Double Date

Romance Series 32088

“Come…” ucap Arif lembut, lalu menghulurkan tangannya kepada Chrisytal yang masih mendiamkan diri di dalam kereta. Chrisytal yang masih terpegun melihat keadaan di sekitar mereka, dengan perlahan-lahan menyambut huluran tangan itu. “Where are we?” tanyanya dengan nada yang teruja kepada Arif yang masih setia berdiri di sampingnya. Mereka kini berada di hadapan sebuah restoran yang terletak berhadapan dengan pantai yang dihiasi dengan lampu-lampu yang agak estetik di matanya. Sungguh menenangkan tempat itu, sehingga angin laut yang menyapa tubuhnya tidak terasa.

“I dah agak you akan suka dengan tempat ni sebab pertama kali I datang sini pun, I have fall in love with this place.”, “Rasa tenang especially kalau ada someone special di sisi.” kata-kata terakhir itu hanya mampu diungkapkan di dalam hati, sambil Arif mencuri pandang ke arah Chrisytal yang memejamkan mata, menikmati suasana di situ. *Click* bunyi kamera mengejutkan Chrisytal lalu dia melihat ke arah Arif yang turut memandangnya dengan muka yang tidak bersalah. “Eh you, jomlah masuk. I dah lapar ni.” belum sempat dia membebel, Arif sudah berlari anak meninggalkan dia di belakang.

“Welcome sir. May I know your name, please?” seorang pelayan wanita menyambut mereka di depan pintu masuk. “Syed Arif Amsyar.” bukan Arif yang menjawab, tetapi satu suara dari arah belakang yang muncul secara tiba-tiba. “Yoo, Maalik Miguel. What a suprise to see you here, my bro.” Arif yang tekejut dengan kehadiran sahabat karibnya itu, lantas memeluknya kejap. Mereka sudah lama berkawan namun semenjak kebelakangan ini, masing-masing sibuk dengan pekerjaan sehingga mereka jarang bertemu. Chrisytal yang turut berpaling melihat ke arah belakang, terkaku seketika. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan lelaki itu, sekali lagi.

“Er, her name is Chrisytal Anne. Officemate I.” melihat mata Maalik yang merenung Chrisytal lama, mungkin terkejut dengan kehadiran wanita itu. “You, perkenalkan ini senior I di universiti dulu. Maalik Miguel.” sambungnya lagi, melihat reaksi yang sama ditunjukkan oleh Chrisytal kepada rakannya itu. Kedua-duanya saling diam sebelum Maalik menghulurkan tangan kepadanya. “I know her. She was my student in high school.” ucap Maalik jujur sambil menanti hulurannya disambut. “Nice to see you again, miss Chrisytal.” perlahan-lahan huluran itu disambut dengan riak yang cuba dikawal, tidak menyangka lelaki itu berani berterus- terang.

“Oh, ex student. Eh, ni kau datang sorang-sorang je ke?” Arif melihat Maalik yang sepertinya tidak ditemani oleh sesiapa. “Aku teman Suraya.” jawapan itu sememangnya sudah diagak oleh Chrisytal yang melihat satusosok yang sedang melangkah ke arah mereka ketika itu. “Eh, Arif? Tak sangka you ada kat sini juga. Bawa girlfriend ke?” tanya Suraya yang masih belum menyedari kehadiran Chrisytal di antara mereka. “Hei, plastik ni lagi. Macam Chipsmore lah dia ni, mana-mana mesti ada dia.” bisik hati kecil Chrisytal, menyampah.

“No, I bawa kawan je. Perkenalkan officemate I, Chrisytal Anne.” Arif menunjuk ke arah Chrisytal yang sedari tadi tunduk melihat lantai. “Oh wow, another suprise? Hai, cik Chrisytal.” cukup terkejut dengan kehadiran budak hingusan itu lalu dia meraih lengan Maalik dengan laju. Perlakuan itu disedari oleh Chrisytal, namun dia hanya beraksi santai dan tersenyum mengejek. “Takut lah tu.” ejeknya di dalam hati. “Awak, saya lapar lah.” Chrisytal yang mulai merasa jengkel dengan pandangan Suraya terhadapnya lantas mencari alasan itu beredar dari situ. “Eh, sorry-sorry. You both jomlah join kita orang, boleh borak-borak panjang.” pelawa Arif yang sudah lama tidak berjumpa dengan sahabatnya itu.

“Sure, boleh.” belum sempat Suraya menolak, Maalik sudah terlebih dahulu bersetuju dengan ajakan Arif itu. Mereka bergerak ke arah meja yang ditunjukkan oleh pelayan tadi. “Please have a sit, my lady.” seperti biasa, Arif bertindak ‘Gentleman’ dengan menarikkan kerusi untuknya duduk. Chrisytal tersenyum malu dengan kelakuan spontan lelaki itu. “Sweetlah you both. Takkan takde something special going on?” ucap Suraya sedikit cemburu melihat layanan romantis Arif terhadap musuhnya itu. Dia geram melihat riak Maalik yang bersahaja duduk seperti tidak melihat kehadirannya di situ. “For now yes, but soon insyaallah. Ha…ha…” suka melihat wajah merona Chrisytal setelah diusik olehnya.

“Korang pula, bila lagi? Asyik berkepit tapi sunyi je.” giliran Arif melontarkan soalan yang sama kepada sahabatnya yang dari tadi lebih banyak mendiamkan diri. Chrisytal yang turut berminat dengan topik itu, lantas mengangkat muka melihat lelaki yang duduk di hadapannya ketika itu. Senyap. Tiada balasan dari lelaki yang berwajah dingin itu. “Soon juga kan baby?” Suraya yang malu dengan reaksi dingin lelaki itu, laju menjawab untuk menutupi rasa janggal terhadap soalan tadi. Senyap lagi. Bunyi ombak yang menghempas pantai kedengaran, memecahkan kesunyian antara mereka. “Waiter?” panggilnya kepada pelayan di situ, sambil soalan tadi dibiarkan berlalu olehnya.

Komen. Team Maalik atau Team Arif?

Share this novel

NANA.ED
2021-03-30 10:28:19 

team Arif kotttt heheheheh


NovelPlus Premium

The best ads free experience