Layanan

Romance Series 32056

Semenjak dari peristiwa di perpustakaan itu, cikgu Maalik seolah-olah ingin banyak bercakap dengannya. Jika di dalam kelas, dia akan selalu diacukan soalan oleh cikgu Maalik ataupun dipilih untuk menyelesaikan tugas di hadapan papan tulis.

“Kau ni memang student Favourit cikgu Maalik eh? Aku tengok tiada satu hari pun dia tak pernah tak tanyakan kau soalan.” ujar Laura. “Eh taklah, feelings kau saja kot. Aku tengok biasa je, mungkin dia masih belum hafal kot nama-nama kita sekelas.” belanya.

“Hm yelah tu, kau ni ada saja benda nak menjawab aku kan. Takpa, lupakan. Eh petang ni jumpa guru kokurikulum jum, daftar nama.” “Okay, saya pun dah terfikir nak pilih bidang yang mana, nanti kita sama-sama eh.” balasnya kepada Laura.

Di sekolah itu, bidang kokurikulum juga menjadi keutamaan selain daripada bidang kukurikulum kerana tujuannya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi sahsiah dan jasmaninya. Wow hebat sekali.

Seusai mendaftarkan nama di pejabat, mereka pun bergerak pulang ke asrama. “Ann, kau kenapa tak nak ambil sukan hoki tadi? Kau kata nak kita sama-sama.” tanya Laura. “Saya bukan tak nak, tapi saya tak tau bermain hoki lagipula saya minat bermain Bola Tampar.” jawab Laura.

Jawapan ini dijadikan alasan untuk mengelakkan Laura bertanya lebih lanjut. Dia enggan menyertai sukan hoki kerana, dia tidak mahu bertembung dengan cikgu Maalik. Cukuplah hanya di dalam kelas hatinya bergoncang hebat melihat figura itu, nanti tak pasal-pasal kena penyakit jantung pula. “Hm, ada saja alasan kau ni kan. Dahlah jom makan, aku dah lapar ni.” kata Laura sambil mengusap perutnya.

Mereka pun beiringan masuk ke dalam dewan makan sambil Chrisytal masih memikirkan layanan yang ditujukan oleh cikgu Maalik kepadanya. “Dia suka aku ke? Ah, tak mungkin kot perasaan je tu. Tapi aku suka.” detik hati Chrisytal. Dia tersenyum kecil memikirkan hal itu, namun dia tidak mahu menaruh harapan kerana dia sedar perbezaan dia antara mereka sangat banyak!

Sejak dari pertemuan pertama itu, hatinya memang sudah lama suka terhadap cikgu Maalik, namun dia tahu dan sedar kedudukannya sebagai seorang anak murid. Dia tidak mahu dilihat sebagai murid yang kurang sopan tambahan lagi umurnya juga masih sangat muda untuk jatuh cinta.

Dia kembali mengingati tujuan utamanya ke sekolah ini dan berusaha melupakan rasa itu. Namun, jika layanan yang sama masih diberikan, dia tidak yakin akan mampu bertahan atau mengelak.

comment if you like this storyline.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience