Balasan

Romance Series 32056

Pukulan demi pukulan hanya ditujukan kepadanya, oleh Suraya. Memang dia akui Suraya juga mempunyai skill yang hebat dalam permainan bulu tangkis, jadi dia tidak mahu memandang lemah lawannya itu. “Awww…” adu Chrisytal kesakitan, apabila dia jatuh tersungkur ketika ingin mengejar bola yang dihantar kepadanya. “Anne! Are you okay?” Arif yang kelihatan cemas terus menghampirinya. Dia melutut di tepi Chrisytal, lalu membelek luka di lutut wanita itu.

“Arif, I am fine. Sikit je.” rasa pedih akibat lututnya yang bergesel dengan lantai, diabaikan. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Suraya yang nampaknya seperti sedang menahan ketawa melihat keadaannya seperti itu. “Are you sure? Atau kita pergi klinik sekarang, jom.” Arif membantunya untuk berdiri. Chrisytal hanya menggelengkan kepala dan sekilas dia memandang ke arah Maalik yang hanya berdiri sambil berpeluk tubuh memandang mereka. “Shit.” Chrisytal berusaha untuk mengawal keseimbangan badannya.

“Okay ke tu?” Suraya pura-pura mengambil tahu. Dia memandang Chrisytal yang sepertinya sedang menahan sakit, namun hatinya puas melihat musuhnya itu terjatuh. “I’m okay. Thanks, Arif.” dia menepuk lengan Arif yang masih memeluk bahunya sambil meyakinkan lelaki itu. Sempat dia menangkap suara Suraya yang tertawa kecil. “Dah, jom sambung.” Chrisytal mengajak mereka untuk memulakan semula permainan. Mana mungkin dia mahu mengalah dengan perempuan plastik dan licik seperti Suraya. “Lets see kalau kau masih boleh ketawa lepas ni.” bisiknya di dalam hati dengan rasa yang geram.

Pantas bola yang sampai kepadanya dibalas dengan kuat kali ini. Teknik yang sudah lama tidak dipakainya, kembali digunakan untuk memanfaatkan kelemahan lawan. Setiap sudut dan ruang kosong di gelanggang pihak lawan, digunakan sebaik mungkin. Chrisytal benar-benar mahu memberikan pengajaran kepada Suraya, supaya perempuan itu tidak lagi memandang rendah kepadanya. Mata demi mata dipungut oleh Arif dan Chrisytal sehingga mereka berjaya menyamakan mata yang dikumpul oleh pasukan Maalik dan Suraya.

“Auch, sakit…” kali ini giliran Suraya pula yang mengadu kesakitan apabila terjatuh, ketika mahu mengundur ke belakang untuk mengejar bola bagi mata yang terakhir. “Yes finally. Wuhooo, sweetheart kita menang.” Arif melompat kegembiraan sambil menarik Chrisytal ke dalam pelukannya. Seketika mereka lupa dengan Suraya yang masih terduduk di atas lantai sambil memegang pinggangnya. “Baby, help me. I tak boleh nak berdiri.” kedengaran suara perempuan itu merengek untuk diberikan perhatian.

“Baby! Help!” kali ini Suraya memanggil Maalik dengan lebih keras. Dari tadi dia melihat pandangan lelaki itu tidak lepas dari memandang ke arah Chrisytal yang berada di dalam pelukan Arif. Nampaknya dia perlu berusaha lebih lagi untuk menarik perhatian lelaki itu kepadanya. “Eh Su, you okay ke?” Arif yang kasihan melihat sahabatnya itu, lantas meluru untuk memeriksa keadaanya. Chrisytal pula menoleh ke arah Maalik yang hanya mendiamkan diri, sebelum dia perlahan-lahan pergi meninggalkan gelanggang itu.

“Baby wait. You nak ke mana?” Suraya menahan malu, melihat tindakan Maalik yang meninggalkan dirinya. “Hmm, kasihan pulak aku tengok minah plastik ni.” sebut Chrisytal di dalam hati. Sebagai perempuan dia turut dapat merasakan perasaan Suraya ketika itu. “Come, aku tolong.” Chrisytal sudah menghulurkan tangannya untuk membantu Suraya berdiri. Dia tidak terlalu kejam untuk membiarkan perempuan itu begitu sahaja walaupun Suraya sudah beberapa kali berbuat jahat kepadanya.

“Tepi, aku boleh berdiri sendiri.” Suraya menepis tangan wanita di hadapannya itu. Perlahan-lahan dia berdiri dan membetulkan skirt pendeknya yang sudah terangkat tinggi akibat terjatuh tadi. “Hish. Susah-susah aku pakai seksi-seksi macam ni, tapi Maalik tinggalkan aku macam tu je.” marah Suraya di dalam hati. Kakinya dihentak-hentak ke lantai seperti orang yang tidak berpuas hati. “Su, you boleh balik dengan kita orang. Lagipun you kenal kan dengan mood Maalik yang selalu berubah, so janganlah ambil hati sangat eh.” Arif cuba memujuk sahabatnya itu. Dia yang sudah lama berkawan dengan Maalik, faham benar dengan angin lelaki berdarah campuran itu sering berubah.

“Dah, jom balik.” melihat kelibat Maalik yang sudah lesap, dia yakin lelaki itu sudah pergi meninggalkan tempat itu. Chrisytal mengganguk, sebelum dia mulai mengikuti langkah Arif dari belakang. “Tepilah. Bagi aku lalu dulu.” Suraya yang tiba-tiba menyelit dari belakang, menolaknya ke tepi. Rasa perih pada lututnya yang masih terasa menyebabkan dia tidak mahu membalas dan hanya melangkah dengan perlahan-lahan.

“Excuse me? Are you Miss Chrisytal?” seorang pekerja di kaunter itu memanggilnya, ketika dia sedang melintasi pintu keluar. Dia yang bingung lalu berjalan menghampiri pekerja itu dengan senyuman. “Ye saya. Ada apa ya?” dia bertanya dengan lembut, sebelum tiba-tiba pekerja itu menyerahkan sekeping kertas berserta plaster luka yang berwarna merah kepadanya. “Ada orang suruh bagi cik tadi, tapi dia dah pergi.” ucap pekerja itu. “Oh, terima kasih.” dia mengambil pemberian itu dan membaca nota yang ditulis di atasnya.

“Use this, tapi jangan lupa cuci luka dulu then sapu ubat.” ringkas pesanan itu namun dia sudah dapat meneka gerangan si pemberi. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.

sorry baru update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience