Peringatan

Romance Series 32056

Chrisytal akhirnya mengambil keputusan untuk mengembalikan semula topi yang telah dipinjamkan kepadanya. Dia merasa bahawa topi itu perlu dikembalikan dan tiada kepentingan untuk disimpan. Chrisytal mulai menapak menuju ke bilik guru keseorangan. Laura tidak dapat menemaninya kerana dia terpaksa mengikuti kelas tambahan pada waktu petang. Sebagai kawan yang baik, Chrisytal tidak memaksa malahan dia memahami situasi rakannya itu.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik guru dengan berhati-hati dan mulai menuju ke meja cikgu Maalik. Chrisytal meletakkan bungkusan yang berisi topi serta sekeping kad di atas meja. Disebabkan cikgu Maalik yang masih cuti, dia mengambil keputusan untuk menuliskan ucapan terima kasih di atas kad tersebut.

"Kamu buat apa di sini?" tegur satu suara. " Er, selamat petang cikgu Suraya. Saya cuma nak pulangkan barang cikgu Maalik saja." ucap Chrisytal sambil menundukkan kepala, hormat. "Barang? Kamu ambil barang dia?" tanyanya lagi. "Bu, bukan cikgu. Dia bagi saya pinjam topi haritu, jadi saya nak kembalikan balik tapi disebabkan cikgu Maalik cuti, saya letakkan atas meja sahaja." ujar Chrisytal. Dia tidak mahu cikgu Suraya befikir yang bukan-bukan tentang dirinya.

"Cikgu ingatkan kamu eh, lain kali kalau cikgu Maalik benarkan kamu pakai barang dia, jangan ambil." ucapnya sambil merenung Chrisytal tajam. "Cikgu tak nak tengok kamu tergedik-gedik dengan dia. Jangan jumpa dia lagi kalau bukan atas urusan sekolah dan ingat batas kamu sebagai pelajar. Ini adalah amaran kepada kamu, tapi kalau cikgu nampak lagi kamu cuba-cuba rapat dengan dia nahas kamu. Faham?" marahnya lagi. Chrisytal hanya mengganguk sambil menahan air matanya daripada jatuh.

Dia berasa amat sedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Ini merupakan kali pertama dia dibentak dan diberikann amaran atas kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Mamanya juga tidak pernah berkata kasar seperti itu terhadapnya apalagi amaran yang diberikan kepadanya. Hal ini menyebabkan dia terasa hati dan ingin segera keluar dari situ.

"Maafkan saya cikgu. Saya janji saya takkan buat lagi. Saya minta diri dulu cikgu, selamat petang." pamitnya. Dia melangkah perlahan-lahan dan keluar dari bilik guru. Selama ini, dia merasakan bahawa sikap dia terhadap cikgu Maalik adalah sebatas pelajar kepada gurunya. Dia tidak pernah bergedik atau meminta yang bukan-bukan walaupun hakikatnya, Chrisytal mempunyai perasaan kepada cikgu Maalik namun dia tidak pernah menyatakan itu secara terang-terangan. Langkahnya ditujukan ke tandas sekolah.

Di dalam tandas, Chrisytal menangis sepuas-puasnya kerana dia merasa dirinya bersalah. "Aku tak patut ada perasaan macam ni. Aku patut elak daripada awal and now what?" ujarnya sendiri. "Ann, kau kena ingat balik tujuan kau masuk sekolah ni. Kau kena buat mama bangga, takkan disebabkan hal remeh macam ni kau nak nangis. Dah lupakan semuanya, kau kena bangkit." nasihatnya kepada diri sendiri.

Inilah sikap Chrisytal Anne sebenar yang jarang ditunjukkan kepada sesiapa. Dari luaran, tampaknya dia seorang yang tegar namun semenjak dia kehilangan sosok seorang ayah, dia mudah sekali mengeluarkan air mata. Namun, dia sedar sebanyak mana pun dia menangis tiada siapa yang akan dapat memujuknya sehebat papa sehingga dia sudah terbiasa memujuk dirinya sendiri.

Setelah berjaya menenangkan dirinya sendiri, dia bangun lalu menghapuskan sisa air mata. "I can do this, i need to forget everything and focus on my dream." tekadnya. Tahun pertamanya di sekolah itu nampaknya sudah begitu mencabar.

Sorry kalau story line dia agak sedikit membosankan, but keep on reading sebab nanti akan semakin fun. Saranghae

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience