Isi hati

Romance Series 32056

Semenjak peristiwa tempoh hari, Chrisytal sudah tidak lagi melihat atau bertemu dengan Maalik ketika dia dan Arif keluar bersama-sama kawan yang lain. Text mahupun pesanan daripada lelaki itu sudah tidak lagi diterima olehnya, sehingga Chrisytal tertanya-tanya dan sedikit rindu dengan perhatian kecil daripada lelaki itu. Namun, dia tidak mahu terus memikirkan hal itu, kerana dia sedar mereka belum mempunyai sebarang ikatan untuk dia menyimpan perasaan seperti itu. Sengaja dia menyibukkan diri dengan urusan di sekolah dan yang paling penting, dia sudah tidak sabar menunggu Laura yang bakal menghabiskan waktu cutinya, bersama.

“Anne, you free ke malam ni? I actually nak ajak you dinner.” tanya Arif semasa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke bilik guru. Chrisytal yang tersentak dengan soalan itu, lantas memandang ke arah Arif yang menantikan jawapannya. “Bukan semalam dah keluar ke? Tak kan hari-hari saya kena dinner dengan awak. Ish, apalah awak ni.” Chrisytal menolak kerana dia sedikit segan jika keluar berduaan dengan lelaki itu, apalagi dia sebenarnya tidak mahu menimbulkan fitnah dari mata yang memandang.

“Malam ni special sikit. Please?” Arif masih memujuknya. Dia berharap wanita itu akan bersetuju. “Tapi….” dia masih cuba untuk mencipta alasan, untuk menolak. “Please, Anne.” lelaki itu masih mencuba nasib dengan menghadang jalannya. Chrisytal terpaksa berhenti dan menarik nafas panjang, melihat kelakuan lelaki itu. Nampaknya dia memang benar-benar ingin mengajaknya keluar untuk makan malam. “Okay, fine. Tapi kita kena awal balik tau, sebab saya ada kerja sikit nak buat. Promise?” akhirnya dia bersetuju dengan permintaan Arif. Lelaki itu tersenyum sambil mengganguk laju. “Promise.” janjinya.

Seperti biasa, kereta Toyota Vios milik Arif sudah siap menunggunya di depan rumah. Dari jauh, Chrisytal melihat lelaki itu segak mengenakan kemeja putih yang dipadankan dengan jas bewarna hitam. Dia juga perasan, rambut panjang milik Arif sudah dipotong kemas dengan jambang yang sudah dicukur bersih. “Wow, you look so different.” Chrisytal memuji lelaki itu dengan ikhlas. Memang diakui, wajah Arif kelihatan lebih tampan dan segar tanpa jambangnya.

“Really? Fuh, tak sia-sia I cukur jambang, hehe…” dia tersengih sambil menatap wajah wanita cantik di hadapannya itu. Wajah itulah yang sering menghantui tidurnya setiap malam, sehingga dia sentiasa mencari alasan supaya dapat keluar bersama wanita yang sudah lama mencuri hatinya. “Jom. I bawa you somewhere.” Arif sudah siap membukakan pintu kereta untuk Chrisytal, sambil menjemputnya masuk. Dia ingin membawa wanita pujaanya itu, ke suatu tempat yang sudah disiapkan olehnya.
“I hope you will like it.” dia mengenyitkan mata, lalu memandu keluar dari situ.

“Okay, kita dah sampai. Tapi, I nak you put this blind fold first. Don’t cheat.” Arif menutup mata Chrisytal dengan menggunakan kain yang sudah disiapkan olehnya. Dia mahu memberikan kejutan kepada wanita itu. “Don’t move. Tunggu situ.” suara Arif memberikan arahan, lalu bergerak ke arah pintu Chrisytal, untuk membukanya. “Come, hold my hand. Jangan takut, just trust me.” bisik Arif dengan romantis di telinganya. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah sambil tangannya memegang Arif dengan erat. Risau, kalau-kalau tersilap pijak tak ke malu tu.

“Stop.” dia menghentikan langkah setelah Arif memegang bahunya dengan lembut. Telinganya dapat menangkap suara ombak yang menghempas pantai dengan angin yang bertiup mendinginkan suasana. Sekilas, dia sudah dapat mengagak lokasi mereka pada ketika itu. “Suprise…” sebaik sahaja blind fold dibuka, Chrisytal terpaku melihat sebuah pondok kecil yang cantik dihias dengan lampu dan tirai berwarna putih. Di belakang pondok kecil itu, terdapat sebuah rumah banglo yang kelihatan mewah dan megah. “You suka tak?” bisik Arif yang berdiri begitu hampir di sebelahnya, dengan nada yang romantis. Dia senang melihat wajah cantik itu tersenyum melihat kejutan yang sudah lama dirancangnya.

“Where are now? Tu rumah siapa?” tanya Chrisytal yang kagum melihat rumah serba putih di hadapan mereka. Cantik, pujinya. Apalagi rumah itu berdekatan dengan pantai dan jauh dari kepesatan kota. “Rumah I. Cantikkan.” Arif tersenyum bangga melihat reaksi suka yang ditunjukkan oleh Chrisytal, sebaik sahaja mereka sampai di situ tadi. Tidak sia-sia dia memelihara tanah peninggalan arwah papa dan menjadikkannya rumah impian. “Actually rumah ni, I yang design sendiri dan alhamdulilah, this year siap sepenuhnya. Tapi yang paling penting, you are the first person yang I bawa datang sini. I jarang nak share kehidupan peribadi dengan strangers but you are special to me, so I bring you here today.” Arif berkata sambil memandang tepat ke dalam anak mata Chrisytal, mencuba untuk menyampaikan isi hati.

Chrisytal yang terkejut dengan pengakuan itu, lantas melarikan pandangan. Dia sebenarnya keliru dengan sikap romantis yang tiba-tiba ditunjukkan oleh Arif, sedangkan selama ini mereka berteman baik. Rasa janggal apabila seseorang yang dianggap sahabat dekat, meluahkan perasaan. “Err…” lidahnya buntu, tidak tahu untuk menyusun perkataan. “Dah, jom ke sana. I dah prepare something buat you.” Arif memimpin tangannya untuk bergerak ke arah pondok kecil yang sudah dihias cantik itu. Hatinya masih berdebar-debar, namun dia berusaha mengawal perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience