Dukung

Romance Series 32056

"Eiii..." Chrisytal masih melompat-lompat sambil tangannya sibuk mengelap air mata yang bercucuran jatuh. Rasa takut dan geli menguasai dirinya.

"Shhh... Meh, saya tengok." Maalik kasihan melihat wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata. Tidak pula dia menyangka bahawa si isteri bakal ketakutan seperti itu. "Stay. Don't move." dia mengarahkan isterinya supaya tenang dan tidak bergerak. Pacat yang sudah mulai kekenyangan, dikuis dengan ranting kayu dan akhirnya terlepas.

Maalik berdiri, namun seketika dia terpegun melihat wajah isterinya yang sedang memejamkan mata. Dia memerhati dari rambut hingga ke bibir merah milik isterinya. Sungguh dia terpesona dengan kecantikan semula jadi sang isteri.

"Dah ke? Cepat sikit." Chrisytal berbicara sambil matanya masih terpejam. Lama betul suami dia menyingkirkan makhluk penghisap darah itu. Perlahan-lahan dia membukakan mata.

*Dup dup dup...* Jantung semakin berdenyut hebat apabila matanya bersambung dengan anak mata berwarna coklat milik suaminya. "Ehem.." dia sengaja berdehem kecil untuk mengawal perasaanya. "Er, mana pacat tadi?" Chrisytal melihat ke bawah untuk mencari sang penghisap darah tadi.

Maalik yang pelik dengan soalan isterinya, terus menunjukan ke arah pacat yang sudah mati akibat kekenyangan tadi. "Eii, berani kau hisap darah aku, ha?. Nah rasakan." Chrisytal sudah melompat-lompat sambil melenyekkan badan si pacat yang malang itu. "Kau ingat darah aku free ke ha? Nah ambik ni." dia masih meminjaknya dengan geram sambil mulutnya tidak berhenti membebel.

Maalik yang tadinya terkejut kini menahan senyum melihat telatah spontan isterinya itu. Comel je budak ni heii, bisik hatinya. Dia menggelengkan kepala lalu menarik tangan Chrisytal untuk berhenti. Kasihan pula dia tengok badan si pacat sudah hancur lebur, sampai-sampai tengelam ke dalam lumpur yang dalam.

"Okay, okay. Enough. Hancur badan pacat tu awak kerjakan." Maalik menarik perlahan isterinya untuk berhenti. "Mana boleh. Dia suka-suka je curi darah orang, saya tak suka lah." marahnya sambil memandang ke arah bekas gigitan di kakinya yang mulai memerah.

"Awak mana tau. Pacat tu sebenarnya baik tau sebab dia cuma hisap darah kotor dalam badan kita saja. Eloklah bagi dia hisap, biar bersih sikit darah dalam badan awak tu." Maalik menyakat isterinya. Suka dia melihat wajah merah wanita itu menahan geram .

Chrisytal merenung tajam ke arah suaminya yang sudah mulai tertawa lagi. Kecik besar kecik besar je dia tengok suaminya sekarang, hei. Sabar je lah. "Dah puas ketawa?" dia berpeluk tubuh sambil menanti Maalik berhenti ketawa. Pak cik ni kalau tak mengusik orang memang tak sah hidup dia.

"Okay, sorry sorry. Dah jum balik, esok jelah kita main layang-layang. Kaki awak tu nak kena sapu ubat sikit." Maalik kasihan melihat wajah cemberut isterinya. Dia membongkokkan badan sambil belakang badannya diarahkan ke pada Chrisytal.

Belum sempat Chrisytal membuka mulut, Maalik sudah terlebih dahulu bersuara. "Naik belakang saya. Awak tu tak berselipar, nanti lagi ramai pacat yang sangkut. Nak ke?." sengaja menakut-nakutkan isterinya itu. Dengan teragak-agak Chrisytal mulai naik ke belakang badan suaminya dan berpaut pada leher itu.

Bau wangian dari Hugo Boss, menusuk lembut ke dalam hidungnya. Seketika dia terbuai dan memejamkan mata menikmati keadaan itu. Hatinya kembali berdebar-debar. Dia asyik menilai sisi wajah suaminya yang sempurna tanpa cacat cela sekali pun. Dari sisi sudah tampan apalagi kalau dilihat dari depan, ye tak? He he...

"Ada pacat ke dekat muka saya?" soalan dari Maalik, mengejutkan dirinya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan melihat ke hadapan. Maalik menahan senyum. "Awak seronok tinggal di sini?" tanya Maalik, ingin tahu tentang perasaan isterinya itu.

"Seronok. Thank you sebab sudi bawa saya ke sini, terubat sikit rindu saya dengan kampung halaman." tutur Chrisytal dalam senyuman. Bahagia dia rasakan ketika keluarga Maalik dapat menerimanya dengan baik sejak pertama kali dia menjejak kaki ke situ.

"My pleasure. Nanti saya bawa awak jalan-jalan pusing satu kampung, nak tak?" Maalik bertanya sambil dibalas dengan anggukan laju si isteri. Tiba-tiba idea jahatnya muncul. Dia dengan laju membawa mereka berlari melimpasi benang yang sempit itu. Chrisytal yang berada di belakang menjerit kerana terkejut dengan kelakuan Maalik. Pelukan di leher suaminya semakin diperkemaskan, risau kalau mereka terhumban ke dalam sawah yang basah itu.

"Arghhh! Awakkkk!" jerit Chrisytal sambil memejamkan matanya. Kalau di lihat dari jauh, mereka seperti kanak-kanak riang yang sedang berlari sambil tertawa riang. Maalik menahan senyum. Sengaja dia mahu menyakat si isteri, supaya tiada lagi jarak di antara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience