Menjauh

Romance Series 32056

Selepas peristiwa semalam, Chrisytal tidak lagi mahu melayan perasaan sukanya terhadap lelaki itu. Dia takut untuk terluka dan ingin terus fokus dengan pelajaran kerana jalannya masih sangat panjang. Masuk saja ke dalam dewan peperiksaan, Chrisytal hanya berlagak tenang ketika melewati cikgu Maalik, walaupun mata itu tajam merenungnya. Dia mengambil tempat duduk seperti biasa dan mulai tunduk membaca buku sehingga loceng pertama dibunyikan.

"Wei, aku macam seram sikit la tengok muka cikgu Maalik tadi. Dia macam tenung kaulah, lama pulak tu. Aku rasa ni mesti pasal hal semalam." bisik Laura perlahan semasa mereka sedang menikmati masa rehat. "Takda lah, biasa saja." balas Chrisytal, menidakkan firasat Laura walaupun dia sedar akan hal yang sama. "Dahlah, jum balik kelas awal nanti boleh belek buku sekejap. Semalam pun kita tak sempat nak study lama-lama." ajak Chrisytal setelah mereka menghabiskan makanan di dalam kotak yang disediakan.

Tanpa sengaja, mereka terserempak dengan cikgu Maalik di laluan kelas. "Ann, what should we do?" bisik Laura ke telinga Chrisytal kerana mereka sudah tidak mungkin untuk mengelak. "Suhh, rilex. Just agree with me later, okay." balas Chrisytal. Laura masih lagi binggung namun dia mengangguk dan memeluk erat lengan Chrisytal. "Selamat pagi cikgu." ucap mereka serentak sambil menundukkan pandangan, hormat. Mereka terus membuka langkah untuk meninggalkan laluan itu namun dipanggil semula oleh cikgu Maalik, mereka terus berpaling serentak. "Wait! Ladies, em about yesterday actually saya ada benda nak ter..." belum sempat dia menghabiskan ayat, chrisytal terus memotong dengan memberikan alasan.

"Eh cikgu kami minta diri dulu ye sebab perut Laura tengah sakit ni. Dia dah tak tahan nak ke toilet. Sorry cikgu." balasnya sambil menarik tangan Laura untuk berlakon bersamanya. "Aa aaaa be, betul tu cikgu. Aww aww perutku." lakon Laura sambil memegang perutnya. Mereka lalu meminta diri untuk bergegas pergi dari situ. "Fuhh, terer kau cover eh. Terbaiklah." puji Laura sambil menunjukkan tumbs up nya. Chrisytal hanya tersenyum kecil, dia juga tidak tahu sampai bila akan mengelak dari lelaki itu kerana dia sudah berjanji ingin menjaga perbatasan mereka sebagai guru dan pelajar.
Ketika mereka melewati tangga untuk naik ke dewan peperiksaan, mereka terserempak pula dengan cikgu Suraya yang hanya tersenyum sinis memandang Chrisytal sambil merenungnya tajam. Chrisytal hanya menunduk hormat lalu menarik tangan Laura untuk masuk ke dalam dewan. "Nasib kita tak baiklah hari ni, asyik terserempak dengan benda seram je. So scary." ucap Laura setelah mereka duduk di tempat sendiri. "Banyaklah awak punya scary, kalau awak tak buat hal semalam takda nya kita macam ni." jelas Chrisytal sambil menggelengkan kepala. "Yelah, my fault. Tapi kalau kita tak tengok semalam, kita mesti tak tau kan yang mereka tu ada hubungan." pujuk Laura lagi membela dirinya. Chrisytal hanya mengganguk senyum walaupum dia sudah tahu hakikatnya.

"Baru bagi kau, tidak bagi aku. Aku dah lama tau mereka ada hubungan tapi aku je yang bodoh simpan perasaan dengan cikgu Maalik." jerit hatinya. "Bodoh!" ucapnya secara tidak sengaja. "Ha? Apa dia? tanya Laura kebingungan, mungkin tidak jelas dengan suaranya. "Apa benda ha, ha kau ni? Aku cakap belajar, ni." tunjukannya kepada buku di tangan. Dia juga tidak menyangka akan tersasul seperti itu. Nasibnya baik kerana Laura terus mengganguk dan mulai fokus dengan bukunya sendiri.

Chrisytal turut sama kembali tekun membaca notanya dan ingin segera melupakan kejadian tadi. Dia tahu tindakannya yang pergi begitu saja adalah tidak sopan terhadap gurunya namun dia tidak mahu berubah fikiran lagi. Dia tahu sedikit sebanyak penjelasan daripada cikgu Maalik akan mempengaruhi pilihannya untuk melupakan perasaannya sebelum ini. Hatinya sudah berkeras untuk tidak dipermainkan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience