Kain batik

Romance Series 32088

"Anne, mari teman nek ke kampung sebelah, ada kenduri petang nanti." Tok Mek yang sudah lengkap bertudung, datang menghampirinya. Chrisytal yang baru sahaja selesai mencuci piring lantas menoleh.

"Kenduri apa nek?" tanya Chrisytal. Sedikit teruja kerana dia belum pernah menghadiri kenduri di kampung-kampung. Kalau ada pun kenduri tahlil, tapi itu di bandar. "Kenduri khawin anak kawan Tok kamu. Katanya ada masak-masak sikit, pasal tu lah nek ajak kamu biar kamu kenal-kenal dengan orang kampung." jawab Tok Mek sambil sibuk membetulkan tudungnya.

Tiba-tiba Maalik yang datang dari arah belakang menyapa mereka. "Ha nek, nak pergi mana lawa-lawa macam ni? Nak bagi Tok jealous ka?" dia mengusik. Tok Mek memandang cucunya itu geram. "Bertuah punya cucu, ada-ada saja kamu ni." balas Tok Mek sambil bercekak pinggang.

"Ha, dah alang-alang kamu kat sini marilah ikut nek kampung sebelah. Ada kenduri sikit. Bolehlah kamu tolong apa yang patut. Ajak Maanif dengan Sofea sekali." sambung Tok Mek lagi. Dia sudah terbiasa mengajarkan cucu-cucunya supaya ringan tulang dan mahu bergaul dengan orang kampung.

"Anne. Kamu pasti ke nak pakai pakaian macam tu? Kat sana nanti panas, takut kamu tak selesa." Tok Mek melihat seluar jeans yang dikenakan cucu menantunya itu. "Er, tapi Anne ada seluar jenis ni je nek. Anne lupa nak bawa lebih." Chrisytal menjawab sambil memandang ke arah jeans yang dikenakan. Memang dia jarang mahu mengenakan kain atau skirt selain seluar.

"Tak apa. Kamu boleh guna kain batik nek kat dalam bilik situ. Ambil ja, nek tunggu di luar ya." Tok Mek menunjukan biliknya. Chrisytal mengganguk lalu bergerak untuk menukar pakaian ke pakaian yang lebih selesa, bak kata Tok Mek.

"Kamu nak ke mana tu. Mari sini." Tok Mek menegur Maalik yang turut berdiri dan berjalan mengekori isterinya untuk ke dalam bilik. "Err, nak masuk bilik." Maalik berdiri sambil mengarukan kepala. Alamak, kantoi pula detik hatinya.

"Kamu jangan nak gatal sangat ye Ayik, pagi lagi ni. Dah pergi panggil adik kamu, kita bergerak sekarang." Tok Mek menampar lengan si cucu yang ada sahaja ulah nakalnya. Haihlah, anak muda zaman sekarang ni, Tok Mek menggelengkan kepala.

Berdesup laju Maalik meninggalkan Tok Mek untuk mencari Maanif dan Sofea yang berada di belakang rumah. Entah apa yang mereka buat di halaman belakang pun dia tak tau. Pagi-pagi buta macam ni pun nak bemesraan bagai, kalah pengantin baru tau tak. Haihlah, dia dengan isterinya bilalah dapat berdua-duaan macam tu, hmm.

Selesai mengenakan sarung batik, Chrisytal turun ke halaman untuk menyertai Tok Mek dan yang lain-lain sebelum mereka berangkat ke kampung sebelah. Halah jalan kaki je, lagipun dekat.

Maalik pula menoleh ke arah isterinya yang baru turun. Matanya tidak lepas dari memandang tubuh ramping yang cantik mengenakan sarung dan baju kurung milik neneknya itu. Pakaian itu menyerahkan lagi keayuan dan kemanisan si pemakai. Hampir-hampir sahaja dia tidak berkedip tetapi nasib baik suara Tok Mek mengejutkannya dari terus terbuai dan jatuh cinta untuk kesekian kalinya.

"Dah, jum semua. Nanti lambat kita sampai." Tok Mek sudah berjalan bersama Aisyah yang sudah dahulu berlari riang di hadapan. Cuaca yang sedikit terik menyebabkan Chrisytal merasa tidak selesa. Dia lalu menyangul rambut panjangnya dengan tinggi dan mengikatnya kemas, menampakkan lehernya yang jinjang dan putih.

Tiba-tiba ikatan rambutnya ditarik dengan perlahan, menyebabkan rambut yang tadi diikat kemas, kini terurai semula. "Saya tak benarkan sesiapa pun tengok leher awak. You are mine." bisik Maalik perlahan di telinganya. Chrisytal yang terkejut lantas menoleh.

"I am not yours. Perasaan." Chrisytal merampas ikat rambut yang berada di dalam gengaman suaminya, lalu dia berlari kecil meninggalkan Maalik yang terpinga-pinga di belakang. Chrisytal menahan senyum, dia sengaja mahu melihat reaksi suaminya.

Maalik tidak mahu kalah dengan permainan si isteri lalu dia turut berlari mengejar Chrisytal. Setelah berjaya menyamakan langkah dengannya, Maalik terus menarik tangan isterinya lalu digengam kemas.

Chrisytal cuba melepaskan gengaman namun malangnya kudrat dia tidak seberapa jika dibandingkan dengan lengan sasa suaminya. Dia akhirnya hanya membiarkan perlakuan tak terduga itu. Maalik tersenyum kemenangan. Siapa suruh melawan, kan dah kena kunci he he...

Jangan lupa tinggalkan komen, peace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience