Riuh

Romance Series 32056

"Mama..." tiba-tiba Aisyah muncul dengan layang-layang di tangan. Anaknya itu sudah lecun dengan peluh yang membasahi bajunya. "Ya Allah. Kamu dari mana ni Aisyah? Habis basah baju tu." Tok Mek menggeleng kepala melihat perangai cicitnya itu. "Aisy main layang-layang dengan daddy." Aisyah menunjuk ke arah Maalik yang turut menuju ke arah mereka.

"Kamu ni Ayik, dah tau matahari masih terik kenapa dibawanya cicit nenek ni." Tok Mek menampar lengan Maalik dengan laju. "Arghh sakitlah nek." Adu Maalik sambil mengusap lengannya yang ditampar tadi. Fuh, berpijar juga rasanya. "Come sayang. We change your clothes." Chrisytal menarik Aisyah untuk masuk dan menukar pakaiannya, meninggalkan Maalik dan Tok Mek di luar. Kasian pula dia melihat wajah kemerahan Aisyah, mungkin akibat panas.

"Ha, ibu kamu tu bila nak balik jenguk nenek dengan atok kat kampung ni? Dari haritu janji tapi tak juga pulang-pulangnya." luah Tok Mek mengenai ibu Maalik iaitu Puan Aina Ainum. Dia merupakan anak tunggal kepada Tok Mek, namun apalah nasib anaknya itu sudah jarang mahu melawatnya di kampung.

Semenjak suaminya, Encik Miguel Ismail iaitu ayah kepada Maalik, meninggal dunia 3 tahun yang lepas, Puan Aina sudah jarang pulang menjenguk dirinya. Hati tuanya sungguh terasa dengan perlakuan anak perempuannya itu. "Entahlah nek, Ayik pun tahu. Ibu memang jarang ada kat rumah." terang Maalik sambil menunduk. Dia juga sudah lama tidak bertemu muka dengan ibunya, memandangkan dia terlalu sibuk dengan pekerjaan di sekolah.

"Nanti kalau ibu dah tak sibuk, Ayik janji akan bawa ibu jenguk nenek dengan atok kat sini. Okay?" Maalik memujuk sambil mengusap perlahan bahu neneknya. Tidak mahu orang tua itu terus larut dalam kesedihan.

Bunyi motor kedengaran masuk ke perkarangan rumah kayu itu. Mereka menoleh dan melihat Haji Saiful, sudah pulang dengan motor kapcai tuanya. "Assalamualaikum tok. Tok sihat?" Maalik menghampiri atoknya lalu mencium hormat tangannya. Tampak raut wajah tua itu kelelahan. "Walaikumsalam, macam yang kamu lihat sekarang tok sihat ja. Eh kamu dah lama sampai?" Haji Saiful menepuk-nepuk badan kekar milik cucunya itu.

"Dah lama tok. Atok je yang takde, eh ni Ayik balik bawa isteri Ayik. Nanti Ayik kenalkan dengan tok." Maalik menjawab sambil tersenyum. Pada masa yang sama, Chrisytal yang baru sahaja selesai memandikan Aisyah keluar. "Assalamualaikum tok. Saya Chrisytal Anne. Panggil sahaja Anne." hatinya berdebar namun tunduk mencapai tangan lelaki tua itu sebagai tanda hormat. "Oh, inilah isteri mung ya Ayik? Cantik, bertuah kamu." puji si datuk dengan ikhlas. Dia turut gembira apabila cucunya yang satu itu mahu menikah lagi.

Chrisytal pula hanya tersenyum kecil. Lega sebenarnya, apabila dia tahu kehadirannya di situ disambut dengan baik oleh Tok Aji dan Tok Mek. "Atok..." mereka yang disitu terkejut mendengar suara Maanif yang menjerit kuat dari dalam. Maanif berlari anak mendapatkan tubuh tua itu sambil memeluknya. "Atok, Anip dah lama kat dalam tunggu atok tapi atok tak masuk-masuk pun." ucap Maanif seperti budak-budak yang merengek.

"Hei kamu ni kan tak berubah-rubah perangainya. Sama saja, tak malu ke isteri kamu tengok?" Haji Saiful menggelengkan kepala, melihat perlakuan cucunya itu. Masih sahaja ingin bermanja dengannya.

Yang lain hanya menggelengkan kepala sambil menahan senyum. "Sudah-sudah lah dramanya tu. Meh lah kita masuk, dah nak petang dah ni. Mari, Anne." Tok Mek menarik tangannya untuk masuk, meninggalkan para lelaki di luar sana. Baik dia memasak untuk lauk malam nanti. Lagipula, ikan yang dibawa oleh suaminya itu cukup banyak.

Petang itu, suasana di dalam rumah kayu itu riuh dengan kehadiran mereka. Cukup membuatkan hati tua Tok Mek terubat dengan adanya mereka. Kalau sebelum ini, lauk yang dia masak pun kadnag-kadang tidak habis dijamah berdua dengan suaminya, namun itulah hakikat apabila anak-anak serta cucunya sudah mempunyai kehidupan masing-masing.

Teruskan membaca, kerana bab yang seterusnya bakal membuat anda geram, hehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience