhirnya masuk semula ke sekolah untuk memulakan semester yang baru. Tahun ini, Chrisytal akan naik ke tingkatan 2 dan pastinya dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakanya yang lain terutamanya si Laura. "Babe!." teriak satu suara dari arah belakang, ketika Chrisytal menarik bag rodanya ke dalam sekolah. Dia melihat Laura sudah berlari meluru ke arahnya. "Wei, i missed you so much. Kau apa khabar?" tanya Laura selepas melepaskan pelukan. "Im good, how about you? Seronok bercuti di luar negara? Buah tangan untuk saya ada tak?" jawab Chrisytal mengusik kawannya itu. "Of courselah ada mamamia. Aku tak lupa kau punya lah. Dah jum masuk." ajak Laura sambil menarik bagasinya mengajak masuk.

"Nah, aku tau kau suka baca. Then masa aku jalan-jalan dekat mall haritu, ada promotion kaw-kaw apa lagi aku rembat untuk kau. Nah hadiah dari Bali pun ada." Laura menghulurkan kotak yang sudah dibalut kemas. "Babe? Susah-susah je awak ni. Btw, thank you." balas Chrisytal ikhlas sambil menyambut huluran itu. " Welcome, tak susahkan pun. Aku ikhlas." balas Laura sambil tersenyum. "Aku tak sabar nak masuk kelas balik. Aku rasa otak aku ni dah beku dah sebab lama tak diasah. Sebulan ni aku asyik enjoy je." sambung Laura berterus terang. "Baguslah tu, relaxing time. Nanti masuk kelas awak juga tak sabar-sabar nak cuti kan?" usik Chrisytal sambil menyusun rapi barangannya ke dalam almari. "He...he... ye tak ye juga kan." balas Laura sambil menggaru belakang kepala. Chrisytal tersenyum melihat gelagat Laura itu, sudah lama mereka tidak bergurau senda.

Masuk sahaja ke dalam kelas, Laura terus merehatkan kepalanya di atas meja. "Apa saya cakap semalam, betulkan. Konon tak sabar nak study tapi sampai kelas terus K.O." Chrisytal menggelengkan kepala melihat aksi sahabatnya itu. Namun dia pelik, walaupun Laura seperti tidak fokus di dalam kelas, keputusannya tetap cemerlang malah lebih cemerlang daripadanya. Haih, pelik rumus apalah yang dia guna. "Diamlah." balas Laura sambil kepalanya masih direhatkan di atas meja.

Selesai kelas, Laura mengajak mereka untuk berehat di kantin sekolah. " Wei, kau perasaan tak? Dalam jadual kelas, Cikgu Maalik dah tak ajar kita lagi." ujar Laura sambil mulutnya penuh dengan nasi goreng. Chrisytal tidak mahu menunjukan reaksi, sekadar tunduk dan menjamah perlahan mie goreng yang dipesannya. Dia bukannya tidak tahu, namun dia tidak mahu mengambil kisah lagi pasal semua itu. Lagipula dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri untuk berubah. "Dei macha? Bisu ke?" bebel Laura melihat Chrisytal yang hanya mendiamkan diri. Chrisytal hanya menahan senyum.

Chrisytal duduk sementara menantikan Laura menghabiskan nasi goreng di pinggannya. "Ha, bising lagi. Tengok nasi awak pun tak habis lagi." Chrisytal menunjuk nasi goreng yang tinggal sepaeuh di dalam pinggan Laura itu. "Yelah, tunggu aku tau, sabar nah." ujarnya melajukan suapan. Tiba-tiba, Chrisytal mengangkat pandangan dan melihat Cikgu Maalik sedang melangkah ke arah mereka dengan pinggan di tangannya. "Mampus, apa aku nak buat ni." fikir Chrisytal di dalam hati, serba salah mahu meninggalkan Laura yang sedang makan. Belum sempat cikgu Maalik melangkah ke arah mereka, suara cikgu Suraya sudah pun menmanggil namanya untuk duduk menyertai guru-guru yang lain.

"Babe, i think we should go now. Nasi awak pun dah habis kan, jum." ajak Chrisytal sambil menarik laju tangan Laura yang mahu menyelesaikan suapan terakhir itu. "Wei, wei, wei. Relax." Laura laju membontoti langkah Chrisytal yang sudah sedikit jauh di hadapan. "Kau tengok setan ke apa, sambil ketakutan macam ni?" tanya Laura lagi selepas berjaya menyamai langkah mereka. "Bukan setan, but this is monster. MONSTER, waaaa." balas Chrisytal sambil menunjukkan aksi 'monsternya'. Hatinya masih berdebar-debar dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu tadi. Dia tidak mahu lagi menoleh ke arah belakang dan terus melangkah maju masuk ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience