Tolong

Romance Series 32056

Hari pertama cuti, Chrisytal sudah merasa kesepian kerana jirannya, Kak Ros sudah berangkat ke Kelantan sejak pagi tadi. Sempat juga dia menghantar sarapan pagi kepada Chrisytal, iaitu kuih karipap. “Jaga diri tau. Jangan keluar sorang-sorang, Anne pun belum kenal sangat tempat sini.” pesanan Kak Ros tadi pagi. Dia hanya mengganguk faham dan menghantar pemergian Kak Ros dan keluarga melalui pandangan mata.

“Hish, sunyinya…” dia hanya bergolek di atas katil, sambil membaca novel yang baru dibelinya. Laura hanya akan sampai ke situ pada lusa harinya, kerana banyak urusan yang terpaksa diuruskan sebelum dia mulai bercuti. “Aku terbang Selasa ni tau. Lepas habis je semua rekod ni, kita cuti okay.” janji Laura kepadanya semalam. Tak apalah, keluhnya perlahan. Dapat juga dia menghabiskan masa dengan membaca novel dan menonton drama-drama baru di laptopnya. Namun, setelah beberapa muka surat dibelek, pandangannya mulai memberat dan perlahan-lahan matanya mulai tertutup. Rasa mengantuk menguasai dirinya.

*Kring* bunyi Iphone nya menandakan satu pesanan masuk. Chrisytal yang terkejut lantas bangun dan mencapai telefon di sebelahnya. Dia melihat satu nombor yang tidak dikenali masuk. “Siapa pulak ni?” ujarnya dalam keadaan mamai. Sempat dia mengerling, melihat jam di dinding. “Astaga…” dia terkejut melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7 malam. Maknanya sudah lama dia terlanjur melelapkan mata. Dia lantas bergerak ke bilik mandi dan bersiap untuk menunaikan solat Magrib.

Selesai solat, dia duduk di birai katil dan memerhati nombor panggilan yang sudah masuk kali kelima menghubunginya, dari tadi. “Hish, siapa pulak ni.” hatinya masih ragu-ragu untuk mendail semula nombor yang tidak dikenali itu. “Kalau tak angkat, risau pulak kalau Laura yang call. Tapi kalau angkat, tak pasal-pasal scammer ha macam mana?” dia bersoal jawab dengan dirinya sendiri, sebelum akhirnya tangan mulai mendail nombor tadi. Berdebar-debar hatinya menunggu panggilan disambungkan.

“Assalamualaikum, siapa ni?” ucapnya perlahan, ingin mengetahui gerangan si pemanggil misteri. “Hello, Chrisytal? Aku ni, Suraya.” jawab wanita itu dengan nada yang laju dan cemas. “Oh, hm…” rasa malas pula mahu menjawab panggilan daripada si plastik itu, apalagi dia bingung dari mana Suraya mendapatkan nombornya. “Eh, kau tolong aku kejap boleh? Ni Arif tak keluar bilik dari tadi, aku risau dia kenapa-kenapa.” Suraya kedengaran cemas dan meminta pertolongan daripadanya.

“Kau dah try call dia? Atau jangan-jangan dia keluar kot.” Chrisytal membuat andaian, tidak mahu memikirkan perkara yang negatif. Dia menyuruh Suraya untuk menghubungi Arif bagi memastikan keberadaan lelaki itu. “Aku dah call dah banyak kali, tapi tak diangkat. Aku risaulah, kau datang sini boleh?” ucap Suraya sambil mengeluh panjang. Sedikit sebanyak, hati Chrisytal mulai berasa bimbang. “Takkan lah pasal malam tu kot?” dia menggelengkan kepala dan menolak tepi imaginasi jahatnya.

“Macam mana? Kau nak tak tolong aku? Mana tau, Arif nak keluar kalau tengok muka kau.” Suraya memberikan pendapat kepadanya. “Nanti aku share location.” sambungnya lagi, masih berharap Chrisytal akan bersetuju untuk ke situ, memujuk Arif. “ Okay, fine. Aku ke sana sekarang.” setelah lama berfikir, akhirnya dia bersetuju untuk membantu Suraya. Dia tidak mahu terlalu egois dan sebagai sahabat yang telah banyak terhutang budi, dia mahu memaafkan Arif yang sudah banyak membantunya selama ini. “Okay, nice. Aku share location sekarang.” Ucap Suraya, sebelum dia mematikan talian.

*Ting* pesanan daripada Suraya sampai untuk menyatakan lokasi Arif ketika itu. “Grand Hotel, Room 311” tulis, tulisan itu. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa, mulai bergegas untuk bersiap dan menuju ke lokasi tadi. Teksi dipesan dan diarahkan ke hotel yang tertera. Dalam hati, dia mulai risau jika sesuatu berlaku kepada Arif kerana dirinya. “Astagfirullahaladzim..” istighfarnya perlahan, tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan. Di usianya yang masih muda, belum mahu dia digelar sebagai pembunuh. Itupun kalau, si Arif nekad membunuh diri, ish apalah fikirnya.

“Ha, macam mana?” tanyanya kepada Suraya yang sudah menantinya di hadapan bilik berangka 311, itu. Nafas yang tercungap-cungap, cuba diatur dengan perlahan. “Entah. Nah kad bilik, kau cubalah. Aku balik dulu.” Suraya sudah berjalan laju meninggalkan dirinya, tanpa sempat dia bertanyakan sesuatu. “Kurang asam punya perempuan, hei!” teriaknya kepada Suraya, namun wanita itu terus menonong meninggalkan dirinya.

Have a nice day

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience