Kampung

Romance Series 32685

Sebaik sahaja sampai di perkarangan sebuah rumah kayu yang dicat hijau, permandangan sawah padi yang terbentang luas, menyapa mata Chrisytal Anne yang melangkah keluar dari kereta. Dia membetulkan belakang badannya yang sakit akibat terlalu lama duduk di dalam kereta. "Wahh..." ujarnya teruja. Terasa tidak sabar mahu berjalan dan mengambil gambar di situ. Biasalah perempuan hehe...

Maalik melangkah ke belakang kereta untuk mengeluarkan barang dan bagasi yang dibawa mereka. Aisyah pula masih terlena di dalam kereta, mungkin terlalu penat. "Meh, saya tolong." Chrisytal menawarkan diri untuk membantu mengangkat bagasi dari Maalik. "It's okay. Awak tolong kejutkan Aisy, kita dah sampai ni." tolak suaminya perlahan.

Chrisytal hanya mengganguk lalu bergerak untuk mengejutkan Aisyah yang terlena di kerusi belakang. "Cucu aku dah sampai? Ya Allah rindunya." satu suara menjerit gembira. Chrisytal lantas menoleh dan melihat seorang wanita tua yang mengenakan baju kurung serta berkain sarung sedang menanti mereka di pintu rumah.

Sekaligus mengejutkan Aisyah dari tidur. "Jum masuk, Tok Mek dah tunggu tu." ujar Maalik yang sudah berdiri di sebelahnya. Chrisytal memimpin tangan Aisyah dan mengekori langkah Maalik untuk masuk ke dalam rumah. Hatinya sudah mulai risau dan takut.

"Assalamualaikum Tok. Ayik bawa isteri dengan cucu nenek ni." Maalik mencium lama tangan si nenek yang sudah berkedut namun masih kuat bekerja. "Assalamualaikum nek, apa khabar? Nama saya Chrisytal." dia turun mencium hormat tangan Tok Mek yang dari tadi memerhatinya. Hatinya kembali berdebar, risau jika kedatangannya tidak disenangi oleh si nenek.

"Walaikumsalam. Oh inilah isteri kamu ye Ayik? Hm, cantik orangnya, bertuah kamu. Eh jemputlah masuk, Tok ada buatkan kamu cekodok, masih panas lagi. Marilah." Tok Mek menarik tangan Chrisytal untuk masuk. Dia senang apabila mendengar Maalik akan pulang berserta isteri dan cicitnya. Eh cicit? Dia berhenti lalu berpusing mencari Aisyah.

"Alamak. Tok lupa pula dengan kamu Aisyah. Cicit nenek ni dah besar ye, lama dah Tok Mek tak jumpa kamu sayang." dia menarik Aisyah ke dalam pelukannya. Rindu dengan cicitnya yang satu itu. "Apalah Tok Mek ni, lupa pula dengan Aisy." si kecil pula hampir merajuk kerana Tok Mek tidak menegurnya dari tadi. "Aisy..." Maalik menegur kelakuan anaknya itu. Dia juga hampir ketawa melihat wajah rajuk Aisyah.

" Takpelah. Dah jum kita minum dulu. Kamu mesti penat jalan jauh." Tok Mek mengajak mereka untuk menikmati minum petang. Dari tadi dia sudah beria menyiapkan makanan, memandangkan rumah itu bakal dipenuhi dengan tetamu. Hilang seketika suasana sunyi di rumah kayu itu.

"Nek, Tok mana? Tak nampak pun dari tadi?" Maalik bertanya setelah dia tidak melihat kelibat datuknya, Haji Ismail di rumah sejak mereka sampai tadi. "Hm, macam biasalah atuk kamu tu. Turun ke laut, kejap nanti baliklah dia." Tok Mek menjawab sambil tangan tua itu sibuk menyiapkan makanan di atas meja. Christyal turut membantu dengan menuangkan air kopi di dalam cawan.

"Ni, si Anip tu jadi ke nak datang dengan sofea? Katanya nak balik ke sini juga, bawa isterinya tu." sambung Tok Mek lagi. "Eh, dia orang nak datang ke sini juga ke nek? Alik tak tau pun." ucap Maalik sambil tangannya laju mencapai cekodok yang masih berasap di atas meja. Tercapai juga hajat dia mahu makan cekodok pisang buatan neneknya petang itu. Memang kalau cekodok hasil air tangan nenek, memang legend.

"Pagi tadi si Anip telefon. Katanya Sofea mengidam nak makan durian, jadi nenek suruh bawa balik kampung je. Lagipun sini sekarang musim durian." terang Tok Mek yang turut duduk di meja makan. Itualh sebabnya dia menyediakan makanan sedikit banyak, kerana dia tahu cucunya yang satu lagi mahu pulang kampung. "Musim durian? Kampung ni banyak durian ke nek?" Chrisytal yang dari tadi diam mendengar, tiba-tiba tertarik untuk berbual setelah mendengar perkataan 'durian'. Fuhh, buah favourite tu.

" Ye. Kat sini memang banyak durian, nak-nak lagi kat kebun atuk kamu tu. Lebat buahnya." ucap Tok Mek. Chrisytal yang mendengar, tersenyum gembira. "Awak suka makan durian ke?" Maalik memandang ke arahnya. Chrisytal pula mengganguk laju. "Ha, baguslah. Nanti, Ayik bawalah isteri jalan-jalan sekitar kampung ni. Bawa dia lawat kebun, mesti kamu suka." Tok Mek mengusap perlahan lengan cucu menantunya itu. Walaupun baru sebentar berjumpa, namun dia sudah mulai menyukai peribadi isteri Maalik yang berwajah cantik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience